Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 5 Februari 2010

Kafir Semakin Berani, Umat Islam Semakin Lemah


[untitled.bmp]

Kepada semua pembaca yang sayangkan Islam, sesungguhnya kita sentiasa berada dalam kelalaian dan leka sehingga musuh-musuh Islam menghina Islam sebegini rupa. Ini semua menjadi tanggungjawab semua untuk menjaga maruah Islam, supaya ia tidak tercemar dan dihina sebegini mudah oleh musuh-musuh Islam. Kita harus mencari jalan untuk menangani masalah ini supaya ia dapat dibendung dan Islam dihormati oleh semua manusia.

Ingatlah kepada semua umat Islam, sesungguhnya kita mampu untuk menjahanamkan mereka yang menghina Islam dengan berbagai cara yang ditetapkan oleh undang-undang negara Malaysia yang tercinta ini. Mari kita boycott segala produk yang dikeluarkan oleh negara-negara yang menghina Islam. Gunakan segala apa yang kita ada untuk menentang musuh-musuh Islam ini supaya mereka tidak lagi mengulangi perbuatan mereka ini.

Setiap pembaca blog ini sampaikan kepada semua kawan-kawan, jiran dan masyarakat anda. ini menjadi tanggungjawab kita semua untuk memertabatkan maruah Islam yang dicintai dan disayangi. Setiap usaha baik ini, akan dianugerahkan Allah balasan yang setimpal.

Tiada ulasan: