oleh MSO
BAKAL Menteri Besar Kelantan yang tewas dalam dua pilihan raya, pada pilihan raya umum lalu, Awang Adek Hussein (foto bertopi) semakin tertekan dengan isu kelulusan lesen judi bola sepak. Isu paling hangat memenuhi ruang politik negara hari ini ialah isu judi bola sepak berkenaan. Bukan saja anak-anak muda Pas, tetapi orang tua Umno juga turut sama bercakap dan menyinggungnya.
Bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi juga turut sama menyentuhi mengenai isu berkenaan. Kata Abdullah kerajaan perlu mendengar suara rakyat. Dalam kata lain Abdullah mahu pemberian lesen judi itu dikaji atau ditarik balik.
Bantahan juga datang beberapa NGO dan pertubuhan agama. Tetapi yang lantang ialah dari Dewan Pemuda Pas.
Bekas Perdana Menteri seorang lagi, nampaknya tidak memberi apa-apa komen berhubung perjudian ini. Sikap membisu itu tidak menghairankan. Perdana Menteri ini lebih cepat untuk memberi reaksi yang negatif terhadap agama Islam, dari dulu, sekarang dan mungkin selamanya. Pada masa beliau menjadi Perdana Menteri dulu, banyak juga lesen-lesen perjudian, kasino, toto, empat nombor ekor yang dibenarkan. Jadi tidak hairanlah kalau dia tiba-tiba pekak dan tidak berminat untuk mengulas mengenai perjudian ini. Apa lagi taukeh judi yang mendapat lesen berkenaan adalah kawannya.
Selepas mengumumkan lesen judi itu diluluskan Awang Adek tidak terkata apa. Mungkin dia terkejut dengan reaksi yang berlaku. Dia tidak fikir perlulusan itu menimbulkan kemarahan umat Islam dan memberi damege kepadanya.
Dalam pada itu ada pihak yang cuba hendak selamatkan Awang Adek dengan tidak menimbulkan namanya. Nama Awang Adek yang terlibat dalam meluluskan itu diganti dengan nama lain yang dikira wajar. Sebuah akhbar milik Umno tidak menyebut langusng nama Awang Adek dalam membicarakan lesen judi bola sepak berkenaan, sebaliknya memetik nama Timbalan Menteri Kewangan dari kaum Cina, Chor Chee Hueng. Dua tiga kali nama Chee Hueng disebut seolah-olah dialah yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi bola sepak berkenaan dan Awang Adek tidak ada sankut paut.
Betapa pun akhbar berkenaan hendak membela dan menyelamatkan Awang Adek, ia tidak akan terbela lagi. Umno sudah melakukan silap teknik bila mana orang yang melontar atau mengemukakan cadangan itu ialah Awang Adek Hussein. Sepatutnya kalau nak tutup (tetapi akan 'terbahar' juga), biarlah Chee Heung yang menjelaskan kepada Dewan Rakyat bukannya Awang Adek.
Bila Awang Adek yang menjelaskannya maka seluruh pemikiran umum akan ingat kepada Awang Adek. Tambahan pula hari ini Awang Adek diam sejuta bahasa, tidak memberi apa-apa ulasan. Beliau tidak bangun untuk mempertahankan kenapa lesen judi itu perlu diluluskan. Keadaan ini menampakkan bahawa beliau kini sedang menangis dengan isu berkenanaan.
Jumaat depan Dewan Pemuda Pas akan berhimpun di masjid di kampung Awang Adek di Bachok untuk membantah perlulusan lesen berkenaan. Tindakan Pas ini tambah memalukan lagi Awang Adek. Orang Bachok semua akan tahu perangai bakal MB Kelantan itu. Bagi orang Kelantan judi adalah sangat sensitif sekali. Bantahan itu akan mendedahkan siapa dia Awang Adek sebenarnya. Orang tua pasti akan mempersoalkan macam mana Awang Adek hendak jadi MB Kelantan, kalau lesen judi pun beliau luluskan.
Tindakan Dewan Pemuda Pas itu pada saya kurang wajar sedikit. Kenapa hendak menaikan kain rentang untuk memalukan Awang Adek di depan masjid. Lebih afdal rasanya kalau Dewan Pemuda Pas minta berjumpa dengan Awang Adek dan menerangkan kesan buruk perjudian, serta mengenai halal dan haram mengenai perjudian. Dengan berdemon di depan masjid kerana ingin menekan dan memalukan Awang Adek rasanya tidak sesuai.
Semalam Muhyiddin Yassin bila diajukan pertanyaan oleh wartawan mengenai perkara iyu memberi gambaran seakan-akan lesen itu akan ditarik balik. Ada bunga-bunga ke arah itu. Katanya kerajaan akan meneliti pemberian lesen berkenaan. Secara jujur katanya dia masih belum mendapat feed-back dari bawah berhubung perkara itu. Betulkah? Memalukan sebagai TPM kalau Muhyiddin tidak tahu riuh randah berhubung perkara itu.
Timbalanya sendiri, Puad Zarkasi awal-awal telah membantah dan menyatakan sikapnya dengan pemberian lesen judi berkenaan. Kalau timbalan boleh sedar awal, anih pula kalau ketua tidak mengetahui apa-apa mengenainya.
Semuanya masih belum terlambat. Pertandingan bola dunia di Afrika masih belum bermula. Kalau lesen itu hendak ditarik balik, masih ada masa lagi. Bagaimana pun sama ada lesen itu ditarik balik atau tidak, persepsi umum terhadap Timbalan Menteri Keewangan asal kampung Perupuk, Bacok Kelantan itu sudah buruk. Dalam kepala orang sudah terbenih tanggapan bahawa Awang Adek bukan saja seorang penghisap ceruk tetapi seorang yang boleh berkomromi dengan perjudian.
Mengenai lesen judi bola sepak ini, walaupun ianya tetap haram tetapi rasanya lebih ringan sedikit kalau Awang Adek meluluskan lesen laga ayam di Kelantan. Kerana laga ayam satu kebudayaan berunsur perjudian masih berlaku di Kelantan. Elok sangatlah kalau Dewan Pemuda Pas juga menaikkan sepanduk agar perlagaan ayam, ikan sepilar, juga dihapuskan.
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan