Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.
Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.
Beliau menegaskan  parti PKR bukanlah  tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit  seperti tanggapan  segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak  berpuas hati  bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang  tidak benar  terhadap parti.
"Yang tak dicerita apa dia? Bila  berada dalam  barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak  jadi kaya.  Kalau  hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100.  Ketidakupayaan  untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka  tewas dengan  ujian," kata beliau.
Beliau menjelaskan, ada ahli  yang mula  membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar  parti,  bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela  rakyat,  parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi  Perdana  menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata  sebagai  alasan keluar parti.
"Pada saya ini ada salinan cek yang   ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti.   Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb   Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5   juta," ujar beliau.
Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca   pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada   ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.
"Duduk   dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar   tanah RM1.5 juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya,"   tegas beliau.
Katanya lagi, beliau ingin tahu samada  Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam  Negeri  (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli  parlimen  tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.
~din binjai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan