Himpunan bantahan tersebut yang telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak di hadiri hampir 1,000 orang yang turut membantah. Demonstrasi itu juga telah dihadiri oleh orang bukan Islam. Antara pimpinan yang hadir berucap ialah YB Dr Lee Boon Chye, Timbalan Pengerusi PKR Perak; Zawawi Hassan, Ketua Pemuda PAS Perak; YB Abdul Yunus Jamhari, Ketua Angkatan Muda PKR Perak dan Haji Suhaimi Latip, YDP ABIM Perak.
Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut. Pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir setelah jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak.
Terdapat sedikit gangguan setelah pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan dan berlaku beberapa pergelutan semasa mpihak Polis menyuraikan semua yang hadir. Walaubagaimana pun tidak tangkapan di buat oleh pihak Polis setelah semua yang hadir bersurai sekitar jam 2.30 petang setelah berhimpun hampir setengah jam.
Wakil Gagasan Melayu Perak yang telah menghubungi Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak melahirkan sokongan berkaitan himpunan tersebut dan memberikan sokongan penuh bantahan tersebut diadakan.
Umat yang sayangkan Islam
Wakil dari Pas Batu Gajah turut hadir
orang bukan Islam juga tolak Judi. UMNO????
Replika mesin judi telah dipijak hingga lumat
pihak Polis menjalankan tugas yang diamanahkan
WAHAI PEMIMPIN UMNO, PELAJARI LAH AYAT INI,
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaithan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Al-Mai'dah (5) : 90
Sesungguhnya syaithan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan shalat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
Al-Mai'dah (5) : 91
Tiada ulasan:
Catat Ulasan