Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 13 Februari 2010

Zahrain kalah kepada keadaan suasana tiada kemewahan dan kesenangan di PKR

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:N6q6SvLyuqHEsM

KUANTAN – Tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin kerana kalah dengan suasana tiada kemewahan dan kesenangan sepanjang berada dalam parti itu.

Ahli Parlimen Kuantan, Azan Ismail (gambar) berpendapat, jiwa bekas ahli PKR itu masih bersama kenangan indah UMNO kerana beliau sudah sekian lama dalam parti itu berbanding dua tahun bersama PKR.

“PKR tiada kemewahan, yang ada hanya semangat. Oleh itu ramai yang mengalah dengan situasi itu terutama tanpa kemewahan dan kekayaan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pengunduran Zahrain dari PKR kelmarin.

Beliau mengakui tidak mengenali Zahrain secara dekat tetapi tahu bahawa tindakan ahli parlimen itu pernah memegang beberapa jawatan penting dalam UMNO dan menerima jemputan dari Penasihat PKR, Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Katanya, semua pemimpin PKR yang setia dengan parti tidak bekerja untuk kesenangan dan mewakili ramai penduduk yang dinafikan hak mereka.

Azan turut berpendapat bahawa alasan yang dibacakan melalui kertas tidak mencerminkan Zahrain.

“Mungkin beliau dibantu oleh individu tertentu yang memihak dengan tindakan itu dan Zahrain sebelum ini pun tidak pernah berlaku pertelingkahan dengan pemimpin tertinggi PKR,” katanya.

Kelmarin Zahrain mengumumkan keluar dari PKR kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau juga beralasan tidak mahu dihukum sejarah dan generasi akan datang kerana tidak berbuat apa-apa mencegah kemungkaran serta menjadi sebahagian daripada kumpulan yang merosakkan bangsa, agama dan negara.

Ditanya mengenai tindakannya jika menghadapi situasi sama, Azan memberitahu, beliau tetap akan setia dengan parti itu dan berjuang bersama rakan lain yang tetap dengan PKR.

“Saya tidak pernah mempunyai kepentingan dalam parti lain sebelum ini. Saya juga tidak ada kenangan manis dengan parti lain. Tujuan saya bersama PKR ialah selesaikan bersama masalah yang ada,” katanya.

Tiada ulasan: