Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 16 Februari 2010

Zul Noordin makin tak betoi..

Kenape dengan Zul ni? makin lama makin merapu. Tadi dia kata TG Nik Aziz pengkhinat. Pergi berambus la Zul.. Pergi le masuk UMNO laknatullah tu... baca artikel bawah ni...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Nik Aziz Pun Pernah Khianat

Ahli Parlimen ni makin merapu

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.

"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Katanya, kalau wakil rakyat itu tidak mahu tanggungjawab yang diberi oleh rakyat, elok saja mereka letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil.

Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.

"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepaptutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya.

3 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Siapa yang tak betoi? Paeh atau Zul?

Dalam PR (tak berdaftar) dah banyak masalah dalamannya.

Bukankah Zul itu masih ahli PKR berjawatan Ahli Parlimen? Nik Aziz itu pula bapak segala pemimpin PAS.

Baru kena dengan geng PR (tak berdaftar)dah kata tak betoi.

Dalam PR )tak berdaftar) ada DAP, PAS dan PKR. Kalau dah berantakan/berselisih faham sesama sendiri, ini bermakna tidur sebantal mimpi lain macam. Maksudnya ialah parti2 ini nampak bersatu tetapi berlainan ideologi, dasar dan matlamat perjuangan.

Hendak tiru macam BN tapi yang meniru tak sama dengan yang ditiru. Bukankah kita dah cakap pasal ini lama dulu tapi inilah kebenaran yang timbul sekarang.

Berkenaan isu letak jawatan yang dibangkitkan Tok Nik Aziz, sepatutnya tak perlu letak jawatan kerana ia melibatkan wang rakyat dibazirkan dalam pilihanraya hanya semata2 untuk memenuhi kehendak PR (tak berdaftar) dan jawatan itu bukannya hak mutlak PR (tak berdaftar) dan Nik Aziz untuk menuntutnya.

Saya nak tanya satu soalan kepada Paeh?

Kalau mengikut teori Tok Nik Aziz, orang yang melompat parti adalah tidak amanah dan khianat kepada parti.

Malangnya, kalau yang melompat itu ialah wakil rakyat PR (tak berdaftar)disuruh letak jawatan tetapi kalau yang melompat itu ialah wakil rakyat BN tidak pula disuruh letak jawatan.

Paeh sudah tentu maklum berkenaan kes lompat ADUN Bota di mana MB yang tak sah, Nizar pernah berkata ADUN Bota itu tidak perlu letak jawatan setelah melompat kepada PAS.

Itulah persoalannya.

Saya minta Paeh menjawab persoalan ini dan jawapan dari Paeh sangat ditagih bukannya orang lain menjawab bagi pihak Paeh.

Fatwa tentang nas dan dalil Paeh sangatlah dihargai sesuai dengan Parti Islam SeMalaysia (PIS) bukan PAS.

Sekian.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

SEBAB-SEBAB UTAMA DRAF RANG UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH (HUDUD & QISAS) TERENGGANU 2002 DIPERTIKAIKAN


ORANG BUKAN ISLAM DIBERI PILIHAN ATAU PENGECUALIAN

Undang2 ini hanya untuk umat Islam dan bukan Islam diberi pilihan atau pengecualian yang telah ditetapkan pada Seksyen 59 (2) yang berbunyi: “Tidak ada apa2 dalam enakmen ini yang menghalang seseorang bukan Islam daripada membuat pilihan supaya enakmen ini terpakai ke atasnya mengenai apa2 kesalahan yang dilakukan olehnya dalam negeri Terengganu”.

Hudud sebenar dikenakan sama ke atas orang Islam dan orang bukan Islam sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 45. Malah ayat Al-Quran di permulaan rang undang2 ini yang dikemukakan oleh PAS ini iaitu surah Al-Maidah, ayat 49 jelas membuktikan perkara yang sama yang dituntut oleh Allah supaya orang bukan Islam juga dihukum sebagaimana hukum yang diturunkan oleh Allah.

