Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 18 Februari 2010

Tiada `firaun kecil’ dalam PR

firaun besar, Zulkifli Noordin

AYER KEROH – Dakwaan Ahli Parlimen Kulim – Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berhubung kewujudan `firaun kecil’ dalam Pakatan Rakyat (PR) dianggap satu taktik mengalihkan perhatian daripada masalah ditimbulkannya di dalam parti.

Malah, ketiga-tiga parti komponen PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP menegaskan tiada pihak dalam pakatan pembangkang itu berniat menjatuhkan Zulkifli.

Ketua Penerangan PKR Negeri , Mohd Khairi Ismail (gambar) berkata, Lembaga Disiplin parti akan mendengar dan mengadili kes Zulkifli dengan penuh integriti.

“Beliau tidak perlu khuatir Lembaga Disiplin PKR akan bersikap seperti `firaun kecil’ semasa kesnya dibicarakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Negeri, Adly Zahari berkata, kenyataan Zulkifli tentang `firaun kecil’ dalam PR adalah tidak wajar.

Menurut beliau, sebagai seorang Ahli Parlimen, Zulkifli sepatutnya menunjukkan contoh sebagai ahli PKR yang mematuhi disiplin parti.

“Pada pandangan saya, Zulkifli berkata begitu sebab merasakan dirinya terlalu hebat. Mungkin beliau lupa kerusi Parlimen Kulim – Bandar Bharu dimenangi atas sokongan rakyat terhadap PR.

“Kalau Zulkifli fikir dirinya benar-benar hebat, saya cabar beliau keluar dari PKR supaya kita boleh lihat sama ada rakyat akan terus menyokongnya,” katanya.

Jelas Adly, sebagai ahli parti politik, Zulkifli tidak terkecuali daripada berdepan tindakan disiplin sekiranya melanggar disiplin.

Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Khoo Poay Tiong berkata, kenyataan Zulkifli itu tidak mendatangkan kesan kepada PR.

“Tuduhan ada pihak dalam PKR, Pas dan DAP mahu lihat beliau dibuang daripada parti memang mengarut.

“Siapa yang hendak jatuhkan Zulkifli? Beliau bukannya ada pengaruh besar dalam PKR dan pakatan pembangkang,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu itu membuat kenyataan terbuka menerusi media mengkritik Lembaga Disiplin PKR.

Zulkifli turut mendakwa terdapat golongan `firaun kecil’ di dalam parti komponen PR yang mahu melihat beliau keluar daripada PKR.

1 ulasan:

Ampatuan Jr berkata...

Impossible!! Mana bisa ada 'Firaun2 Kecil' dlm PKR? - thats impossible,pitenah semua tu!!
Kita semua tahu kan bahawa sejak tahun 1998 PKR (KeAdilan) telah menetapkan fatwanya bahawa di M'sia cuma ada satu jer orang yg bergelar 'MAHAFIRAUN & MAHAZALIM' Yes..! the one and only Dr.Mahathir Mohammad atau Madey atau Mamak atau
Diktator atau apa2 jua yg orang PKR rasa nak panggil dia - tak ada yg lain,percayalah.So macam mana pulak boleh ada 'Firaun2 Kecil' dlm PKR? Depa mai kot mana? Awat,la Dr Mahathir dah join PKR ka? Bila? kalu camtu,tak tau la,dunia ni dah nak terbalik kot!! dan satu lagi, dlm PR mana boleh ada gelaran 'Diktator,Chauvinist atau Berfikiran Komunis' pada golongan para khalifahnya..Benda2 tu kita rezab utk UMNO jer kan? kan?