PETALING JAYA, 27 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terus-menerus menjadi sasaran serangan dengan dilihat diselubungi krisis politik semata-mata kerana “impian” Umno mahu menamatkan kerjaya politik beliau selepas dipecat 12 tahun lalu.
Di sebalik serangan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, PKR sudah pun menyediakan barisan kepimpinan pelapis daripada kalangan golongan muda untuk meneruskan perjuangan parti dan agenda reformasi.
“PKR menjadi sasaran hanya kerana Anwar berada di sini. Dan, anda boleh lihat fobia dan obsesi ke atas Anwar, sesuatu yang agak keterlaluan,” kata Anwar, yang juga Penasihat PKR kepada The Malaysian Insider dalam pertemuan kira-kira sejam di pejabatnya.
Ia adalah wawancara formal yang pertama bersama The Malaysian Insider selepas permintaan untuk ditemu bual ditolak beberapa kali dan ditunda.
Bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ini berkata, serangan itu terbukti dalam bentuk “penggunaan kekerasan” dan juga rasuah, yang dirujuk kepada sebab beberapa wakil rakyat bertindak keluar PKR sejak tahun lalu.
Kini, lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. PKR kehilangan satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil bulan lalu.
“Sebagaimana saya katakan, sasaran ialah saya, bukannya parti,” katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, musuh politiknya itu menggunakan kekerasan dan ganjaran kewangan untuk menghancurkan beliau daripada arena politik.
“... kita perlu mengambil pendekatan untuk melakukan pembaharuan di sini,” katanya.
Sebagai contoh, kata beliau, pihaknya berhadapan dengan kesukaran untuk memilih calon bagi mewakili PKR dalam pilihan raya umum yang lalu.
“Tetapi lihat pada kedudukan mereka bercakap (sekarang), apabila (Ahli Parlimen) Bayan Baru (Datuk Seri Zahrain Hashim) meninggalkan parti, kenyataan pertama beliau ialah beliau menentang dasar kami yang (didakwa) kelihatan pro-Cina dan pro-DAP,” katanya.
“Jadi, dengan jelas beliau menggunakan ini sebagai sebab, alasan untuk dikeluarkan dari parti,” katanya yang dibebaskan dari penjara pada 2004.
Anwar yang kembali menjadi wakil rakyat Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil Ogos 2008 berkata, beliau sebenarnya telah “menjangkakan” serangan bertubi-tubi ke atasnya sejak era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar (gambar) dipecat oleh Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri, menteri kewangan dan timbalan presiden Umno.
“Serangan ke atas saya berterusan selama 12 tahun, kemungkinan patennya agak berbeza. Ketika Dr Mahathir, serangan adalah bentuk keganasan, tahanan dan dipukul. “Sekarang, ia secara langsung dan juga bawah sedar. (Tetapi) saya tidak risau tentang tekanan-tekanan yang alami secara peribadi,” katanya.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh 10 tahun, yang parti itu dan beliau sendiri telah menganggap sebagai satu ‘perangkap” untuk menamatkan kerjaya politiknya.
Kes itu sedang berlangsung.
Sidang Parlimen yang lalu telah merujuk Anwar kepada Jawatankausa Hak dan Kebebasan atas alasan telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan membawa isu APCO.
Jika usaha itu berjaya Anwar mungkin boleh digantung.
Anwar berkata, PKR kini mempunyai formula baru di mana ia sedang memfokus ke atas generasi kedua kepimpinan dengan golongan pemimpin muda yang ada pengalaman untuk menggerakkan parti pada masa depan.
“Kami perlu berupaya untuk mengadakan strategi yang lebih baik. Ini adalah ruang bagi kami untuk memilih calon-calon muda berasaskan komitmen, integriti, bukannya mereka yang biasa dengan budaya Umno,” katanya lagi.
Anwar juga mendakwa generasi kedua pemimpin masa depan sudah pun berakar umbi dalam PKR dan kebanyakan mereka bergerak di peringkat negeri.
“Saya merasakan kepimpinan teras akan kekal, tetapi kami akan memperkenalkan barisan generasi kedua pemimpin kalangan profesional Melayu, Cina, India,” kata beliau dengan merujuk kepada kepimpinan seperti Sim Tze Tzin dari Pulau Pinang dan Nik Nazmi Nik Ahmad di Selangor.
Dalam temu bual ini, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini juga menolak dakwaan bahawa parti berhadapan dengan isu pengurusan dan beliau tidak mengawal dengan sepenuhnya perjalanan seharian parti.
“Saya tidak mengendalikan parti, setiausaha agung Saifuddin Nasution mengendalikan pengurusan parti.
“Ini adalah harapan orang, mereka mengharapkan saya menguruskan parti. Mengapa perlu saya menguruskan parti? Tidak! Dia (Saifuddin) memberikan mereka hala tuju, tetapi saya tidak menguruskan parti,” katanya lagi.

1 ulasan:
Syabas atas ketabahan Dato' Seri. UMNO/BN kini sedang menghadapi masalah yang amat teruk. Masalah tersebut datang bertalu-talu. Lihat MCA yang sehingga kini belum benar-benar selesai. Skandal PKFZ masih tergantung. UMNO sendiri sejak dulu menghadapi pelbagai masalah perebutan kuasa terutama di peringkat bahagian dan lebih besar di peringkat negeri. PPP juga masih belum selesai. Kini MIC yang kian hilang sokongan kian tidak diterima oleh masayarakat India. Krisis UMNO dan MIC jadi barah yang bakal memusnahkannya. Hubungan UMNO dengan Gerakan juga sudah tidak mesra. Ramai yang optimis bahawa PKR, PAS dan DAP yang bergabung dalam PR itu punya masa depan cerah dalam menghadapi PRU13. Penerimaan umum terhadap pendedahan media elektronik termasuk RTM dan TV3 yang dilihat memihak kepada BN tersirat makna di sebaliknya jika diteliti bersungguh-sungguh. BN tidak sedar akan hal ini! Ternyata mereka bodoh menafsirkannya.
Catat Ulasan