Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 4 Mei 2010

Serah kepada SPRM

http://3.bp.blogspot.com/_hi0nllTBV5U/SdDHViceOiI/AAAAAAAAFZg/cduT-1JjHDw/s320/Mohd+Amar.jpg

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohamed Amar Nik Abdullah menyerahkan kepa-da Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan blogger kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul aziz berhubung individu yang terlibat memberikan peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengekalkan pentadbiran Pas di negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pendedahan yang dibuat semalam oleh blogger berkenaan lebih bersifat dakwaan dan pihak SPRM telah menjalankan siasatan mereka.

“Pas Kelantan menyerahkan kepada pihak SPRM untuk menyiasatnya sama ada benar atau sebaliknya pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi.

“Kebenaran belum dibuktikan lagi. Memang betullah dia bagi nama orang itu, orang ini, tapi betul ke orang tu terlibat? Jadi ini kita serahlah kepada proses perundangan.

“Kalau dia kata dia sudah lapor kepada SPRM, jadi biarlah SPRM siasat dengan adil dan telus. Kalau betul maknanya kita terimalah, tetapi kaedah undang-undang dia tu (individu terbabit) bersalah apabila dibuktikan. Jadi kita biar undang-undang tu berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi berhubung nama individu yang menyalurkan dana untuk sebuah syarikat Global Media Channel Sdn Bhd.

Syed Azidi menyenaraikan lima individu terbabit termasuk seorang Exco Kerajaan Negeri dan bekas wakil rakyat dikatakan penyumbang bagi syarikat berkenaan yang menjalankan operasi gerak saraf.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah keh koh,
Sungguh tidak sopan apabila kes ini diulas oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohamed Amar Abdullah.
Yang perlu bercakap kes ini adalah TGNA dan Husam Musa, kerana yang terlibat dalam kes kickdefella adalah Husam. Sementara komen TGNA adalah komen mursyid am.
Nik Amar mungkin akan menggantikan TGNA, begitu juga Husam Musa. Setiap ulasan akan dianggap komen berselindung.
Syabas 2 pengganti TGNA MB kelantan.