SHAH ALAM - Pas meminta kerajaan menangguhkan pembentangan bacaan kali kedua rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada persidangan Parlimen yang dijadual Mac ini bagi membolehkan rang undang-undang itu diteliti terlebih dahulu.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebuah jawatankuasa khas Parlimen yang dianggotai pihak kerajaan dan pembangkang wajar ditubuhkan bagi tujuan itu memandangkan GST melibatkan kepentingan banyak pihak. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan