oleh: Nash Ar-Rawy
Bukan kerna subsidi, negara bangkrap kerana selama 50 thn, tak bangkrap pun . Tetapi, elemen rasuah dan salahgunakuasa seperti jual telaga minyak dan wilayah kepada Brunei bernilai RM320 BILLION, saham bumiputra lesap RM52 Billion, Rosmahnajib judi Forex rugi RM32 Billion tapi broker untung sapu keliling ,wilayah KTM jual kepada Singapura aset negara yang bernilai berbilion ringgit. Bakun rugi RM 1 Billion , Moonsoon Cup curi duit Royalti bazir RM6 juta, Masjid Kristal( duit curi ehsan wang rakyat ) tiada kariah, tiada makmum bazir RM5 juta jadi pusat pelancungan!!!! Duit PPRT RM berbillion lesap! Penyelewengan berbillion ringgit wang negara dalam PKRZ dan banyak skandal lagi.
Bukan kerna subsidi ; negara boleh bangkrap pada 2019 seperti kata Dato’ Idris , menteri di Jabatan Perdana Menteri . Umnolah yang hasbiskan duit rakyat, joli katak demi kroni sanggup tak kisah jika negara bangkrap !!!! Tergamak dan buta perut Umno. Bahkan, Umno tak kisah menaikkan harga minyak , pemaksaan GST dan membebankan rakyat menanggung bebanan hutang negara yang berbillion dollar akibat daripada kerakusan projek kroni, rasuah dan salahguna kuasa.
Malaysia mungkin jadi Greece seperti kata Idris jika UBN terus pegang tampuk pemerintahan negara. SPRM, PDRM, SPR, Mahkamah dan JPN cuma menjadi “ DEWAN/SAYAP UMNO” sahaja kepada UBN. Mana ada siasatan ke atas lesapnya saham bumiputra sebanyak RM52 Billion? Siapa yang ditangkap ? Wang negara RM32 Billion hangus dek perjudian Forex rosmahnajaib seperti yang pernah didedahkan Kuli, adakah disiasat SPRM ?.
Bermula daripada kes BMF dan Perwaja Steel; penyelewangan demi penyelewanan, rasuah demi rasuah, dan penyalahgunaan kuasa adalah kesinambungan kefasadan dan kemungkaran ekonomi yang dilakukan UBN tiada henti-hentinya. Kemudian temberang dengan retorik satu Malaysia .
Kepincangan sistem autokrasi-ISA negara dipagari oleh PDRM, mahkamah, SPRM , SPR dan JPN yang diletak dibawah kuasa Ketua Eksekutif( PM ) yang merupakan talian hayat dan boneka UBN.Ini bercanggah dengan sistem Islam yang tiada membenarkan sebarang bentuk autokrasi dalam sistem pemerintahan. Justeru itu , untuk membendung sindrom salahguna-kuasa, korapsi dan penyelewengan wang negara .
Pakatan dalam manifesto bertekad meletakkan IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Akauntan Negara, Pengarah Penjara, Juruaudit Negara, SPRM , SPR dan JPN di bawah kuasa DYMN Yang Dipertuan Agong; sekaligus bertanggungjawab penuh kepada Parlimen dan bukan menjadi ‘subordinate’ atau bawah pengaruh dan kuasa PM.
Jika rakyat tiada mahu Malaysia jadi seperti Greece atau Mexico perubahan tampuk pemerintahan perlu dipersiap-siagakan segera dan sekarang menjelang PRU 13; kemungkinan dibuat awal bersama dengan Sarawak, April tahun depan.
UBN tiada upaya lagi berdepan dengan kekuatan asli Pakatan Rakyat yang tiada rasuah politik; secara tertumpu dan fokus kepada Sarawak sahaja kerna iktibar daripada kekalahan UBN di Sibu, amat menakutkan sekali mereka. Ini adalah kerna Sarawak dan Sabah adalah penentuan siapa yang akan di hantar ke Putrajaya.
