Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 13 Mei 2010

Sokongan PR makin meningkat !!!


3-tak harap balas Oleh Muda Mohd Noor
SIBU: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa sokongan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat walaupun berdepan dengan pelbagai halangan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrul Hisham Shaharin berkata, ramai pengundi khususnya di pekan Sibu menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng dari DAP.

"Ini sesuatu yang amat baik kepada Pakatan terutama dalam menghadapi pilihanraya dewan undangan negeri (DUN) yang dijadualkan tidak lama lagi," katanya kepada Free Malaysia Today, hari ini.
Bagaimanapun, Badrul Hisham mengakui Wong sukar untuk menang kerana kerajaan dan agensinya menggunakan jenteranya berkempen untuk memenangkan calon BN, Robert Lau.
"Polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semuanya berpihak kepada BN. Mereka tahu ada pengundi yang ditawarkan wang tetapi adakah agensi-agensi berkenaan bertindak?
"Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke Sibu mengumumkan pelbagai projek dengan kos jutaan ringgit," katanya.
Badrul Hisham menambah, BN telah memanipulasi isu penggunaan kalimah Allah untuk kepentingan politik mereka.
Beliau berkata, penggunaan kalimah Allah diharamkan dalam kempen di Sibu kerana isu itu boleh menguntungkan pembangkang.
"Dakwaan pemimpin BN bahawa jika mengundi calon DAP bermakna mengundi negara Islam bertujuan supaya pengundi keturunan Cina dan bukan Islam menjadi takut mengundi calon DAP," tambahnya.
Menurutnya, sepanjang dua hari berkempen di pekan Sibu dan Nangka mulai Rabu lalu, beliau menerima aduan bahawa ada nama pengundi yang hilang dari senarai daftar pemilih dan juga dipindahkan ke tempat mengundi tanpa pengetahuan mereka.
Badrul Hisham juga melihat pilihanraya kecil ini sebagai ujian kepada jentera pilihanraya Pakatan dalam menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.
"Ini merupakan satu latihan kepada petugas parti Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi," tambahnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

badrul spin kita nak percaya, hentikanlah