Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 12 Julai 2010

Chegubard persoal polis


KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti PKR Badrul Hisham Shaharani atau yang dikenali sebagai “Chegubard” mempersoalkan tindakan polis yang membatalkan hasrat untuk memeriksa ruang kerjanya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya petang tadi.
Beliau berkata sebelum ini polis bersungguh untuk memeriksa komputer yang digunakan untuk membuat kerja-kerjanya di ibu pejabat PKR kerana memberitahu polis bahawa beliau tidak mempunyai komputer peribadi.
Polis sepatutnya memeriksa pejabatnya kira-kira 2.30 petang.
“Saya memberitahu polis bahawa tidak mempunyai komputer peribadi, jadi segala kerja termasuk menghasilkan artikel dilakukan di ibu pejabat PKR ataupun di siber kafe.
“Sebab itu mereka (polis) mahu datang periksa, tapi tidak tahulah sekiranya mereka juga mahu periksa di siber kafe,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata polis ada memaklumkan bahawa sudah hampir sampai ke lokasi tetapi terpaksa bergegas pulang kerana mempunnyai tugasan lain yang lebih penting.
“Pegawai polis kata sudah hampir sampai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun ketika saya hubungi semula pegawai itu beritahu mendapat arahan untuk tugas yang lebih penting.
“Jadi mereka pulang tanpa membuat sebarang pemeriksaan di ibu pejabat PKR petang tadi,” katanya.
Beliau berkata masa dan tarikh bagi pemeriksaan lanjut mereka akan diuruskan kemudian oleh pegawai penyiasat kesnya.
“Pegawai cakap kepada saya jika ada apa-apa mereka akan hubungi saya nanti,” kata Ketua Cabang PKR Rembau itu.
Jumaat lalu, Badrul ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau.
Difahamkan bahawa rumahnya di Bukit Chedang juga digeledah polis tetapi tiada apa-apa barang diambil.
Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”
Satu lagi maklumat twitter pemimpin PKR menyebut, beliau ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung isu mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamarudin.

Tiada ulasan: