KUALA LUMPUR, 19 Julai: “Melayu  akan lebih kukuh dan  mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju  tanpa Umno," kata Naib  Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak,  Tan  Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan  hilang  pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf   tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan   hilang.
"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu   serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti,"   katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.
Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak   perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu   lebih terbela tanpa Umno.
Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis   kepentingan Melayu bukan membela Melayu.
Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang  keputusan  untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin  kerjasama  politik dengan Umno.
"Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.
"Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan   kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS," katanya yang   juga ahli Parlimen Kubang Kerian.
Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan  Rakyat  dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
                      -
                    
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan 
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan 
sek...
9 tahun yang lalu
 
 

 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan