Oleh Fazli Othman
SHAH  ALAM 24 Julai - Pakatan Rakyat Sabah akan melancarkan 'Pakatan  Friends  Facebook Group' secara rasmi dalam usaha untuk mengembeleng  sokongan  dalam usaha menawan Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum  Ke-13  nanti.
Majlis yang akan diadakan di Hotel  Yaho,Sembulan,Kota Kinabalu  pukul 1.30 petang hari ini akan turut disiar  secara langsung melalui  web tv melalui alamat http://www.ustream.tv/channel/pakatan-friends-online-tv.
Menurut  Pengarah Komunikasi KEADILAN Sabah, Ronnie Klassen pelancaran  secara  online dilakukan bagi menarik minat generasi muda supaya  menyokong  perjuangan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pentadbiran  negeri Sabah  pada PRU akan datang.
"Buat masa ini, kita sudah berjaya menarik  keahlian kira-kira 2,000  orang di mana 70 peratus terdiri daripada ahli  ketiga-tiga parti dalam  Pakatan Rakyat manakala selebihnya bukan ahli  tetapi penyokong kuat  Pakatan Rakyat.
"Tujuan utama ditubuhkan  'Pakatan Friends Facebook Group' adalah untuk  menawan negeri Sabah dalam  PRU-13 nanti dan kami menyeru generasi muda  di negeri Sabah dan Sarawak  untuk keluar dan menyuarakan rasa tidak  puas hati mereka terhadap  kepimpinan rasuah Umno-Barisan Nasional.
"Ramai di antara  generasi muda ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang  boleh menggantikan  pemimpin yang ada sekarang ini," kata Ronnie kepada  Suara Keadilan.
Di  samping itu, katanya kumpulan itu juga akan memberikan motivasi  kepada  penyokong supaya tidak gentar kepada intimidasi yang dilakukan  oleh  pemimpin Umno-BN.
"Kita juga akan mengelilingi seluruh negeri  Sabah  untuk mengajak  generasi muda ini bersama kita dan menerangkan  kepada mereka situasi  sebenar negara.
"Selama 47 tahun, apa yang  Umno-BN ceritakan kepada rakyat, semuanya  bohong belaka, kita tidak mahu  generasi muda ini duduk di rumah dan  berdiam diri tanpa melakukan  apa-apa," ujar Ronnie lagi.
Pada masa yang sama, kumpulan itu  akan berusaha untuk menambah ahli  dalam siri jelajah dan menganjurkan  ceramah di seluruh negeri Sabah  nanti.
Majlis perasmian itu akan  turut dihadiri pemimpin-pemimpin KEADILAN,  PAS dan DAP termasuk  Bendahari  Negeri DAP, Frederick Fong,  Pengerusi  Lajnah Perpaduan  Nasional PAS Sabah, Anuar Ali serta Ahli Parlimen Kota  Kinabalu, Dr Hiew  King Cheu.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
                      -
                    
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan 
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan 
sek...
9 tahun yang lalu
 
 

 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan