Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 20 Februari 2011

Hot!! : Gambar-gambar Bob Lokman di Himpunan Pemuda PAS

Pengumuman artis terkenal, pengacara, penulis lirik dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak 5 iaitu Bob Lokman menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) sesungguhnya sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak. Malah kehadirannya dalam beberapa program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan tanda tanya peminat hiburann tanahair. Namun, segalanya terjawab apabila Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedah semalam. Pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro itu menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. Kemasukan beliau ke dalam PAS menyebabkan ramai pemimpin UMNO "kecut perut" sebenarnya. Ini kerana artis itu punyai ramai peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda. Kemasukannya ke dalam PAS membuktikan parti itu kini mula diterima oleh golongan artis. Sebelum ini PAS mempunyai Ustaz Akhil Hayy, kemudian Ringgo Arrow dan kini diikuti oleh Bob Lokman. Cuma yang masih dinantikan ialah pengumuman rasmi oleh Amy Seacrh sahaja yang dipercayai telah bersama perjuangan parti PAS sejak kebelakangan ini.



gambar: Paeh | Batu Gajah Mari


 Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan menyambut kedatangan Bob Lokman

 
Bob Lokman menyerahkan borang keahlian kepada Ustaz Azizan

Bob Lokman disambut dengan Laungan Takbir oleh pemuda-pemuda






selamat datang ke Medan Perjuangan PAS

Bob Lokman menyampaikan ceramah pertamanya bersama PAS

Tiada ulasan: