Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 31 Mac 2011

Seorang lagi artis sertai PAS?


Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...

Sumber : Pemuda PAS Wangsa Maju

Bung Moktar Gelar Ahli Parlimen PR ' Syaitan Besar '

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 31 Mac:
Belum reda kontroversi mengenai kenyataan bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalan raya, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sekali lagi menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat hari ini.
Kekecohan timbul apabila Bung menggelarkan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai 'syaitan' sewaktu sesi soal jawab lisan pagi tadi.
Gelaran itu pada awalnya ditujukan kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur) yang bangun 'mengganggu' ketika beliau mengemukakan soalan tambahan mengenai kursus peningkatan kemahiran rakyat khusunya kepada golongan wanita kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Beliau bertanya sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyediakan kursus kemahiran seperti kursus memasak, membuat kuih dan kraftangan kepada rakyat di Sabah.
Ketika itu, Kulasegaran bangun dan bertanya adakah perlu diadakan kursus memandu kepada golongan wanita.
Bung menuduh Kulasegaran cuba memanipulasi kenyataannya berhubung pemandu wanita sebelum ini untuk memancing golongan itu agar mengundi Pakatan Rakyat.
"Mereka manipulasi kenyataan saya untuk tarik undi golongan wanita supaya sokong Pakatan Rakyat.
"Sudahlah, jangan tipu rakyat. Mereka faham apa yang saya cakap," katanya dengan suara yang agak tinggi.
Ketika itu kedengaran juga suara Datuk Mahfuz Omar (PAS -Pokok Sena) yang berkata bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Bung itu.
Bung seterusnya berkata, ramai 'syaitan' yang mengganggunya namun 'syaitan-syaitan ini akan direjam'.
"Kalau pun ada bisikan syaitan di pagi ini, akan direjamlah mereka," katanya.
Kulasegaran bangun membantah perkara itu dan menganggap Bung mengeluarkan perkataan yang tidak baik dalam dewan.
"Apa ini Yang Dipertua...tiba-tiba cakap syaitan," katanya.
Namun Bung terus bertanya soalan dan setelah menghabiskan soalannya, Bung secara tiba-tiba memandang Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan menggelarnya 'syaitan besar'.
"Ini Shah Alam memang syaitan yang besar," katanya.
Khalid bangun dan meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuruh Bung menarik balik kata-katanya.
"Yang Dipertua, dia (Bung) panggil saya syaitan besar. Minta tarik balik. Ini dewan yang mulia, kena jaga kata-kata," katanya.
Bung terus mempertahankan diri dengan mendakwa mereka yang mula mengganggunya.
Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pula bangun mempertahankan Bung dengan meganggap wakil Pakatan Rakyat yang tidak menghormati dewan.

Junaidi bagaimanapun menegaskan, dalam apa keadaan sekalipun, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat.
"Saya faham itu Yang Berhormat. Tapi itu tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perkataan yang tidak betul dalam dewan. Perkara ini saya pertahankan. Kalau tidak semua orang boleh guna perkataan sesuka hati," tegasnya.
Mahfuz pula bangun dan menyokong pendirian Junaidi itu.
"Yang Dipertua, kalau cakap dia terganggu, kita pun selalu terganggu, tapi kita terbuka. Saya pun selalu diganggu. Tapi tak adalah sampai nak menggunakan perkataan yang bagi saya sangat buruk," katanya.
Mereka seterusnya mendesak Bung menarik balik perkataan 'syaitan' itu sehingga Bung terpaksa mengalah dan menarik balik perkataan itu.Hrkh

Rabu, 30 Mac 2011

Jijiknya Politik Malaysia!!!

Bila agaknya jasa pembangkang akan dihargai. Mungkin
apabila pembangkang berhenti menyerang pemerintah.
oleh: Anak Bapa

Kerajaan UMNO/BN sentiasa mendabik dada bahawa Malaysia sentiasa mendapat pujian sebagai antara negara termaju di Asia Tenggara kerana prasarananya yang hebat dan canggih. Dan sememangnya diakui bahawa kita memiliki kemudahan yang setanding dengan negara maju yang lain. Terima kasih kepada duit minyak yang disumbangkan oleh Petronas selama ini.

Tetapi kehebatan sesuatu tamadun itu bukanlah dinilai semata-mata daripada kemampuan kerajaan menyediakan kemudahan fizikal. Jika itu ukurannya tentu kerajaan Fir’aun lebih hebat kerana piramidnya yang masih tertegak sehingga hari ini merupakan antara mercu tanda ajaib dunia yang tidak ada tolok bandingnya.



Malangnya Fir’aun lebih dikenali sebagai pemerintah yang zalim dan jahat, yang berterusan mengabdi dan menindas rakyat demi memuaskan kehendak nafsunya. Keangkuhannya sehingga ke tahap mengaku sebagai tuhan yang paling tinggi adalah jenayah yang paling besar yang tergamak dilakukan oleh seorang manusia.

Anak Bapa telah banyak menulis tentang jenayah UMNO dan BN kepada rakyat Malaysia. Segala pembangunan yang mereka wujudkan di Malaysia adalah merupakan tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah tak kira UMNO atau PR atau sesiapa saja. Jika UMNO saja yang pandai membuat pembangunan maka tentulah Singapura tak ada jalan dan elektrik, Thailand tak ada bekalan air dan Amerika tak ada lapangan terbang sebab negara-negara ini tidak diperintah oleh kerajaan UMNO dan BN.

Malah pembangunan yang ada ini pun dibangunkan atas korupsi dan penyelewengan pimpinan UMNO dan BN. Skandal demi skandal yang telah dan akan didedahkan dari masa ke semasa yang jelas terang lagi bersuluh membuktikan bagaimana mereka menyeleweng ratusan ribu juta duit negara.

Revolusi rakyat sedang bertiup kencang melanda Timur Tengah dan Utara Afrika dan tsunaminya berjaya menenggelamkan diktator Mesir, Tunisia dan tidak lama lagi Yaman dan Libya dan banyak lagi. UMNO dah mula panik kerana ciri yang ada pada ledakan rakyat dan diktator ini mirip kepada suasana yang ada di Malaysia.

UMNO semakin resah kerana kuasa mereka semakin terhakis. Pelbagai helah temasuk cara kotor mereka gunakan demi menjamin kesinambungan hayat mereka. Anwar Ibrahim dilihat sebagai satu-satunya individu yang mampu membawa kebangkitan rakyat dan menyatukan parti-parti pembangkang.

Anwar perlu dihancurkan atas apa cara sekali pun. Tak cukup dengan ugutan dan kecaman, beliau diaibkan dengan kes liwat I dan II dan kini pula dengan skandal seks! UMNO tidak percaya kepada Allah swt. Jika mereka percaya tentu mereka tak akan buat apa yang sedang mereka buat.

Bagi UMNO yang penting mereka terus berkuasa, cara dan kaedahnya tidak penting. Negara dan rakyat akan terdedah kepada bahaya jika terus memberi sokongan kepada UMNO. Mereka akan lakukan APA SAJA demi kelangsungan kuasa mereka. Rakyat perlu bertindak segera dengan menurunkan mereka.

BN Rakus bagaikan Yahudi!!!


Oleh Ibnu Amis
SELEPAS beberapa kekalahan pada PRK, BN kembali meraih kemenangan dalam PRK selepas itu dengan kempen yang rakus dengan sogokan dan melanggari peraturan pilihan raya.

Kenapa begitu rakus dan berleluasa tanpa segan silu demi mencapai kemenangan? Pasti ada penasihat licik yang dibayar berjuta ringgit untuk tujuan itu. Siapakah penasihat dan perunding itu?

Agresifnya cara berkempen Umno-BN nampak seiras tindakan Israel terhadap Palestin di mana rejim zionis bersikap “Aku tidak peduli apa jua masyarakat dunia nak kata, katalah apa pun, tapi apa yang aku tau aku akan pertahankan kuasa yang sedang aku nikmati dengan apa cara sekali pun selagi kuasa besar dunia terkini bersama aku.”

Setakat ini, segala pencabulan sistem demokrasi pilihan raya oleh Umno-BN, tidak ada kuasa di Malaysia ini yang dapat menghalang mereka demi mengukuhkan lagi kuasa mereka yang sedia ada sekarang ini.

Siapakah penasihat dan perunding mereka yang antara pesanannya seolah-olah berbunyi “Sementara kamu ada kuasa, jika ingin kekalkan kuasa, pekakkan telinga tentang apa jua pembangkang nak kata.

Apa dipedulikan, SPR, Kehakiman, Agensi Penguatkuasa dan segala apa jua agensi kerajaan, serta badan berkanun, dan syarikatsyarikat besar (yang dikuasai melalui GLC dan yang ada kepentingan untuk terus hidup Sikap rakus Umno-BN bagai Yahudi segar-bugar), kamu yang kuasai dan bisa diatur.”

Contohnya, semasa PRK Sibu “Jika kamu tolong kami, kami akan tolong kamu”. Di PRK Tenang “Apa SPR dan SPA boleh buat?” bila Pegarah Pelajaran Johor, secara terbuka turut berkempen untuk umno-BN” dan di PRK Merlimau, Kerdau, bertambah berleluasa lagi demokrasi diperkosa oleh umno- BN, bermula sejak sebelum penamaan calon lagi.

Tidak dinafikan, ada juga pegawai SPR serta lain-lain agensi kerajaan yang cukup meluat dan jijik dengan tingkah laku Umno- BN. Tetapi apa yang nak dikatakan, mereka juga kakitangan kerajaan yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dikuasai umno-BN, yang ketika ini sedang dengan rakus dan lunaknya sedang memboroskan wang negara semahu mungkin yang semestinya penasihat mereka telah memberi amaran keras, “Jika kuasa tercabut, kamu akan menghadapi kesulitan hidup di dunia yang penuh warna-warni ini dengan amat malang sekali... jadi apa cara sekali pun, kamu wajib mempertahankan serta memperkukuhkan kuasa yang kamu sedang nikmati ini.

Jika di Libya, Ghadaffi menggunakan tentera upahan, di sini kamu cuma adakan pengundi upahan dan suapan.”

Seorang AJK Pas Batu Gajah diserang Strok


YDP Pas Kawasan Batu Gajah bersama pimpinan PAS Batu Gajah telah
melawat beliau di Wad 5B
Hospital Raja Permaisuri Bainun

Ajk PAS Kawasan Batu Gajah, Sdr Ali Yusof telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Ahad lepas selepas diserang strok. Sebelah badan kirinya tidak dapat bergerak.

Kini keadaan beliau semakin baik. Beliau dibenarkan keluar sebentar tadi.. Doakan beliau cepat sembuh seperti dulu kala dan dapat meneruskan perjuangan. Sama-sama kita doakan

Selasa, 29 Mac 2011

Tudia!!! Parpukari bersama minuman kegemarannya!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWZBHB2L5S2wHF2ujaO-BeAJXUdItrzy5ExH3LA5h_oU958kSDeM0dGL8CgegnstecxoJDvM6bQYQWqgtJ3tmU1RJbC08JfPs6C4jeRTNi33MaccNLXhRczvTLBKCyh2BkHPvvFl6nkA0/s1600/parpufull.jpg

Inilah blogger terkenal upahan Umno bersama minuman kegemarannya.. Mantap la si parpukari... teguk jangan tak tegur.. Kalau sokong Umno semua jadi halal.. wah!!1

Isnin, 28 Mac 2011

Panas!! - Bekas Ahrli UMNO berebut- rebut seah borang sertai KeADILan !!


Selamat Tinggal Umno...BN...!!!!


SABAH: Bosan dengan kepimpinan Umno yang sarat dengan perbuatan fitnah dan sibuk mengkayakan diri, sekumpulan 59 ahli Umno di Sabah nekad menyertai KEADILAN.

Kesemua mereka adalah bekas ahli Umno di Kampung Jawa Melalap, Tenom dan menyertai KEADILAN Cabang Tenom di bawah kepimpinan Ketua Cabangnya, Datuk Halik Zaman.

Menurut wakil kumpulan tersebut, Tahir B Dingau, antara sebab mereka menyertai KEADILAN adalah kerana bosan dengan kebatilan fitnah yang dilemparkan Umno kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Kami bertekad meninggalkan Umno kerana sejak sekian lama memerhatikan cara songsang kepimpinan Umno yang tiada lain selain memperkasakan diri dan kroni.

“Umno juga semakin parah dengan pelbagai fitnah yang wujud dan diciptakan khas untuk melemahkan perjuangan KEADILAN,” kata Tahir.

Katanya lagi, mereka juga sudah jelak dengan Umno BN yang gemar mempraktikkan agenda kotor demi memastikan rakyat Malaysia terus menyokong parti itu.

Menurut Tahir lagi, jika Umno berterusan dengan sikap begitu, tidak mustahil tsunami politik Semenanjung akan sampai ke Sabah dan Sarawak.

“Mungkin UMNO dan BN fobia dan trauma dengan tsunami politik pilihan raya umum yang lalu. Namun, mereka mesti ingat jika begini sikap kepimpinan UMNO, maka tidak mustahil akan berlaku lagi fenomena gelombang tsunami yang lebih dahsyat pada PRU ke-13 kelak” tegas Tahir. KeadilanDaily

ANEH, Bayi Ini Lahir Dalam Keadaan Bersunat

Anak pertama pasangan Hairul Insaniyah (23), dan Sunarto (27) yang diberi nama Ahmad Dzaki Rahib Nur Fuadi, warga Dusun Sarpereng Utara, Indonesia sudah siap disunat alat kelaminnya ketika dilahirkan.

Peristiwa ajaib itu mula diketahui ketika bayi yang disambut kelahirannya oleh bidan tempatan pada usia 3 hari. Kulit dihujung kemaluan bayi lelaki itu terkelupas seperti anak yang sudah disunatkan. "Waktu itu yang pertama sekali nampak ialah abangnya. Selepas anak saya kencing, dilihat alat kelaminnya ini seperti sudah disunatkan," kata Hairul Insaniyah (Iin), ibu kepada bayi itu , Isnin (28/03/2011).


Iin berkata ia tidak mendapat sebarang alamat sebelum kelahirannya. Namun semasa hamil dia sering mengamalkan membaca Al-Quran, terutama surah Yusuf, Maryam, Yasin, Arrahman dan surah Muhammad.

"Walaupun saya terkejut dan hairan, tapi saya senang, kerana saya tidak perlu mengeluarkan belanja untuk menyunatkan anak saya," katanya.

Iin mengaku tidak tahu siapa yang menyunatkan anak pertamanya itu. "Saya menganggap ini kekuasaan Allah yang patut disyukuri. Semoga ini tanda-tanda bagus, semoga anak saya menjadi anak soleh," harapnya.

Ahad, 27 Mac 2011

Adakan Demonstrasi Anti politik LUCAH!!!

KUALA LUMPUR 27 MAC : Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.



"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.

Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.-Malaysiakini

Jumaat, 25 Mac 2011

PANAS!!- Kawan Pecahkan Tembelang Dato' Eskay

Mohamad, kenalan Eskay pecahkan tembelang
Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.


Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Esyak sejak 1996. “Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara.

Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh. Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya./Keadilan DailyP

Khamis, 24 Mac 2011

Saifuddin Beri Bukti Pimpinan Umno Dan Polis Bersekongkol Jatuhkan Anwar

Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.

Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11

1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".

"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"

"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa
bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:

1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"

2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun
sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok,
dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut
boroi itu bukan perut Anwar"

3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"

Rabu, 23 Mac 2011

Terbongkar!!!

Dato 'T'
Breaking News: Dato Shazril Eskay Abdullah is the Dato' T! Bendahari PERKASA pun terlibat ??Rahim Thambichik juga terlibat ??? Pegang projek jambatan bengkok? Dengarnya Jambatan Bengkok tu projek Datuk T !!! Jom siasat !!!actually aku jumpa something dalam sebuah blog 'malaysian unpluge';harap boleh nilai sendiri, Aku copy and paste di bawah;

Who is Dato T? He is Dato Eskay.The guy who sue Dato Yahya Jalil on Jambatan Bengkok.Now case in High Court. Who book hotel room at Carcosa? RISDA. Who is the Chairman (of RISDA) ? Tan Sri Rahim Tamby Chik. Is the police involve? I am not sure. But the police officer invite Johari MP for Sungai Petani to Hotel Flamingo Ampang to view the Video. The IGP must come clean of this.Otherwise the police credibility at stake. Who is the other guy at Hotel Flamingo? Dato Shuib Lazim. He try to convince Johari to leave PKR.They promise him million.
WHO ARE THESE INDIVIDUALS?

Datuk Shazryl Eskay Abdullah



BACKGROUND:

".... Shazryl Eskay Abdullah, the plaintiff in the case had filed the suit in January 2002, claiming a breach of contract by defendants — Merong Mahawangsa Sdn Bhd and Datuk Yahya A. Jalil — for failing to pay him RM20 million after he had procured the project for them.

In the statement of claim, the plaintiff stated that Yahya, who is the executive director and major shareholder of Merong Mahawangsa, had enlisted his help to procure the project from the government and to secure a RM640 million foreign fund for the project.He claimed that the second defendant had sought his help for his "discretion and good relations" with the government.Shazryl said the second defendant suggested a RM20 million remuneration for his services, which has not been paid...." Read here for more


Tan Sri Rahim Tamby Chik, Chairman of RISDA


Background:
Tan Sri Rahim Tamby Chik is a former vice-president of the United Malays National Organization. He was aligned with Dr. Mahathir during the 1987 UMNO General Assembly. He was the chief minister of Malacca from 1982 to 1994. In 1994 Rahim was charged with statutory rape of a minor, however, the public prosecutor later withdrew the charge citing lack of evidence.[1] Opposition politician Lim Guan Eng was later charged with sedition for printing and distributing pamphlets containing details of the allegation against Rahim. (source: Wikipedia)


Johari Abdul, MP Sg Petani from PKR



Background:
Dato' Johari Abdul is a Malaysian politician and is currently the Member of the Parliament of Malaysia for the Sungai Petani constituency in Kedah, Malaysia. He is a member of the People's Justice Party (PKR) in the opposition Pakatan Rakyat coalition. Johari was elected to the Sungai Petani seat in the 2008 election, defeating Information Minister Zainuddin Maidin of the ruling Barisan Nasional coalition.He was previously a director of the National Civics Bureau.[3] He has a Master's degree in Strategic Studies from the University of Lancaster. (source: Wikipedia)


Dato Shuib Lazim - Treasurer of PERKASA

ihsan edyesdotcom

Isnin, 21 Mac 2011

Air mata Bob Lokman mengalir apabila mengingati kisah silamnya





"Setiap kali filem saya dimainkan, saya akan berdoa supaya dosa saya diampunkan.. Moga Allah ampunkan". Itulah antara kata-kata Bob Lokman yang membuatkan beliau mengalirkan air mata ketika beliau menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Jamek Lama Gopeng malam semalam. Masjid tersebut dipenuhi oleh jemaah dan rakyat yang mahu mendengar ceramah beliau yang menyertai perjuangan PAS baru- baru ini.

"Saya tinggalkan kerja-kerja dunia, melawak, hiburan, dan serahkan diri kepada Allah. Jiwa dan raga saya untuk Allah, katanya lagi", katanya lagi. Katanya disambut dengan laungan Takbir. Ketika itu, air matanya tidak henti- henti mengalir..

Jadual beliau sangat sibuk. sudah 3 minggu, dari pagi sampai malam beliau dijemput untuk berceramah. selepas zakriah tersebut, beliau bergegas ke Sungai buluh untuk program disana.

Moga Allah memberkati perjuangannya.. Allahuakhbar




















hidayah Allah memangnya seluas yg x terjangkau.... tapi taufiqnya begitu MAHAL sekali.... bersyukurnya kita..... termasuk orang yang mengenali islam itu syumul.....

Perut Anwar Ramping la...


Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks, taktik jahat baru BN

PETALING JAYA, 21 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di sini petang ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tayangan video khas yang dibuat tengah hari tadi telah dirancang serta didalangi pihak tertentu.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar menghentikan segera politik kotor dan lucah ini, jangan heret rakyat dan negara terjebak ke dalam politik kotor kamu.

“Tayangan itu telah dirancang dengan penuh teliti, malah rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor arus perdana, malah saya difahamkan ia turut melibatkan pasukan cawangan khas,” katanya.

Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu ditunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Kata Anwar, ketika rakaman video seks itu berlaku beliau berada di rumah bersama keluarga.

“Ketika itu saya ada di rumah, sebelum itu saya berada dengan kakitangan PKR, saya juga ada melayan Twitter, malah ia boleh dibuktikan.

“Saya diberitahu gambar (lelaki) itu adalah mirip saya cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, pendedahan video seks itu sengaja disebarkan kerana terdesak selepas kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir “berkecai.”

“Politik jahat ini sangat jelas... apabila kes liwat sudah lemah, hampir berkecai, jadi kena buat pertuduhan baru terhadap saya.

“Jadi saya minta rakyat tidak terperangkap dengan politik fitnah dan lucah ini, ini adalah serangan peribadi terhadap saya dan keluarga.

“Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya,” katanya.

Tegas Anwar, fitnah terbaru terhadap dirinya itu juga bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu nasional termasuk pilihan raya negeri Sarawak.

“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan isu rasuah dan kepincangan pentadbiran Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang dan jelik,” katanya.

Menurut Anwar, beliau tidak akan membuat laporan polis sehingga mendapat kesahihan video seks tersebut.

“Tengok pun belum macam mana nak siasat, jawabnya ringkas.

Sementara itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau terkejut dengan tuduhan terbaru terhadap suaminya itu.

“Saya terkejut (apabila dapat tahu), yang disuruh letak jawatan adalah saya, apa saya nak buat?

“Ini adalah taktik jahat, kalau selalu kes Anwar dengan lelaki tapi dalam video itu dengan perempuan, ini adalah motif yang tidak bertanggungjawab,” katanya. -TMI

Ahad, 20 Mac 2011

Mungkin Mustapha dah nyanyuk

Utusan Malaysia Online Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan membuat kenyataan seperti berikut:
RM2.4 bilion untuk Kelantan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


KOTA BHARU 20 Mac – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembangunan Kelantan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu bagi melaksanakan 426 projek baru di negeri itu termasuk penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyenaraikan projek-projek untuk fasa kedua sebelum dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan peruntukan.

“Projek-projek ini dilaksana bagi memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek infrastruktur kerana masih banyak lagi yang diperlukan oleh rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan mahu setiap program yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan pulangan baik terhadap setiap wang yang dilaburkan itu.

“Kita perlu lihat semula kepada skop projek supaya tidak berlaku pembaziran dan tidak melebihi kehendak rakyat,” katanya.
Sebelum saya memanggil Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai "orang tua nyanyuk", saya ingin mengingatkan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan 1 Kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan seperti yang dilaporkan didalam Harakahdaily bertarikh 22hb. September, 2010 seperti berikut:
Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan
Harakahdaily

KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

“Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.

“Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan,” katanya seperti lapor web gegarkelantan.net.

Menurut Aiseri lagi, pengambilan tanah tersebut melibatkan 16 kementerian dan perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

Ditanya kerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat berhubung pengambilan tanah di negeri ini, beliau memberitahu kerajaan negeri memberi kerjasama sebaiknya.

“Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat memberangsangkan dan amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini," katanya lagi.

Beliau juga berkata sehingga kini tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini dihalang.

Tambahnya bermula dengan RMK9, sebarang kelulusan tidak perlu lagi dibuat dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya.

PAS mula megambil alih pemerintahan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990 setelah mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Sejak mentadbir negeri itu, PAS mendakwa Kelantan sering dianaktiri oleh kerajaan pusat khususnya dalam meyalurkan peruntukan.

Manakala terbaru, Kelantan sedang berdepan kerajaan pusat dalam usaha mendapatkan hak royalti rakyat negeri itu.
Saya tidak faham apa perlunya KERAjaan Pusat membazirkan sejumlah RM2.4 billion untuk projek pembangunan di Kelantan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) padahal "hutang" pembangunan yang sedia ada masih belum terlaksana.

Saya juga ingin bertanya, hasil dari pembekuan sebanyak 118 Projek Pembangunan di Kelantan sejak 20 tahun dulu, KERAjaan Pusat sudah pasti juga masih menyimpan baki "bajet" keatas 118 Projek Pembangunan "Beku" yang nilainya sudah pasti berbillion-billion RM.

Kemana perginya "bajet beku" tersebut..? masih dibekukan, atau telah disalurkan kepada proksi-proksi KERAjaan Pusat di Kelantan..? Kalau masih di"beku"kan, sila bentangkan "Belanjawan Beku" tersebut supaya rakyat Kelantan & Malaysia tahu tiada penyelewengan berlaku selama ini.

Kalau sudah disalurkan pada "proksi-proksi" KERAjaan Pusat, juga sila bentangkan supaya rakyat Kelantan tahu "proksi-proksi" KERAjaan Pusat tidak ada yang menyeleweng wang peruntukan tersebut.

Kalau janji-janji lama masih tak dapat diselesaikan, janganlah cuba bermanis-manis mulut menjanjikan gula-gila yang baru.

JAMBANtan Manek Urai sudah jadi Gula-Gila.

RM2.4 billion itu untuk apa sebenarnya..?

Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah Nyanyuk. Perisik Rakyat

Sabtu, 19 Mac 2011

Wah!! Mak Cik main Nombor Ekor!! haha

ohmacamitu

nombor ekor.
nombor ekor.

Alahai mak cik, nak kaya cepat ye? Mana ada kesenangan hidup di dunia ini datang dengan bergolek. Haha.

korang cari di google ?

nombor ekor.

http://fid.ohmacamitu.com/search/sport-toto/

Jumaat, 18 Mac 2011

Akhirnya Ketua UMNO Gombak Mengaku!!!



Hari ini daripada maklumat yang diterima dari blog Tawan Malaysia, tuan punya diri dikatakan sudah mengaku bahawa gambar itu sememangnya adalah gambar dirinya [Tawan Malaysia].


Khamis, 17 Mac 2011

Panas!! - Gambar Ketua UMNO Gombak sedang berasmara dengan kekasihnya


Inilah rupa pejuang Islam UMNO !!!

Gambar berikut merupakan Ketua UMNO bahagian gombak bernama Abdul Rahim Kamarudin bersama-sama dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel. Gambar ini dikirim kepada blogger Milo Suam.


Pengirim email ini juga mencabar Megat Zulkarnain Dato' Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaporkan hal ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beberapa keping lagi gambar pemimpin-pemimpin UMNO "curi makan" akan didedahkan semoga pengikut-pengikut mereka sedar dari lena.

Gambar ini telah dianalisis terbukti bukan gambar palsu kerana hanya bahagian watermark (hosted@milosuam.blogspot.com) yang dilihat pincang dan menunjukkan warna yang berlainan sila rujuk sini [Image Analysis]

info daripada rakan blogger Milo Suam

Rabu, 16 Mac 2011

Ahmad Fedtri Yahya pengacara TV3 sertai PAS?



Pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya kelihatan di Talkshow bersama Bob Lokman di Kota Damansara sebentar tadi. Syukur alhamdulillah, ramai selebriti yang dekat dengan perjuangan kita.. Allahuakhbar!!


Kepada para blogger, hentikan main isu pemilihan!!

http://abunuha.files.wordpress.com/2009/06/pemimpin.jpg?w=460&h=305

Aku tak berapa suka la isu pemilihan parti ni.. Ramai blogger-blogger 'kita' buat spekulasi tentang pemilihan terutama jawatan Timbalan Presiden PAS. Pemilihan lambat lagi, tetapi cerita ini sudah menjadi perbualan dan cerita hangat di beberapa blog. Malaysiakini yang memulakan cerita itu seterusnya di main-mainkan oleh blogger lain.

Kita perlu tahu konsep syura. Kita perlu tahu konsep jemaah.Isu- isu sebegini haruslah dibincang secara 'private'. Bukan dijadikan isu besar di dalam blog. Saya yakin isu ini akan dimain- mainkan oleh blogger-blogger UMNO. Ini akan menjadi modal mereka dan merugikan PAS. Jangan kerana nak tingkat hits blog anda, kita telah membuat benda yang merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.

Harap blogger lebih prihatin dan memikirkan impak atas isu-isu yang dibuat. Tulislah berita yang memberi manfaat kepada parti, bukan menjatuhkan parti.

ini pandangan peribadiku.. wallahualam...

