Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 14 Julai 2010

TGNA Sedia Bersua Muka Dengan TPM Muhyiddin Di Mana Sahaja

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai "apa juga perkara".

Ketika ditemui pemberita hari ini, Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

"Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

“Beliau (Tan Sri Muhyiddin) boleh datang sendiri jumpa saya, saya tak kisah, tak perlu hantar orang tengah.

“Jangankan beliau datang nak jumpa saya kat sini, jika ke Kuala Lumpur pun saya boleh pergi,” katanya.

Bagaimanapun menurut Harakahdaily, soalan yang diutarakan pemberita kepada Nik Aziz tiada kaitan dengan hubungan Umno dan PAS, seperti dilaporkan media hari ini.

Muhyiddin, yang dijadual melawat Kelantan esok, dilaporkan semalam, berkata Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Pada sebelah pagi timbalan presiden Umno itu dijadual melawat kompleks Imigresen dan Kuarantin di Bukit Bunga, Jeli.

Pada sebelah petang pula, beliau akan merasmikan karnival rakyat parlimen Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah.

Tiada ulasan: