Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 9 Mac 2011

Rejim BN diramal Hilang Kerusi Di Sarawak

Pakar dan penganalisa politik negeri Sarawak, Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin hari ini member analisa awal bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangkakan kekal berkuasa di negeri itu jika diadakan pilihanraya negeri bagi Dewan Negeri Sarawak. Namun begitu, Shaharuddin yakin bahawa jumlah kerusi yang dipunyai oleh BN Sarawak hari ini akan berkurangan.

Beliau menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) mampu merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan negeri Sarawak yang kebanyakannya adalah kerusi-kerusi mempunyai majoriti pengundi Cina dan yang ditandingi oleh parti SUPP bagi pihak BN dan DAP bagi pihak PR. Shaharuddin yang juga pensyarah Sains Politik di UITM berkata demikian semasa membentangkan.kertas kerja yang bertajuk “Lanskap Politik Semasa Menjelang PRU Ke-13: Analisis Sabah Dan Sarawak di Universiti Malaya hari ini.


Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Daripada 15 kerusi berkenaan adalah kerusi SUPP yang dilihat masih pro-DAP berdasarkan trend pengundian masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Sibu tahun lalu yang dilihat berterusan.

Selain dari itu, BN Sarawak dilihat akan gagal merampas kembali tujuh kerusi yang kini dimiliki oleh DAP dan PKR semasa pilihan raya negeri 2006. Bukan itu sahaja beberapa kerusi lain yang nampak memberikan tentangan hebat antara BN dan PR ialah kerusi-kerusi di Repok, Dudong, Pelawan, Batu Kawah dan Bawang Assam.

Dewan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan BN menguasai 63 kerusi darinya.Setakat hari ini, DAP dilihat mampu terus untuk kekal menguasai Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa dan PKR pula terus menduduki kerusi Padungan. Manakala bagi kerusi Ngemah pula dimenangi oleh wakil Snap yang kini telah pun keluar parti itu bagi menyertai ke Parti Cinta Malaysia (PCM).

Menurut Shaharudin lagi, beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar atas) mula memberi kesan. Antaranya ialah isu pengganti Taib sendiri yang mungkin memberi padah kepada BN jika tidak dijawab dengan baik.

Malah, semasa PRK Sibu pada tahun lepas, di mata pengundi Cina, Taib dilihat sebagai satu liabiliti dan isu ini akan berterusan di dalam pilihanraya negeri nanti. Mengulas tentang kerusi milik kaum bumiputera Islam dan Melayu pula, Shaharudin tidak menolak tiga kerusi kawasan Melayu yang kini dimilik oleh PBB boleh tumbang kepada Pakatan. Kerusi-kerusi yang dimaksudkan itu ialah Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas.

Ini merujuk kepada keputusan pilihanraya negeri yang lepas apabila kerusi-kerusi berkenaan hanya mencatatkan kemenangan PBB-BN dengan majority yang kurang dari 1,000 undi. Tambah Shaharuddin lagi, isu dinasti Taib yang memerintah lebih 30 tahun telah menjadi duri dalam daging kepada BN.

Beliau juga menunjukkan satu slide yang mempamerkan beberapa kain rentang yang muncul ketika pilihan raya kecil Sibu seperti Vote for SUPP =Vote for Taib sebagai contoh isu yang akan terus dimainkan nanti. Beliau turut menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada bulan April./KL-Today

Tiada ulasan: