Hasil daripada komunikasi dengan persatuan Persekutuan Melayu Republik  Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi lebih 5000 orang pelajar di Mesir  semalam, beberapa perkara yang dibincangkan dan mesti diambil tindakan  segera bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia  lebih 10 000 orang yang berada di 10 negeri seluruh Mesir.
Berdasarkan apa yang sedang berlaku dan kemungkinan yang akan berlaku ke  atas semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir, berikut adalah  pendirian Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia;
1- Menggesa Kerajaan Malaysia membawa balik seluruh pelajar Malaysia  di sana bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan  setempat yang dikira selamat kerana keadaan yang berlaku telah menjalar  ke seluruh negara jiran dan seluruh Mesir. Tindakan ini juga dilakukan  oleh beberapa negara lain seperti Britain dan lain-lain selepas melihat  situasi di sana yang semakin bahaya.
2- Kerajaan Malaysia mesti memberikan keyakinan kepada seluruh  pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung  semula dan menamatkan pelajaran mereka.
3- Harapan kepada seluruh media, sila dapatkan maklumat yang tepat  supaya tidak berlaku pencanggahan dan menambahkan keruncingan bagi pihak  pelajar dan keluarga mereka. Boleh dapatkan maklumat secara langsung  dari Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime +20113771841.
4- Kami telah menubuhkan Unit Aduan Dan Maklumat khusus bagi isu ini  untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan  kebajikan untuk pelajar Malaysia di sana. Sila hubungi ;
Nama                                     Negeri                 No. Telefon
Mohd Farhan Madzlan                                    019-2103035
Syed Toriq    Perlis                                          013-5190501
Mohd Nizam Mohd Noh     Kedah                 019-5586401
Ahmad Farizan Abd Hadi    Pulau Pinang      013-6650388   
Zawawi Hasan                    Perak                   013-5908377
Syed Abdul Kadir               Selangor              017-7770282
Wan Ahmad Rasyidi              KL                   012-3484140
Norazman Muhammad    Negeri Sembilan   019-6400062    
Zarul bin Salleh                     Johor                019-6813876
Mohd Saifuddin                   Pahang               013-9341730
Mohd Azizul Hisham         Terengganu         019-9544780
Abdul Fatah                        Kelantan             013-9210960
Akhirnya, kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendoakan  kesejahteraan rakyat Malaysia di sana. Dan kami akan membuat kenyataan  dari semasa ke semasa.
Sekian, Terima Kasih.
Yang menjalankan tugas
Mohd Farhan Bin Madzlan
Timbalan Presiden
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
Malaysia
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
                      -
                    
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan 
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan 
sek...
9 tahun yang lalu
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan