Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 10 Mei 2010

Lucunya Bila Saiful Sahkan Dia Tidak Mandi Wajib SertaTidak Solat Pada 26 Dan 27 Jun 2008 Kerana Darurat Akibat Diliwat Oleh Anwar !!


Apa sudah jadi dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan?. Satu persatu rahsia dirinya kini terbongkar akibat diganyang dengan berbagai soalan oleh Peguam Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi hari ini. Beliau yang sebelum ini begitu yakin dan dengan bangganya menunjukkan bukti berkaitan lokasi kejadian kepada pihak mahkamah, kini seolah-olah mula gelisah dengan soalan yang diajukan oleh peguam "panas" itu. Apa tidaknya, jika dulu beliau dapat bercakap kepada hakim dengan penuh yakin gara-gara "skrip" yang sudah disiapkan untuk dijawapnya. Kini, beliau mula kaku dan mati akal akibat tidak tahu apakah yang mahu ditanya oleh Karpal itu. Akhirnya terpaksalah Saiful menjawab "benda yang karut marut dan tidak masuk dek akal kita". Cuba lihat beberapa jawapan panas yang membuktikan tahap keimanan anak muda ini di mahkamah pagi tadi apabila disoal oleh Karpal Singh. Malah seluruh mahkamah mentertawakan beliau, ketika dia menjawab soalan yang dikemukakan oleh Karpal. Antara soalan yang dikemukakan Karpal ialah "Adakah kamu sembahyang antara 26 dan 27 Jun seperti kebiasaannya"? Saiful menjawab "Saya pergi Sembahyang Jumaat, tetapi tidak sembahyang pada 26 Jun kerana saya telah diliwat". Kemudian Karpal bertanya lagu "Pada 27 Jun, kamu tidak mandi wajib, maka sembahyang kamu tak sah?. Jawap Saiful "Saya hanya basuh sedikit sahaja, tapi benar sembahyang saya tak sah". Kemudian Karpal berkata "Kamu bukan seorang Islam yang baik kerana tak sembahyang" dan dijawab Saiful "Saya dalam keadaan darurat masa tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh orang ramai yang menyaksikan adengan itu. Bukti ini juga mengesahkan kepada kita bahawa Saiful hanya mencari publisiti dengan "lekuk hitam" pada dahinya seolah-olah dia adalah ahli ibadat. Ini mungkin bagi tujuan supaya orang Islam percaya dan simpati kepada dirinya. Jika mandi wajib dan solat pun tidak maka apakah layak beliau berimej sedemikian rupa? Akhirnya Saiful terperangkap dengan imej yang beliau cipta sendiri itu. Ahli ibadat konon!


Bukti, blog Saiful Bukhari yang tidak dikemaskini sebulan yang lalu

Itulah antara soalan panas yang membuktikan kepada kita bahawa Saiful memang bukan seorang Islam yang boleh dipercayai. Beliau ternyata munafik dan kenyataannya tidak wajar diterima oleh mahkamah. Sebab itulah mereka mahu menghalang sedaya upaya cubaan "qazaf" terhadap Saiful di Mahkamah Tinggi Syariah. Ini kerana mereka tahu bahawa Saiful bukanlah orang yang layak untuk bercakap di depan hakim mahkamah terbabit. Semakin Saiful bercakap maka semakin banyak bukti-bukti pembohongan yang dikeluarkan dari mulutnya. Kami juga agak hairan, kerana begitu lama Saiful tidak mengemaskini blog peribadi beliau www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com . Malah, posting terakhirnya ialah pada 9 April 2010 yang lalu. Ini amat mengejutkan kita, kerana biasanya Saiful akan terus mengemaskini blognya apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat berkaitan kes yang dihadapinya itu. Misalnya, beberapa hari lalu Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar agar kes ini dibatalkan. Anehnya, Saiful tidak membuat apa-apa posting dengan keputusan mahkamah itu. Apakah beliau kini panik dan gusar dengan soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh barisan peguam Anwar di mahkamah agaknya. Inilah yang menimbulkan persoalan dikalangan pengunjung setia blog Saiful sekarang ini. Apapun, kita sama-sama nantikan apakah akan muncul banyak lagi adengan-adengan lucu yang akan dikhabarkan oleh Mohd Saiful Bukhari ini di mahkamah, selepas diasak oleh peguam Anwar terutamanya Karpal Singh itu nanti.

Senario yang berlaku terhadap Saiful ini amat mengejutkan kita. Belum pernah terjadi beliau gagal kemaskini blog apabila berita mengenai kesnya berlaku pada hari berkenaan. Malahan dalam sesetengah kes, belum sampai beberapa jam selepas perkara itu berlaku Saiful sudah mengemaskini blognya. Bagi mereka yang jarang melawat ke blog beliau mungkin tidak perasan akan perkara ini. Namun, bagi krew-krew kami yang saban hari melawat ke blognya memang amat perasan apa yang berlaku ini. Apakah Saiful kini dalam keadaan tertekan kerana tidak menjangka apakah soalan yang bakal dikemukakan kepadanya?. Tambah memusykilkan kita bila pihak pendakwa juga enggan menyerahkan nama-nama saksi kes berkenaan dan hanya mengatakan "mungkin" diserahkan kemudian. Soalnya, apakah dalam mahkamah boleh menggunakan perkataan mungkin?. Ini menguatkan lagi bahawa kes ini penuh dengan misteri dan merupakan konspirasi sebenarnya. Moga kebenaran terbit jua.

Sumber:http://pahangdaily.blogspot.com

5 ulasan:

merbok berkata...

insyaAllah saiful akan ditimpa musibah serta diaibkan satu hari nanti... kita tungu je lah masanya :)

Modern Talking berkata...

shitfool akan kena checkmate dgn peguam yg lebih pengalaman dr peguam dia yg cikai

mohammad berkata...

Wahai si merbok dan Mordern Talking,I think you silap,pandangan anda berpaksi kepada emosional dan sikap membenci pada satu pihak saja,jangan kita menghukum sesorang tanpa mengetahui perkara sebenar,buka minda anda besar2 dan renungkan diri anda siapa anda senenarnya.jangan kita terpengaruh dengan penulisan jahat semata2 memuaskan hati manusia,sebab itulah orang melayu tak ke mana,cuba lihat orang yahudi mereka sedikit di dunia ini tetapi mereka kuat dan dapat menguasai dunia,sebab apa?sebab mereka bersatu padu menjaga kepentingan bangsa mereka dan mereka kuat buat kajian dalam sesuatu perkara,contohnya seluar jeans jenama Levis,mungkin anda ada memilikinya,siapa yang mencipta seluar tersebut sudah tentu orang yahudi,pelajar fakulti perniagaan daripada universiti Israel dalam satu pertandingan.tengok bertapa hebatnya mereka,orang melayu ada apa yang di cipta,....tahi kucing,orang melayu suka cipta hasad dengki/adu domba/pecah-belah dan macam2 lagi sifat mazmunah,so sedarlah bangsa ku cuba hijrahkan cara berfikir dan berpandangan jauh dan Allah berikan akal ini dengan sebaik-baik kejadian,berpaksilah kepada AlQuran bukan kepada kebatilan dan kemungkaran,so fikir-fikir lah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Sikit-sikit bangsa... sikit-sikit bangsa... macam takde mende lain... bangsa tak jamin masuk syurga la UMNONGOK!!

Aku geram betullaaa dgn BANGSA UMNONGOK ni!! Bongok tak habis2!!

Bagi contoh seluar jeans.. ciput ah pemikiran luu..

Tanpa Nama berkata...

kena nasi kangkang rosmah, jubo pon jubo lah