Selasa, 15 Mac 2011

Nizar ajak Aznil masuk PAS




Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin menyuruh Bob Lokman memujuk pengacara popular, Haji Aznil Nawawi menyertai PAS. Beliau juga berpesan kepada Aznil supaya tidak lagi mangajar anak-anak kecil berhibur hingga melalaikan mereka.

'Saya nak suruh Bob Lokman ajak Aznil masuk PAS. Udah-udah le ngajo budak-budak melompat-lompat', katanya ketika Ceramah Sensasi bersama Bob Lokman dan Ustaz Radzi Melissa di Kg Bahagia, Teluk Intan Semalam.

Ceramah itu dihadiri lebih 1000 orang. Rakyat yang hadir dihiburkan oleh bekas Vokalis Kumpulan Melissa, Ustaz Radzi. Beliau menyanyikan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Ceramah yang disampaikan oleh Pelawak terkenal dan penulis lirik isabela, Bob Lokman menggamit rakyat yang hadir. Auranya sangat kuat dan ceramahnya sangat menarik. Beliau menceritakan bagaimana beliau berubah serta meninggalkan dunia hiburan dan menyertai PAS.






Adun Changkat Jong, YB Anuar Sudin


Ustaz Melissa Menyampaikan lagu Cinta Untuk Nabi la


Hero Rakyat Perak


YDP PAS Kampar bersama YDP PAS Teluk Intan


kebanjiran rakyat


Dewan Himpunan Penyokong PAS




Bob Lokman teruja dengan Dato' Seri Nizar



Dato' Seri menyampaikan ceramah dengan penuh semangat


Dato' Seri Nizar diserbu rakyat

Habislah Ummi Hafilda, dia akan dibogelkan!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_I3BoffxY88N78O0-9TzgnZ7vscrWb16fNHSo7BSWqYECsTAMYG4GT7VmFAvT39BvFHmfUTGBsMPMGKDyLuHuKLuQQ1H_xI3vxm9zdqZwV0GcjtYtsuhB6i8R6vsul0MHJv0QeUQm6iIU/s1600/umi.jpg

KUALA LUMPUR 15 MAC : Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London, lapor Malaysiakini.

Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Amaran 'terakhir' Karpal kepada Utusan

Peguambela Karpal Singh memberi amaran kepada pihak media arus perdana untuk tidak mengeksploitasi perbicaraan fitnah liwat 2, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat berbuat demikian untuk bersiap sedia dikenakan tindakan menghina mahkamah.

"Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengeksploitasi perbicaraan ini terutama Utusan Malaysia, kalau mereka tidak berjaga-jaga, bersiap sedia untuk masuk ke penjara," kata Karpal ketika ditemubual di perkarrangan mahkamah pagi tadi.

Selain Utusan, Karpal turut menegur New Straits Times kerana membocorkan maklumat hujah pemohonan pendakwaraya untuk mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum mahkamah bersidang.

Pendedahan itu disusuli bantahan pertubuhan badan bukan kerajaan pro Umno-BN dan penyokong Umno sendiri di beberapa negeri yang menuntut Anwar menyerahkan DNA untuk tujuan penganalisaan.

Bagaimanapun sambutan terhadap protes itu hambar dengan kira-kira 50 orang sahaja menghadirinya di Petaling Jaya.

Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden menafikan di mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan media lain untuk membocor dokumen hujah beliau sehari sebelum dikemukakan di mahkamah.

Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memberi amaran supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan mahkamah selagi perbicaraan berlangsung.

Karpal menyifatkan perbuatan membocorkan hujah pendakwaraya bertujuan mempengaruhi hakim untuk mengarahkan Anwar seraya mengaburi mata rakyat tentang hujah pendakwaan yang rapuh.

Tambahnya, semua pihak perlu memandang serius kesalahan menghina mahkamah sekaligus melindungi integriti kehakiman negara.

"Perkara utama adalah apa yang berlaku semalam. Tidak pernah terjadi permohonan disiarkan di internet, ini pertama kali. Serta cara Utusan dan NST membawa perkara itu.
"Saya harap amaran daripada hakim diambil serius," ujar Karpal lagi.