Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 16 Februari 2010

Isu Melayu sebenar di Pulau Pinang

daripada Ustaz Misbahul Munir

UMNO BN mentohmah kerajaan PR Pulau Pinang kononnya bumiputra Melayu di Pulau Pinang diabaikan. Isu roboh gerai peniaga Melayu digembar gemburkan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO. Isu kontraktor bumiputra yang tidak diberi peluang dalam projek dan tender kerajaan juga dijaja merata tempat. Demontrasi sehingga membakar gambar Lim Guang Eng dilakukan oleh UMNO BN. Manakala jawapan dan penjelasan oleh kerajaan PR Pulau Pinang tidak pula disiarkan. Lim Guan Eng terus dilabel sebagai anti Melayu dan Islam.

Apabila penjelasan dibuat oleh kerajaan negeri ternyata dakwaan tersebut palsu, karut, fitnah dan tohmahan jahat UMNO BN bagi membangkitkan sentimen perkauman orang Melayu terhadap orang Cina di Pulau Pinang.

Lihatlah kenyataan berikut :-
Kenyataan Media
Oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan
Dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri Pulau Pinang
Pada Rabu, 3 Februari 2010 Di Komtar, Pulau Pinang
KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN
DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN
Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang
dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak
Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu
sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang
melibatkan orang Melayu.
Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis
Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya
untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan
dalam tindakan penguatkuasaan.
(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT
Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010
adalah seperti berikut:
Tahun
Melayu Cina India Tidak Diketahui
2008 3 2 1 2
2009 4 3 2 4
2010 2 0 0 0
Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang
berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab
jalan.
Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur
haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.
Mereka sudahpun diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan
memindah. Akhirnya operasi ditangguhkan.
Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur
tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu
di George Town.
Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha
ditawarkan gerai alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi
enggan menerimanya.
Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan.
Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan
dimulakan.
(II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA
Tahun
Melayu Cina India Tidak Diketahui
2007 1 0 0 0
2008 0 0 0 0
2009 0 5 2 0
Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu.
Lima kes yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal
dan kontena di mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas
menerima notis.
(III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan
Undang Undang Kecil.
(a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang
Tahun
Melayu Cina India
2006 84 58 16
2007 65 35 11
2008 132 110 17
2009 152 84 17
Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak
melibatkan perobohan gerai.
(b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat
Tahun
Melayu Cina India
2009 23 3 2
(c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)
Tahun
Melayu Cina India
2006 106 46 16
2007 106 51 21
2008 50 13 12
2009 38 21 15
Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain
lain barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain
lain.
Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi
pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.
(d) Kacau Ganggu - Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam
Tahun
Melayu Cina India
2006 3 1 26
2007 3 1 13
2008 4 0 14
2009 6 0 8
(e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974
Tahun
Melayu Cina India
2008 1 16 1
2009 9 40 5
(f) Notis Keluar - Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP
Tahun
Melayu Cina India
2008 219 103 46
2009 78 52 26
(g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum
(MPPP)
Tahun
Melayu Cina India Jumlah
2008 785 1,082 196 2,063
2009 815 1,727 247 2,789
Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP
telah mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.
Jenis Lesen Tahun 2008
- Melayu Cina India Jumlah
Pasar 369 1,724 118 2,211
Kompleks 627 741 78 1,446
TPS 422 1,826 104 2,352
Jenis Lesen Tahun 2009
- Melayu Cina India Jumlah
Pasar 391 1,660 119 2,170
Kompleks 464 538 62 1,046
TPS 449 1,843 105 2,397
Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis notis kepada premis yang tidak
mematuhi mana mana Undang Undang dan Undang Undang Kecil.
Tahun 2008 Tahun 2009
Establishment Makanan 1,661 1,325
Tred Perniagaan/Industri 488 566
* Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.
Rumusan
(1) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan
dasar untuk mensasarkan mana mana kaum dalam tindakan penguatkuasaan.
(2) Statistik menunjukkan tindakan penguatkuasaan diambil atas pertimbangan
tidak pematuhan Undang Undang dan Undang Undang Kecil dan BUKAN atas
pertimbangan kaum.
(3) Tidak ada kaum yang menikmati immuniti daripada tindakan penguatkuasaan.
Isu sebenar adalah tidak pematuhan bukan perkauman (non compliance). Di
seluruh Negeri Pulau Pinang, ada banyak kes tidak pematuhan yang masih
belum ditangani.
(4) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan
tidak benar.
Bilangan kontraktor Bumiputera/Bukan Bumiputera bagi Tahun 2008 dan 2009
adalah seperti berikut:
Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf
Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2008
Sebut Bil. Kontraktor Harga Tender
Bumiputera Bukan
Bumiputera
Bumiputera Bukan
Bumiputera
1. Bekalan 29 5 - -
2. Perkhidmatan 26 26 - 1
3. Kerja 23 4 1 -
Jumlah 78
(69.03%)
35
(30.97%)
1
(50%)
1
(50%)
Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf
Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2009
Bil. Kontraktor Sebut Harga Tender
Bumiputera Bukan
Bumiputera
Bumiputera Bukan
Bumiputera
1. Bekalan 33 5 8 4
2. Perkhidmatan 29 2 34 -
3. Kerja 27 12 3 2
Jumlah 89
(82.4%)
19
(17.6%)
45
(88.23%)
6
(11.76%)

Tiada ulasan: