Belum reda kes Aminulrashid. Kini polis buat hal lagi. Pada semalam, seorang remaja telah ditembak di perut kerana tidak mahu memberhentikan motosikal (seperti kes Aminulrashid). Polis dah seperti raja di Malaysia.
====================================================
GEMENCHEH: Seorang anggota polis digantung tugasnya kerana menembak seorang remaja dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Jelebu di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, ditembak polis kerana enggan memberhentikan motosikal walaupun diarah berulang-kali untuk berbuat demikian.
Mohd Azizi daripada Paroi dekat sini ditembak pada perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal menunjukkan anggota polis terbabit sedang membuat rondaan bersama rakan setugas tidak mengikut standard operasi untuk melepaskan tembakan.
“Kami telah menggantungnya kerana menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.
“Dia tidak sepatutnya melepaskan tembakan kerana polis-polis terbabit tidak berada dalam keadaan berbahaya,” katanya kepada pemberita pada perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan, dekat sini.
Anggota polis yang digantung itu berpangkat konstabel dan telah berkhidmat di Balai Polis Rahang selama satu setengah tahun.
Osman turut memohon maaf kepada ibu-bapa mangsa di atas kejadian itu.
Difahamkan Mohd Azizi sedang melepak bersama rakan-rakan di pusat beli-belah Centre Point apabila kereta peronda menghampiri mereka.
Mereka melarikan diri ke arah berbeza apabila kereta peronda semakin hampir.
Dua polis di dalam kereta itu mengejar dan memberi amaran berulang kali kepada Mohd Azizi supaya memberhentikan motosikal Honda EX5 yang ditungganginya.
Bagaimanapun, dia dikatakan tidak mempedulikan arahan itu, malah memecut laju ke arah Jalan Jelebu sejauh 2km.
Osman berkata, Mohd Azizi yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dilihat seolah mencabar pihak polis untuk mengejarnya.
“Namun, salah seorang anggota polis melepaskan tembakan apabila mangsa gagal untuk berhenti selepas beberapa kali diarahkan untuk berbuat demikian,” katanya.
Beliau berkata, Mohd Azzi yang bekerja di pasar malam di sini memberhentikan motosikalnya apabila menghampiri 1km dengan Kg Ujung Pasir dan cuba melarikan diri, namun dia ditahan.
Menurutnya, ketika itu barulah anggota polis tahu yang Mohd Azizi telah ditembak.
“Mangsa tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.” tambahnya.
Berdasarkan siasatan awal, Osman menjelaskan, anggota polis terbabit tidak berniat untuk menembak mangsa.
“Dia mengeluarkan pistol dari tingkap kiri kereta peronda bagi memberi amaran tembakan, namun terkena mangsa. Bagaimanapun, kami akan mengesahkan perkara ini.
“Mangsa kini pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusof yang turut hadir pada majlis perasmian berkata, pihak polis menyerahkan undang-undang untuk mengenakan tindakan sekiranya polis berkenaan didapati cuai.
Abu Seman dan Osman kemudian melawat mangsa di hospital.
1 ulasan:
saya tak bersetuju dengan melebel polis seperti raja dimalaisia, sebab raja tak kerja cuma makan tidor dan peluk bini serta sesekali peluk anak dara orang, elaun puluh2 ribu2...sedangkan kami polis terpaksa kerja berjemur dan berembun menjaga keselamatan amno,mengacau ceramah serta tembak remaja, tapi gaji pokok kami cifut je,adalah lebih sikit kalau ada yang suid hulur bawah pokok....
Catat Ulasan