SARAWAK: KEADILAN bersama Pakatan Rakyat Sarawak sudah   mengenalpasti 36 kerusi sasaran di negeri itu yang mampu ditawan pada   pilihan raya akan datang, kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan   KEADILAN Sarawak, Wan Zainal Wan Senusi.
Menurutnya, 36 kerusi  ‘panas’ itu merupakan sasaran minima bagi  memastikan Pakatan Rakyat  berjaya membentuk kerajaan baru selepas  pilihan raya akan datang.
“Kita  berhasrat untuk menang sebanyak mungkin dan 36 kerusi negeri  itu  merupak
an sasaran minima bagi memastikan kita berjaya membentuk   kerajaan baru.
an sasaran minima bagi memastikan kita berjaya membentuk   kerajaan baru.“Namun, keutamaan kami ketika ini ialah  memperkemaskan jentera  penerangan agar maklumat benar-benar sampai  hingga ke akar umbi,”  katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.com.
Wan Zainal bagaimanapun enggan memperincikan nama kerusi-kerusi tersebut.
Tempoh  kerajaan Sarawak ketika ini berakhir pada 24 Julai depan dan   pembubarannya dijangka diadakan serentak dengan pilihan raya umum   (PRU).
KEADILAN dijangka bertanding di 42 dari 71 kerusi  negeri manakala  bakinya lagi ditandingi DAP, PAS dan Parti Kebangsaan  Sarawak (SNAP).
Dalam perkembangan lain, Ketua Umum KEADILAN,  Datuk Seri Anwar  Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan bersama  masyarakat Sarawak dalam  program jelajah beliau ke negeri itu Sabtu  ini.
Selain menghadiri majlis sambutan Hari Raya Cina di  perkarangan  pejabat KEADILAN Cabang Stampin di Serian Kuching, Anwar  juga bakal  hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Sarawak.
Beliau  juga akan menyampaikan dua ceramah di Kampung Taie, Serian  dan Taman  Sukma, Jalan Sultan Tengah, Kucing pada hari yang sama.
1 ulasan:
KIHKIHKIHKIHKIHKIHKIH...... INGAT KAMI BODOH MACAM KAMU KEE......
Catat Ulasan