Rakyat Sarawak , Sabah dan keseluruhan warga satu Malaysia tiada dapat menerima kenyataan dan tiada bisa memaafkan UBN kerna nasi sudah menjadi bubur. Bukan sahaja warga keturunan Tionghua sahaja yang sudah menolak UBN sekalipun sekolah Cina dirasuah jutaan ringgit dan projek ‘mee segera’ yang lain . Namun, masyarakat Bumiputra Iban, Melanau dan Melayu sudah bangkit dan berani menolak UBN; membuat reformasi demi masa depan anak cucu mereka daripada menjadi mangsa kerakusan politik dan ekonomi kroni UBN.
Rakyat tiada akan memaafkan kefasadan UBN menjual wilayah negara ; dua telaga minyak yang bernilah RM320 Billion kepada Brunei. Umno tergamak gadai negeri dan jual maruah bangsa dan negara demi kepentingan kroni mereka. Ini adalah kerana dua telaga minyak tersebut lebuh kepada Brunei dan yang untung atas pengkhianatan tersebut adalah kroni UBN atas usahasama syarikat minyak kedua-dua negara . Wilayah tersebut bukan lagi hak dan milik negara , terapi hak mutlak syarikat kroni Umno!
Begitu jugalah Tanjung Pagar, Krinji, Bukit Timah dan Woodlands; tiada lagi menjadi milik negara kerna dijual kepada Singapura demi kepentingan kroni Umno ke atas syarikat kroni , usahasama Malaysia- Singapura. Ianya hak mutlak syarikat kroni bukan lagi milik Malaysia .
Apa warga Johor dan Sarawak dapat? Negeri tergadai dek PETUALANG NEGARA! Umno yang tergamak jual negeri demi kroni. Bakun rugi demi knoni. Sime Darby lingkup tanggung biawak hidup jutawan kroni Mahathir. Duit PPRT dan Saham Bumiputra lebuh!; disapu muntahkedarah habis kroni Umno !
Jangan dibiarkan Si Pengangak Umno/BN menjadi hakim, kerna segala khazanah negara bisa di angkut mereka sehingga licin dan negara bisa menjadi muflis dan hancur! Rakyatlah hakimnya menangkap pencuri-pencuri dan petualang negara dengan menghukum mereka dalam PRU 13 nanti, insyaAllah. Kesalahan UBN terlalu besar dan tidak tertanggung lagi rakyat! UBN memang tiada bisa berubah kerana daripada BMF, Perwaja Steel ; sehinggalah kepada telaga Minyak Sarawak dan tanah KTM di Singapura. Pengkhiantan demi pengkhianatan dilakukan Umno dahulu sekarang dan selamanya !!! Inilah wajah Umno yang mempamirkan diri yang sebenar! Sudah tiada bisa diselindungi lagi .
Harapkan pagar, pagar makan padi . Cukuplah untuk sekian lama rakyat ditipu dengan proganda RTM yang menutup segala pekong UBN selama ini. Umno/BN boleh tipu rakyat pada satu masa , tetapi mustahil bisa menipu massa sepanjang masa. Buktinya rakyat menolak UBN di Kedah, Pulau, Pinang, Selangor dan Kelantan. Yang terkini kawasan Parlimen kubu kuat UBN di Sibu kecundang. Bersedialah Si penyanyak, pencuri , petualang dan pengkhianat Umno/Bn untuk menerima gelombang kesedaran dan kebangkitan massa yang sudah muak dengan penipuan retorik satu Malaysia dan permainan politik rasis Umno !.
Sesebuah negara itu bisa bangkrup dan jatuh bukan kerna subsidi membantu rakyat , tetapi kerna amalan rasuah, skandal , penyelewengan , seks , pembaziran, salahgunakuasa dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Pemimpin yang mengkhianati negara !
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan