Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 8 Februari 2010

Rakyat Perak jangan bersedih

http://1.bp.blogspot.com/_NG2rpR7PL40/SaYKQje2xzI/AAAAAAAAAXo/CDDLaW4ZaHE/s400/sabarlah+nizar.JPG
posted by paeh

Walaupun mahkamah persekutuan mengistiharkan Zambry menang, namun rakyat Perak sentiasa berdiri teguh di belakang Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin. Keputusan ini tidak memeranjatkan dan sudah dijangka.

Keputusan ini langsung tidak memberikan reaksi positif terhadap krisis politik di Negeri Perak. Negeri Perak akan kacau bilau dan tidak teratur. Sidang dun tidak akan dapat diadakan dengan aman dan makmur.

Pakatan rakyat akan berpegang teguh kepada prinsip yang dijanjikan iaitu berjuang untuk pembubaran dun Perak dan memberikan hak kepada rakyat negeri Perak memilih kerajaan.

Ayuh rakyat Perak!! terus bersatu dalam Pakatan Rakyat. Terus bersama Dato' Seri Nizar. Tolak parti perkauman. Tolak parti yang zalim kepada rakyat. Bersatu Tegakkan kebenaran dan keadilan.

Hidup Hidup !!!
Hidup Rakyat !!!

Bubar Bubar !!!
Bubar Dun Perak !!!

7 ulasan:

ju berkata...

Tak sedih pun paeh,sebab dah tau lame dah...teruskan koje2 parti kita,yg benar akan diangkat juge nanti.

Ni baru undang2 dunia...disana mane nak lari?

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Rakyat Perak jangan bersedih? Paeh sedihkah?

Bukan semua yang sedih kecualilah geng Paeh dan Ajijoi dan sewaktu dengannya. Ju pun tak sedih dan nampaknya dia jadi NUJUM PAK BELALANG.

Rupa-rupanya tak habis lagi.

Saya ucapkan takziah di atas kesedihan itu. Moga-moga kesedihan tanpa air mata itu cepat hilang.

Kalau keputusan itu sudah dijangka kenapa buat spekulasi 4-1 dan 3-1 sebelum ini?

Selepas hilang kuasa, harap-harap tiada lagi kacau-bilau walaupun ia dijangka akan berlaku.

Kita tunggu sebelum dan sehingga PRU 13.

Selamat maju jaya dalam mendapatkan undi dan sokongan.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

BIARLAH PEMIMPIN BUAT KEPUTUSAN YQANG TETAP.
MESTI ADA CARANYA.
JANGAN MENGALAH
HIDUP RAKYAT
HIDUP RAKYAT
HIDUP RAKYAT....PERAK

Tanpa Nama berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Allah SWT telah penuhi hajat MB Zambry dengan juak juaknya ,ini bermakna DS Nizar wajib hormati keputusan Mahkamah dunia.Saya ulangi Allah SWT telah kabulkan doa MB Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak .
DS Nizar tolong lah jangan buat perkara yang bodoh , DS Nizar wajib terima kehendak Allah SWT . Buat kerja yang di amanahkan oleh rakyat baik di ADUN mahu pun di Parlimen .DS Nizar hentikanlah impian untuk menjadi Menteri Besar Perak . Buat kerja menjadi wakil rakyat di ADUN dan Parlimen kawasan yang dimenangi DS Nizar .DS Nizar tolonglah buang jauh jauh impian untuk menjadi Menteri Besar Perak .Allah SWT telah pilih Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak . Jangan lawan keputusan Allah SWT . Allah SWT lah yang mencipta alam semesta dan seisinya . Jangan melawan kehendak Allah SWT . DS NIzar wajib terima hakikat ini . Jangan dok layan lagi kerenah atau batu api DAP . DS Nizar katakanlah kepada pihak DAP bahawasanya Allah SWT telah penuhi hajat Zambry menjadi Menteri Besar Perak . So DS Nizar turun padang dan buat kerja yang diamanahkan kawasan DS Nizar . Dan jangan lupa DS Nizar buat sholat taubat kalau boleh. Dan dambinglah isteri dan anak anak DS Nizar mulai sekarang , hentikanlah impian untuk Menjadi Menteri Besar Perak. hj jamaludin

Pejuang Islam berkata...

tanpa nama.
zamry menjadi menteri besar ditentukan oleh ALLAH atau rasuah .??
jangan buat tak tau pulak.hakim p0wn keturunan umnoNGOK,ada ke peluang untuk DS Nizar menang.??
insitusi kehakiman sekarang bukan insitusi untuk menegakkan keadilan tapi semata-mata untuk kemenangan politik umno.
Doa Zamry atau doa mufti harun sana-sini.??
kalau betul dimakbulkan maksudnya itu doa harun sana-sini sebab dia yg berdoa masa solat hajat.
haha.jangan nak memandai-mandai.benda niey keluar kat utusan meloya.
weh,kaki puntung rokok.
sapa bersedih.??keputusan ini dah diketahui sejak awal2 lagi.kalau menang itu satu keajaiban.sebab yang saya tulis kepada tanpa nama itu la.haha.tunggu pru 13 nanti.
fahami ayat AL-Quran ini.

bismillahirohmanirohim.

"Hai orang-orang yang beriman,taatlah kepada ALLAH kepada Rasul dan pemimpin dikalangan kamu, yang dimaksudkan di kalangan kamu itu ialah dari kalangan orang-orang yang beriman".
(surah an-Nisa' ayat 59)

kalau tak paham2 lagi tak tau la.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni musim panas ni aku nak suruh zamri mamak berdoa pada tuhan kasi sejuk sikit ,boleh kan..Zamri punya doa dimakbulkan tuhan.Macam seorang lelaki yang telah berjaya mencuri harta orang lain,berjaya melepaskan diri,boleh kata tuhan makbulkan doanya dan beliau adalah yang hak.Puak bengong ada PHD tapi perangai loklak.

XsokongPR berkata...

sebagai rakyat perak, aku x bersedih lansung...
Alhamdulillah...perak ada mb yg sah....

kalo dah tau kalah , kenapa ade dengar suare2 kambing kononnya 4-1.....

rapla jingga tul......

welcome tu zambry...
bye2 nizar.....
see you in pru13...

nizar kan millionre
ade camry,
ade van buruk,
ade kerusi roda....
wah kakakaka