Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 9 Mei 2010

rombak !!!

Kes Dua Remaja Ditembak, PDRM Perlu Rombakan

http://3.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/S-aPe8HXQTI/AAAAAAAAPeY/QuJrGmvesMQ/s1600/20100427_Police_shot_death_Aminul_Rashid.jpg

SHAH ALAM 9 MEI: Rentetan dua remaja ditembak polis dalam tempoh dua minggu termasuk seorang daripadanya mati, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff memcadangkan kepimpinan polis Malaysia dirombak secepat mungkin demi menjamin keselamatan orang awam.

Beliau menyifatkan kes Aminulrashid Amzah, 15, dan Mohd Azizi Aziz, 17, mencalar imej institusi kepolisan yang separutnya dipandang tinggi sekaligus memperlihat kegagalan pihak berkuasa ini dalam menangani isu seperti ini.

"Apabila ia mewujudkan satu trend, ia menggambarkan imej institusi. Imej ini ialah dasar dan dalam hal ini, saya lihat isu sebenar ialah kepimpinan. polis gagal" katanya kepada TV Selangor hari ini.

Justeru, Yusmadi menggesa seluruh pimpinan melakukan perubahan melalui rombakan besar-besaran supaya keselamatan dan keamanan rakyat lebih terjamin pada masa depan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro.

1) PDRM perlu di rombak ? Tidak perlu lah dirombak PDRM. Yang perlu dirombak adalah Rakyat.

2) Jenayah berlaku sebab utamanya cara kehidupan bermasyarakat Rakyat Majoriti Malaysia dan bukan disebabkan Kerajaan atau Ajensi Penguatkuasa.

3) Kebiasannya anggota PDRM hanya bertindak sekiranya ternampak sesuatu perlakuan yang amat mencurigakan ( Jenayah ).

4) Dan kalau secara dasarnya PDRM dibolehkan bertindak 'ganas' dengan menggunakan senjata tanpa tanda-tanda jelas berlaku yang ditakrifkan sebagai JENAYAH, saya amat menyokong diperlukan rombak secara total atau sebahagian dasar PDRM.

5) Dalam waktu yang sama rakyat perlu juga perlu merombak cara kehidupan mereka, barulah dikatakan adil.

6) Rakyat yang ada 'tendencies' melakukan jenayah bukan hanya perlu dipantau oleh PDRM malah ia nya lebih penting dipantau diperingkat masyarakat 'akar umbi'semua dimana mereka bermastautin. Pepatah 'jangan menjaga tepi kain orang' tidak boleh dipakai demi kemaslahatan umum.

7) PDRM tak perlu dirombak kerana kes saperti kematian budak yang melanggar perundangan negara yang pada pandangan peribadi saya walaupun simati berumur 14 tahun, tindakan anggota PDRM ketika berdepan dengan sitiuasi itu HARUS dilayan sebagai PENJENAYAH biasa tanpa mengira umur atau jantina atau pun kedudukan emosi, spiritual dan mental.

OTISA1766