Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 1 Mac 2011

Siapa Blogger terkenal yang akan menyertai PAS??

Dengar cerita ada blogger terkenal yang akan sertai PAS tidak lama lagi? siapa??

memang ramai yang sudah sertai PAS



Pengisyhtiharan penyertaan Mohd Hakim bin Mohd Lokman@Bob Lokman ke dalam Pas mendapat pelbagai reaksi dan respons di seluruh negara.Bermula dengan kehadiran beliau dalam Solat Hajat Perdana di Stadium Malawati tahun lalu,beliau akhirnya menyertai Pas secara rasmi dalam Himpunan 30K Pemuda di Kedah baru-baru ini.


Sehingga artikel ini ditulis,Saudara Bob dilihat aktif dalam membantu kempen Pas dalam Pilihanraya Kecil di Dun Merlimau dan Kerdau di atas pentas ceramah Pas.Sesungguhnya usaha murni Bob dalam menyuburkan dakwah dalam gerakan Islam di Malaysia amatlah dialu-alukan.Jika para pembaca pernah menonton filem Mantra yang ditayangkan di pawagam tahun lalu,Bob Lokman telah mula tampil dengan watak orang alim,dengan menjadi seorang kiyai yang menentang pengamal ilmu hitam.


Jika sebelum ini Bob pernah menjadi pengkritik mingguan dalam program Raja Lawak,beliau akhirnya mengambil keputusan meninggalkan rancangan ini pada musim ini.Ketika zaman mudanya dahulu,Bob juga merupakan seorang penulis lirik,pelakon dan pengacara dalam industri hiburan tanah air.Menurut Bob,sebab utama beliau menyertai Pas adalah kerana kegagalan beliau sendiri dalam mendidik anaknya yang mempunyai perwatakan berbeza ketika berada di rumah dan ketika di luar rumah.Ini semua kata Bob adalah kegagalan pihak pemerintah dalam membawa hala tuju negara,dan jika beliau tidak membetulkan perkara ini,siapa lagi?






Video di atas adalah detik2 terakhir sebelum Bob Lokman menarik diri dari menjadi pengritik tetap rancangan Raja Lawak 5 Astro Prima.


Untuk pengetahuan pembaca juga,Bob Lokman bukanlah seorang yang asing daripada jalan agama, memandangkan beliau adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad,Kajang ketika zaman persekolahannya sebelum mengambil kerjaya hidup yang berbeza daripada zaman persekolahannya.Malah, Bob juga bukanlah calang-calang orang,memandangkan beliau berasal daripada keturunan ulama,cicit kepada Tok Kenali,di mana ayah beliau Haji Lokman adalah orang yang bertanggungjawab menjaga Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian.

Bob Lokman dalam filem Mantra

Beza Bob Lokman ketika muda dan sekarang

Apa yang mengkagumkan penulis kepada Bob adalah,walaupun beliau berkecimpung dalam dunia artis yang diketahui dipenuhi maksiat,tetapi sebagai seorang yang berpegang teguh kepada didikan agama yang diperolehnya semenjak kecil menjadikan ianya pedoman dalam kehidupan dirinya.Malah,tidak salah jika penulis mengatakan bahawa Bob Lokman sebenarnya mampu menjadi ustaz sekiranya beliau tidak memilih jalan seni ketika di zaman mudanya dahulu.Apapun,adat berdakwah tidak mengenali umur.Semoga usaha Bob akan diberkati Allah dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Man Kadir (baju biru) menyampaikan
sumbangan
Selain Bob,sebenarnya terdapat beberapa orang lagi pelawak yang dilihat cenderung ke arah Pas dan Pakatan Rakyat.Salah seorang daripadanya adalah Saudara Man Kadir.


Man Kadir,ataupun Abdul Kadir Abdul Manaf adalah merupakan seorang pelakon komedi yang bernaung di bawah pengarah Mamat Khalid,dan banyak berlakon di bawah arahan Mamat termasuk Man Laksa, Zombie Kampung Pisang,video klip Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi dan M.Nasir) dan terbaru adalah filem komedi terbaik tahun 2010,Hantu Kak Limah Balik Rumah,di mana Man Kadir memegang watak sebagai Pak Jabit,peniaga warung di Kampung Pisang. Man Kadir juga adalah seorang pelakon teater yang memakai nama gelarannya sebagai L.Man Kadir Shamsi.

Man Kadir (tengah) di majlis
penamaan calon PKR Kerdau
Untuk pengetahuan pembaca,Man Kadir adalah Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau,di mana berlangsungnya pilihanraya kecil Dun Kerdau sekarang.Dalam keaktifannya berlakon dalam filem terbarunya iaitu Usin,Mon dan Jin Pakai Toncet (sambungan filem Hantu Kak Limah),Man masih sempat berkempen untuk calon Pas di Kerdau,di mana beliau diketahui antara aktivis PKR yang aktif dalam Biro Felda PKR.


Selain itu juga,seorang lagi pelawak yang dilihat hampir kepada Pakatan Rakyat adalah pelawak terkenal iaitu Sabri Yunus.Walaupun beliau tidaklah mengakui bahawa beliau adalah penyokong mana-mana parti politik,tetapi kesanggupan beliau untuk berlakon dalam teater arahan Dinsman yang diterbitkan oleh Karyawan Paksi Rakyat (PAKSI) iaitu pertubuhan seniman pro Pakatan menunjukkan bahawa Sabri sanggup bekerja dengan gerakan NGO yang anti-Barisan Nasional walaupun diketahui bahawa Sabri adalah antara pelakon yang popular di RTM di bawah sitkom Salam Pantai Timur.


Sehingga kini juga,penulis sendiri tertanya-tanya mengapa siri sitkom Salam Pantai Timur ditamatkan,dan Sabri juga jarang di skrin RTM sekarang, wallahualam samada penulis terlepas pandang ataupun tidak, hanya Allah yang tahu.


Sebelum ini,Sabri Yunus pernah melakonkan watak sahabat Rasulullah, Kaab bin Malik,dalam teater "Menanti Kata Dari Tuhan",yang tidak turun untuk berjihad dalam Perang Tabuk, seterusnya dipulaukan oleh para sahabat.Teater tersebut yang ditulis skripnya oleh Dinsman berdasarkan hadis Rasulullah SAW telahpun memecahkan tembok kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia,apabila ahli jawatankuasa Masjid Batu, Permatang Pauh bertindak mementaskan teater tersebut di dalam masjid,setelah beranggapan bahawa itu adalah salah satu daripada bentuk dakwah,selain dibenarkan oleh mufti negeri.


Selain itu,terdapat beberapa lagi nama selebriti lain yang dikatakan dekat dengan Pas.Amy Search contohnya, sangat mengkagumi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,malah pernah menyatakannya secara terbuka di facebook beliau.

Amy Search dan Nik Aziz

Tatkala inilah penulis teringat akan satu siri ceramah Ustaz Azhar iaitu,Mat Rempit yang tidak menghina orang alim adalah lebih baik daripada para Imam yang memusuhi para ulama.Selain itu juga,satu program yang bersifat Rock Islamik iaitu Ijtimak Rockers yang diadakan di Stadium Malawati beberapa hari yang lalu juga menarik perhatian penulis.Sepertimana yang dinyatakan oleh Exco Dewan Pemuda Pas,Ustaz Riduan Mohd Nor,"Jadilah sebagai sesiapa pun di dunia ini termasuk anggota kumpulan dan peminat rockers, namun setiap orang mestilah ingat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik kepada semua."

Siri hiburan alternatif Islam Green Zone menampilkan konsert Maher Zain dan persembahan rock yang menyelitkan aspek ketuhanan adalah satu lembaran baru Pas dalam tidak menyempitkan hiburan kepada anak muda.Dan inilah sebenarnya yang dinantikan oleh golongan belia,acuan apakah yang bakal dibawa Pas jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

Semoga ramai lagi para selebriti menyatakan solidariti dan sokongan mereka terhadap Pas dan Pakatan Rakyat.Jika Umno mempunyai Jins Shamsuddin,Pas kini telah mempunyai Bob Lokman.Malah,Pas sepatutnya menjadikan Bob sebagai duta hiburan Islam,dengan melantik beliau sebagai seorang senator di negeri Pakatan Rakyat bagi berentap sama dengan Jins Shamsuddin di Dewan Negara.Kita masih menantikan ramai rakan seangkatan Bob dan Amy Search untuk sama-sama menyokong Pas,nama-nama seperti M.Nasir,Afdlin Shauki,Rosyam Nor,Jay Jay dan lain-lain artis yang dilihat bersih dan tidak terikut-ikut kepada kehidupan penuh maksiat.

Sebagai mengakhiri tulisan ini,terimalah tayangan video kumpulan Senario yang mengutuk kerajaan Barisan Nasional.Adakah mereka bersama kita?Hanya Allah yang tahu.




propartiislammalaysia.blogspot.com

1 ulasan:

pakwe tiz zaqyah berkata...

video tu keje aku la...harharhar