Dengan kejayaan yang boleh dibanggakan , dengan hanya belanja sebanyak RM4 juta sahaja untuk tempoh 3 tahun ,projek menjatuhkan Pak Lah dari jawatan PM dan Presiden UMNO ,difahamkan sedang dinilai oleh satu pasukan dan jawatankuasa yang diwujudkan oleh UMNO/BN ,bagi melantik blogger tersohor negara kickdefella, bagi satu projek khas untuk menjatuhkan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat , YB Lim Guan Eng ,YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Dato Dr Azizan Abdul Razak , dan seterusnya merampas negeri negeri yang sedang dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini. Adalah dipercayai Jawatankuasa ini diketuai oleh seorang bekas menteri. Untuk tujuan ini Modus Operandi akan ditentukan oleh blogger berkenaan dan beliau dijangka akan dilantik sebagai CEO. Segala perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya yang meliputi ubahsuai pejabat , peralatan audio , computer , gaji pegawai dan kakitangan , perabot , kenderaan peribadi dan pemandu serta setiausaha. Menurut sumber itu lagi , jumlah pembiayaan yang dijangka terlibat adalah melibatkan puluhan juta ringgit , untuk tempoh 2 tahun sehingga PRU 13 2012 nanti , iaitu dianggarkan sebanyak RM 4 juta bagi satu pemimpin negeri untuk satu tahun. Sejarah telah membuktikan adalah satu tugasan yang hampir mustahil untuk menjatuhkan YB Tok Guru. Hampir 20 tahun diusahakan dan segala jenis kepakaran sudah dipraktiskan. Dari Mustafa Mohamad pemegang Kelas Pertama semasa di Universiti dulu hingga kepada Mahathir wira dunia ketiga , semuanya gagal meghapuskan Tok Guru Nik Aziz. Inilah peluang terbaik , mungkin hanya seorang yang dilahirkan dalam abad ini yang boleh menghancurkan Tok Guru Nik Aziz , sudah bersedia untuk menjalankan operasinya. Bagi negeri Selangor , selama 2 tahun sejak 08 Mac 2008 , dengan pelbagai isu soal lembu kroban , isu babi , kepala lembu dan seumpamannya Tan Sri Khalid masih kukuh di kerusi MBnya. Selangor dengan PM selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri sangat diperlukan untuk ditawan , kerana kekayaan negara terletak di negeri ini. Ustaz Azizan Razak dikira aman dan selesa , bebas dari sebarang gangguan UMNO kerana tidak ada tokoh yang benar – benar berwibawa untuk menganggu tugas seharian MB. Isu pusat penyebelihan babi di tengah – tengah ibu negeri merapatkan lagi hubungan antara PAS , DAP dan PKR. Lain – lain isu boleh dikira remeh temeh saja. Kampun Buah Pala sedikit sebanyak menggoncangkan Komtar. Tetapi kebijaksanaan YB Lim Guan Eng mengemudi negeri dan usikan nakal UMNO yang diketuai oleh kepala – kepala samseng negara , menjadi suatu penglipur lara di hujung minggu saja. Jadi dengan kemunculan blogger tersohor ini , dan dengan kejayaan cemerlang beliau menyepak Pak Lah dari kerusi PM dan Presiden UMNO amat dialu –alukan dan ditunggu – tunggu dengan penuh ghairah dan bernafsu oleh pemimpin – pemimpin tertinggi UMNO dan BN. Kecuali Perak , dengan majoriti yang tipis , ia jatuh bilamana 3 orang wakil rakyat berjaya dibeli oleh Najib. Untuk pemimpin – pemimpin PR , haruslah lebih berhati – hati dengan gerak kerja dan saraf blogger ini bila berada di tempat dan negeri masing – masing. Dan kalau boleh dibuat satu peraturan dimana blogger ini tidak dibenarkan berada di negeri masing – masing untuk sebarang tujuan , iaitu Selangor , Pulau Pinang , Kedah dan Kelantan.sumber
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan