Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 24 Februari 2011

Adakan Himpunan BERSIH sekali lagi!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzAziY1I8cIcZ83XV5g066VfeceLe9H2qiRAc5aEG7ChmIdQQiyCa2gU0iqoxyeVyFgTEAD9YmsXg-raBrB0ehJ3ewOg2gLGqU6SI_Fl1dQqFMEgZ6yaI-Ps2havydfvxBPCHOZWyoxF-G/s1600/BERSIH_Harakah.jpg

Hazayani Zakaria

JASIN, 25 Feb: Pakatan Rakyat memberi peluang kepada BN untuk mengubah kelamahan mereka dan tidak mustahil himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berulang bagi menuntut pilihan raya yang adil.

"Kita mahu BN membetulkan kelemahan-kelamahan ini. Kita masuk pilihan raya kecil sebab nak tengok sejauh mana BN membuat perubahan.

"Kalau BN tak mahu buat perubahan, bila umur panjang dia nyanyuk dan akan jatuh akhirnya. Kami masih memberi peluang kepada BN untuk membuat perubahan dalam demokrasi.

"PAS akan mencadangkan satu himpunan Bersih sekali lagi untuk mendesak kerajaan membuat perubahan ke arah demokrasi dan pilihan raya yang adil," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Dun Merlimau di Markas Solihin, dekat sini, malam tadi.

Mengenai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, beliau berkata PAS yakin dengan kebolehan calonnya, Yuhaizad Abdullah untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka khususnya mewakili orang muda.

Katanya, berkata, PAS meletakkan calon muda kerana sebahagian pengundi merupakan generasi muda.

"Anda semua sudah dengar kebolehan Yuhaizad berpidato. Kita yakin Yuhaizad boleh berhujah membawa suara PAS dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

"PAS mencalonkan orang muda kerana sebahagian pengundi baru ialah pengundi muda," kata beliau Yuhaizad, 38, merupakan anak tempatan dan memegang amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Abdul Hadi juga berkata, PAS optimis merampas kerusi Merlimau dari BN sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara adil dengan memberikan ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat secara menyeluruh.

"Tak mustahil kita boleh menang. Kita pernah menang, kita pernah kalah dan kita boleh menang. Cuma kita harap pilihan raya itu mesti adil, bukan sahaja adil dari segi mengundi tapi dari laporan media.

"Harapan untuk menang ada kerana kita telah berjaya mengubah undi daripada 2004 dengan menurunkan seribu undi BN pada 2008," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Terdahulu, berucap di hadapan lebih 6,000 penyokong Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, PAS menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui demokrasi yang sebenar.

"Pakatan rakyat menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui pilihan raya dan kita mahu pilihan raya diadakan dengan adil. Kita beri peluang kepada BN yang memerintah negara ini yang bertanggungjawab memimpin negara supaya memodenkan demokrasi kerana masa sudah berubah dan demokrasi mesti direformasikan," katanya.

Menurut beliau, rakyat berhak menegur dan menukar pemerintah yang dilihat sudah pincang dari segi pentadbiran melalui pilihan raya bagi memastikan kesejahteraan negara.

"Demokrasi adalah mahkamah rakyat melalui pilihan raya untuk memlih kerajaan yang sihat kerana tidak ada ketua negara yang hidup selama-lamanya. Bila sampai umur dia mati dan tidak ada parti yang boleh memerintah selama-lamanya," katanya.

2 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Yob Paeh,

Adakah selama ini pilihanraya yang diadakan di negara ini tidak bersih dan adil serta banyak kelemahannya?

Selepas sahaja PRU 12, sudah 16 kali PRK diadakan termasuk Bukit Selambau, Penanti dan Permatang Pauh yang tidak sepatutnya diadakan.

Ini membabitkan kos sebanyak lebih RM10 juta wang rakyat sudah diterbangkan.

Kalau dilihat dari segi kemenangan, 8 PRK telah dimenangi oleh puak Yob Paeh dan selebihnya 6 dicapai oleh BN.

Cuma tunggu 2 tsunami PRK lagi untuk seri.

Apakah ini adalah PRK dan PRU yang tidak bersih, lemah dan tidak adil?

Sebenarnya PR (tak berdaftar) yang terasa kotor, berhantu dan zalim apabila nak kalah PRK.

Sebaliknya ketika menang PRK, PR (tak berdaftar) akan kata BN ditolak rakyat dan segala hantu, zalim dan kotor hilang entah ke mana.

Helah PR (tak berdaftar) sejak lama dulu, telah pun diketahui jantan betinanya oleh rakyat.

PRK ke 15 dan 16 ini, akan memberikan BN suatu jalan tsunami kepada PR (tak berdaftar) terutamanya PAS yang ingin berlatih dalam PRK ini.

Eloklah PAS membuat latihan di padang gersang pada anggapan mereka ketika merasa mereka akan kalah.

Pada masa PRK, ini peluang BN semasa berkempen terbuka luas untuk menceritakan kelemahan dan kebaikan PR (tak berdaftar) ketika berjumpa pengundi.

Pengundi pula akan bertanya tentang isu yang menbabitkan PR (tak berdaftar) terutamanya PAS.

Dan akhirnya PRK ini menjadi tsunami kepada PR (tak berdaftar) sejak akhir2 ini.

Itulah kebijaksanaan BN yang berjasa ini.

Tak usah cakaplah pasal pilihanraya yang tidak bersih dengan hasrat untuk mengadakan perhimpunan bersih jika KELEMAHAN PR (TAK BERDAFTAR) sentiasa menyelubungi diri sendiri.

Umpama Brazil lawan Singapura dalam perlawanan bolasepak.

Kalau 100 kali bertemu, Singapura cuba mengatakan pengadil tidak adil sedangkan berapa banyak latihan sekalipun Singapura boleh tewas banyak kali.

Begitu jugalah PAS yang mengatakan mereka bertanding di padang yang sentiasa becak dan tak rata.

Kejo Yob Kejo bukannya Yob Kejo Yob.

PAS kalah melalui slogan Yob Kejo Yob.

Apabila Perak kembali ke pangkuan BN, pasukan bolasepak Perak kembali menampakkan sinarnya dengan slogan KEJO YOB KEJO.

Itulah cara BN.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kamu tak tahu berapa banyak persatuan bola sepak perak telah menyelewengkan duit persatuan, hinggakan ketika itu hutang gaji pemain, pengurus, sewa bas dan beberapa hutang lain tidak dijelaskan. dimana perak hampir-hampir tak dibenarkan menyertai pertandingan liga akibat penyelewengan orang umno dalam persatuan.
tak usah le nak tunjuk pantai, kalau tak tahu maklumat sebenar. SELAGI ADA UMNO SUASANA JADI KECOH. rasuah, penyelewengan, menipu,adalah darah daging orang-orang umno. bergantunglah kamu kepada parti reput ini, hanya orang jahil, peminta sedekah (ada kepentingan diri)dan tiada maruah sahja yang tinggal menyokong umno sekarang ini.