TEMERLOH, 8 Feb:  Pengalaman dipukul, digari dan  disumbat ke dalam lokap oleh polis  tidak mudah dilupakan oleh seorang  anggota Unit Amal yang menyertai  himpunan membantah sokongan Amerika  terhadap pemerintahan Hosni Mubarak  di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Lebih-lebih lagi insiden buruk itu berlaku pada kali pertama beliau menyertai perhimpunan dan bertugas sebagai Unit Amal.
Sebelum  ini, Hafizuddin Kamaruddin, 26, yang baru menyertai Unit Amal  dari  Kawasan Temerloh itu beranggapan pasukan polis mesra dan berhemah  dengan  orang ramai sebagaimana slogan digunakan pihak berkuasa itu.
“Namun apa yang saya alami sendiri Jumaat lalu tidak menggambarkan sedemikian,” katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Hafizuddin  ialah salah seorang daripada tujuh peserta himpunan  menyerahkan  memorandum di kedutaan Amerika Syarikat yang telah diberkas  polis  selepas perhimpunan tersebut.
Menceritakan detik itu, beliau  pada sebelah paginya pada hari tersebut   bersama 20 orang Pemuda PAS  Temerloh memakai seragam Unit Amal pergi  ke Kuala Lumpur dengan tujuan  untuk berkawal dan mengawal ketegangan  tanpa sedikit pun terlintas untuk  melakukan sebarang kekerasan.
Katanya, polis cuba menghalang  perarakan daripada masjid lagi tetapi  dengan kekentalan semangat Amal  mereka bergerak dalam satu rantaian  berjaya melepasi hadangan polis  untuk ke kedutaan Amerika.
“Pada masa perhimpunan dan  menyerahkan memorandum semuanya berjalan  lancar tanpa gangguan. Tetapi  semasa sudah bersurai dan mula beredar  pulang ada polis berpakaian biasa  dan berseragam polis tiba-tiba  menyemburkan sejenis asap pedih.  Termasuk yang menjadi sasaran ialah  muslimat.
“Ia berlaku 100  meter daripada bangunan kedutaan Amerika. Saya berada  di barisan  belakang ketika itu dan bersama rakan-rakan lain terpaksa  menerpa  menghulurkan air mineral kepada muslimat yang sedang kepedihan  mata dan  panik.
“Kemudian polis sembur lagi kali kedua yang membuatkan  orang ramai  menjadi marah. Bila saya cuba menyelamatkan muslimat  tiba-tiba lima ke  enam orang polis pakai seragam serang saya. Saya kena  tumbuk, disepak,  terajang dan dipukul dengan cota sehingga bengkak di  kepala, luka di  bibir dan cedera di siku, katanya.
Menceritakan  pengalamannya, Hafizuddin berkata, beliau kemudiannya  ditahan di dalam  sebuah trak polis bersama enam lagi yang ditangkap.
 “Satu jam setengah kami berada dalam Black Maria, kira-kira jam 6   petang kami dihantar ke lokap Balai Polis Dang Wangi untuk diambil   kenyataan,” tambahnya.
Kata Hafizuddin, selepas sembahyang  Maghrib berjamaah dalam lokap  barulah mereka diambil biodata peribadi.  Tetapi apabila pegawai polis  bertanya tentang demonstrasi mereka memilih  untuk berdiam diri kerana  banyak soalan-soalan provokasi yang  ditanyakan.
Selepas itu mereka disoal siasat pula oleh pegawai penyiasat bernama Inspektor Lydia.
“Semasa  disoal siasat kami disuruh duduk bersila atas lantai sedangkan  dia  duduk di atas kerusi, terasa betapa hinanya kami sedangkan kami  tidak  lakukan apa-apa jenayah. Masa itu kami desak untuk jumpa peguam  tapi  tidak dibenarkan. Dah lama barulah kami ditemukan dengan lima  orang  peguam.
“Kira-kira jam 11 malam kami diberitahu dapat jaminan mulut dan boleh balik.”
Jelas  Hafizuddin, kenangan pahit dan pedih yang dialaminya tidak akan   dilupakannya sepanjang hayat kerana sebelum ini mati-mati beliau   beranggapan mesra rakyat dan bersifat pelindung.
“Kenapa apabila  berhadapan dengan rakyat tiba-tiba mereka melakukan  kekerasan?  Sedangkan kami bukannya membawa senjata malah kami memang  dah mula  bersurai.
“Lagipun kami turun ke Kuala Lumpur kerana sensitif  dengan pergolakan  yang berlaku di kalangan negara umat Islam. Jadi  kenapa sanggup  perlakukan kekerasan terhadap kami?”, soalnya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
                      -
                    
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan 
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan 
sek...
9 tahun yang lalu
 
 

 
 
 
4 ulasan:
Padan muka hampa bodo piang. Buta perut.
DUDUK DI RUMAH ELOK2 TAK MAU, MENYUSAHKAN ORANG.
MANA ADA PERHIMPUNAN AMAN,,,MULUT MESTI CELUPAR, GERENTI MAKI ORANG PATUTLAH KENA..BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH
MEMANG HINA PUN,,,PARTI YANG HINA DIPERKUDA DAP
org kecut teloq mcm ang ja mcm ang dok umah...
biasala APCO-UMNO sokong israel n amareka dok umah...penakut mengalahkan pondan..
TAHNIAH saudara...doa anda insyaAllah dimakburkan kerana dizalimi...
Semoga TANPA NAMA penakut xde teloq terbuka hati memperjuangkan ISLAM...bkn ISLAM HADHARI
pihak polis sepatutnya menjaga keselamatn rakyat tak kira parti2 dan ngo2 kat melaysia ni kerana mereka pun rakyat juga mereka bukan ada bawak senjata ini perhimpunan aman mereka ni ada rasa simpati kat rakyat mesir yg di tindas dan lebih kurang 300 org telah terkorban polis jaga la perhimpunan tu bukan pun lama sangat sampai berhari2. kepada yg tak da telog tu simpanlah telog tu sampai besaq piang...nanti jalan mengengkang...(contoh: semasa nabi dihina seluruh dunia umat islam turun kejalan raya membantah. Saya rasa yg tak da teloq pun dok kat rumah je...kah!kah!kah!
Catat Ulasan