Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 6 Mei 2010

Zaid didakwa persenda titah Sultan Selangor


Seramai 20 ahli NGO yang menganggotai Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR hari ini bagi membantah kenyataan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berhubung titah Sultan Selangor.

Mereka turut menyerahkan memorandum bantahan yang mendakwa Zaid seolah-olah memperleceh dan mempersendakan titah Sultan Selangor supaya rakyat tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik.

Memorandum itu juga mendakwa kenyataan Zaid itu, seolah-olah menghasut rakyat supaya tidak menghormati titah sultan yang merupakan tunggak pemerintah serta ketua agama.

Mereka turut mendesak Zaid supaya meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, atas kenyataannya yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini, yang bersumberkan tulisan pemimpin PKR itu dalam blognya.

Perhimpunan selama 15 minit itu diketuai penasihat undang-undang pertubuhan berkenaan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang turut membaca kandungan memorandum itu sebelum menyerahkannya kepada seorang wakil PKR.

Sementara itu, Mohd Khairul Azam mendakwa, Zaid tidak memahami perlembagaan kerana menyifatkan pendirian sultan itu sebagai pandangan peribadi.

Tegasnya, Jadual 8, Perkara 71 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa seseorang raja berhak bertindak mengikut budi bicara sendiri tanpa perlu merujuk kepada majlis agama atau majlis kerajaan negeri.

"Itu adalah dalam (bidang) tugas baginda sebagai ketua agama Islam.

"Kenyataan (Zaid) silap. Baginda ada kuasa dan tak perlu rujuk perlembagaan. Ini adalah fakta," katanya lagi.

Dalam perhimpunan selama kira-kira 15 minit itu, mereka turut membakar satu poster bertulis "Zaid Ibrahim hero PKR, penderhaka raja pengkhianat Melayu."

Kumpulan itu juga turut membawa sepanduk bertulis "PKR parti khianati raja" dan "Halau Zaid dari Selangor".Sementara itu, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata parti itu kesal dengan pihak polis yang didakwanya tidak bersikap profesional apabila gagal hadir ketika anggota Magaran mengadakan perhimpunan tersebut pada jam 4.30 petang tadi.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, PKR menghormati hak rakyat bersuara dan berhimpun secara aman.

Bagaimanapun, katanya, tindakan kumpulan tersebut yang didakwanya biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat dan beraksi lucah, bukan sahaja bersifat provokatif tetapi tidak termasuk dalam lunas prinsip bersuara dan berhimpun secara aman.

Malah, kata Saifuddin berkata, ia boleh mencetuskan kacau bilau ketenteraman awam.

Menurutnya, setelah mendapat makluman tentang rancangan bantahan pihak berkenaan, pihak PKR telah memaklumkan kepada pihak polis untuk sekurang-kurangya menempatkan anggota polis untuk mengawal dan memerhati keadaan.

"Namun, sebaliknya pihak polis yang kebetulan juga mempunyai balai di sebelah ibu pejabat parti mengatakan mereka tidak mendapat arahan untuk berbuat demikian!" tambahnya.malaysiakini

1 ulasan:

man berkata...

inilah kerja pembangkang di selangor .. berok2 dijalan raya