Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 5 Mac 2011

Merlimau: Pengundian Bermula

MERLIMAU, 6 Mac - Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau bermula pagi ini selepas 7 buah pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi ini.

Dun Merlimau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Yuhaizad Abdullah, 38, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44, iaitu Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin.

Yuhaizad Abdullah yang ditemui di S. K Chin Chin berkata, beliau masih menaruh harapan yang tinggi untuk menang pilhan raya kecil (PRK) kali ini.

"InsyaAllah saya masih menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi PRK ini dan saya berpuas hati dengan sokongan yang diberikan pengundi-pengundi di seluruh Merlimau," katanya.

Beliau menemani ibunya, Fatimah Hassan, 66 yang mengundi di sini turut menyeru agar pengundi keluar awal berikutan laporan kaji cuaca ribut petir dijangka pada sebelah petang ini.

Fatimah yang ditemui selepas keluar dari pusat pengundian melahirkan rasa lega kerana dapat menunaikan tanggungjawabnya membuang undi.

"Alhamdulillah saya rasa lega dan gembira dapat membuang undi awal dan saya doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya.

Tiada ulasan: