
IPOH 30 MEI: Gotong royong untuk menghapuskan Aedes yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Perak telah memilih untuk Jalan Juara, Kg Manjoi sebagai lokasi aktiviti mereka pada hari ini.
Kebanyakan penduduk di situ terdiri daripada warga tua yang rata-ratanya begitu gembira dengan kedatangan kami, apatah lagi dengan pertolongan yang kami berikan seperti membersihkan longkang, membuang tong-tong kosong dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dikawasan rumah mereka.
Risalah mengenai penjagaan kebersihan dan fakta mengenai nyamuk Aedes juga diedarkan kepada mereka. Abate (racun pembiakan nyamuk) turut dibekalkan kepada penghuni-penghuni rumah disana.

di dalamnya dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes

tetap gembira dengan kunjungan kami hari ini

kawasan rumah dan bahayanya pembiakan nyamuk Aedes
serta dibekalkan dengan racun Abate
Ustaz Akmal membersihkan timbunan kayu dan daun-daun
pisang yang berselerakan
pisang yang berselerakan

yang membersihkan Jalan Juara, Kg Manjoi
daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes
Tiada ulasan:
Catat Ulasan