Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 14 Mei 2010

Dilayan seperti penjenayah..

Selesai Solat Jummat tadi di Masjid Kampung Baru, telah diadakan satu perhimpunan aman bagi membantah tindakan KERAjaan UMNO/BN meluluskan lesen judi sempena musim Bola Sepak Piala Dunia dan konsert Pitbull tanpa henti selama 12jam.

Perhimpunan ini adalah antara perhimpunan aman yang sering diadakan di perkarangan masjid Kampung Baru. Kali terakhir perhimpunan aman diadakan di sana ialah pada bulan april 2010 bagi membantah kehadiran agen zionis israel di dalam urusan kerajaan terutama PDRM iaitulah isu APCO-UMNO. Ianya berjalan dengan dengan aman tanpa ganguan dari pihak polis walaupun kehadiran mereka agak ramai.

Tetapi kali ini, kita tidak tahu HANTU apakah yang telah merasuk pihak polis sehingga sanggup bertindak ganas dan kasar serta merempuh orang ramai yang sedang berhimpun dengan aman dalam kawasan masjid!!!

Sebaik sahaja perkataan JUDI keluar dari mulut penceramah, polis terus merempuh dan merampas mikrophone dari tangan penceramah.

Orang ramai mula marah dan menjerit kerana tidak puas hati dengan tindakan Polis.

Saksikan gambar-gambar yang semapt dirakam.

1. aksi-aksi hebat Sr Kamaruzaman SU Dewan Pemuda Pas Pusat. keadaan masih terkawal











2. Polis mula 'mengganas' ketika Sdr Jonah, wakil AMK, mula berucap



Tak ada mikrophone..tak jadi hal...



3. Rupanya rampas mikrophone tak cukup..polis nak lebih lagi. Maka terjadilah apa yang tak sepatutnya terjadi...










Orang berang dengan Polis dan tidak akan berganjak selagi adik yg pakai baju merah tidak dilepaskan!!!!






4. Lagi aksi-aksi menarik...


5. Sidang akbar selepas sambil ambik nafas...


1 ulasan:

lekiyour berkata...

SALAM UMMU! hari jumaat 14/5/2010 polis bukan masuk hantu tapi 'depa tak sembahyang jumaat kot' itu yang depa rasa panas tu.SYABAS DAN TAHNIAH untuk mereka yang telah sama-sama membantah kelulusan lesen judi dan konsert 'membuang masa' tu. teman jauh kalau tidak pun ada sama hari itu.