Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 27 Februari 2011

PRK Merlimau : UMNO takut 'aura' Bob Lokman


Bob Lokman Lokman telah bersama-sama pimpinan PAS berkempen untuk memenangkan calon PAS di PRK Merlimau Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai telah mengejutkan pimpinan dan orang UMNO apabila menyertai PAS pada 19 Februari lalu. Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 700 orang.

“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).

“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS,” kata Bob Lokman.

Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.
Beliau juga yakin PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.

“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.


Bob Lokman bersama-sama penyokong PAS di Penamaan calon PRK Merlimau semalam

5 ulasan:

TARANTULA berkata...

BETULLA KATA KAU BRO

PENYOKONG UMNO MENGGIGIL TAKUT DAN ADA YANG PENGSAN MELIHAT BOB DATANG DENGAN AURANYA

BILA KORANG BAGI TITLE USTAZ KAT DIA. LEPAS NI ADA CANLA DIA JADI CALON NO, DALAM BN ORANG TAK PANDANG.

DAH TAKDA TOKOH KA BRO, MANA MAHPUS, MANA MAT SABU, SI TUKANG SALAK HANGPA.

Hamdan Rukun berkata...

BETUL KATA BOB LOKMAN. KITA PERLU UNDURKAN KERAJAAN YANG DAH LAMA BERTAPAK. KERAJAAN YANG TAK IKTIRAF MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM.

KERAJAAN YANG TAK IKTIRAF MALAYSIA NEGARA ISLAM, KERAJAAN KELANTANLAH. JOM KITA SOKONG BOB LOKMAN SERANG KERAJAAN NIK AZIZ.

HAH ! ITULAH. SUKA SUKA NAK DIGELAR USTAZ. CERAMAH DAH JADI LAWAK..

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH...YG KOMEN SEMUA BLOGGER UMNO...NO WONDER LA TAKUT....APA NAK TAKUT PADA BOB LOKMAN...TAKUT PADA ALLAH JER...KALAU KERAJAAN BN KATA DIA LAKSANAKAN HUKUM ALLAH...KITA TENGOK JE LA KEADAAN LA NI....PAKAI TUDUNG TP BERBIKINI...

Fencesitter berkata...

Saya bukan orang UMNO tapi diatas pagar. Bagi ajer title ustaz kat bob lokman....dapat jadi calon PAS kemudian hari. Kan dia dah cakap pengorbanan dia pada 2004 & 2008 sia sia saja pada UMNO. pehhhh .... Ini menunjukkan dia menjaga kepentingan sendiri.... Baru berjuang 6 tahun dah nak menjadi "somebody" piiiii lah bob. Ko masuk parti komenis lagi bagus...... Maaf ya saya bukan blogger UMNO....

Fencesitter berkata...

Kepada tanpa nama.... "pakai tudong tapi berbikini" alahai cetek nya pemikiran ambo .... Yang patut di salah kan ialah emak bapak diaorang dolu, kerna tidak mengajar dan mendidik anak2 dengan ilmu ugama dengan cukup... Mungkin ibu bapa mereka orang PAS kat kelate... Tapi bila anak dok kat kolompo dia orang pakai macam tu.... Jadi jangan lah kita katakan yang orang lain penyebab nyer... Tepuk dado tanya selero lah.... TanPa nama ko buat aku ketawa ajerlah..... Aku pun takut allah juga...