UBAH IKUT SELERA

Memandangkan pindaan yang dibuat berkali-kali berasaskan kritikan awam, perbezaan yang wujud bagi Kelantan dan Terengganu dan perbezaan yang nyata di antara undang2 pertama (versi permulaan) yang dikemukakan sebelum ini dengan rang undang2 yang diluluskan oleh DUN.

Ini menunjukkan bahawa undang2 ini tidak dibuat dengan betul dan tidak teliti, dibuat secara ad-hoc dan bukan sumber mutlak dari Allah sebagaimana yang didakwa oleh PAS dalam ceramah mereka. Ia tidak lebih dari ciptaan dan buah fikiran pemimpin PAS di Kelantan dan Terengganu yang berbeza di antara satu sama lain dan jelas merupakan persendaan kepada hukum-hakam Islam yang berubah dari masa ke semasa berdasarkan fikiran manusia.

TERLALU RINGKAS

Ia digubal terlalu ringkas dan tidak menepati sebuah undang2 untuk membolehkan ia dilaksanakan. Ia didapati seperti sebuah kitab atau yang dicedok terus dari kitab lama yang dikarang oleh ulama silam dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan ulama dan pakar undang2 Islam semasa. Enakmen yang penting ini tapi jauh lebih ringkas, sangat lemah penghuraiannya, tidak jelas dan sukar difahami sehingga boleh ditokok tambah dari masa ke semasa terutamanya Seksyen 9 mengenai kesalahan qazaf bagi wanita yang dirogol dengan tidak dikemukakan bukti. Dengan ini jelas ia sekadar hanya untuk dibentang bagi meraih keuntungan politik murahan, kemudian diluluskan tetapi bukan untuk dilaksanakan.

BUGHAH (PENDERHAKAAN KEPADA PEMERINTAH) DIGUGURKAN

Mengapa pada mulanya kerajaan negeri memasukkan bughah sebagai kesalahan hudud iaitu seksyen 23, tetapi tiba2 tanpa sebab selepas itu dibuang semula. Bughah atau aspek kesalahan hudud ini soal dasar bukan teknikal. Oleh itu, apa yang sering disebut oleh MB Terengganu bahawa soal teknikal sahaja yang dipinda adalah tidak benar. Bughah adalah termasuk dalam kesalahan hudud menurut jumhurul ulama dan disebutkan dalam Al-Quran sebagaimana kerajaan negeri sendiri kemukakan pada peringkat awal iaitu Surah Al-Hujurat ayat 9.

KELAYAKAN HAKIM TIDAK MENEPATI KEHENDAK ISLAM

Menurut Islam seseorang hakim perlu memenuhi 15 syarat termasuk Islam, lelaki, boleh berbahasa Arab, tafsir Al-Quran dan hadis, mengetahui hukum dalam Al-Quran, tidak fasik dan lain2. Malangnya, syarat ini tidak dimasukkan. Di dalam Seksyen 66(1) hanya menyebut tentang Mahkamah Bicara Syariah Khas. Persoalannya di mana syarat Islamnya dan ini belum lagi syarat2 lain yang dikehendaki oleh Islam. Bermakna undang2 ini tidak memenuhi kehendak hukum Islam yang sebenar.

MUKALLAF (18 TAHUN) MENIMBULKAN KETIDAKADILAN

Menurut tafsiran undang2 ini, mukallaf bermakna 18 tahun dan hukum hudud dikenakan kepada orang Islam yang mukallaf. Adakah semestinya mereka yang berumur 18 tahun itu baru mukallaf dan boleh dikenakan hukuman jika sabit dengan kesalahan? Persoalannya bagaimana keadilan boleh berlaku jika remaja yang berumur di bawah 18 tahun (misalnya 16 atau 17 tahun tetapi sudah mukallaf/akhir baligh) melakukan kesalahan hudud? Apakah akan dibebaskan begitu sahaja, tentulah tidak adil dan boleh menimbulkan masalah jenayah di kalangan mereka ini kerana tiada undang2 terpakai ke atas mereka.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Samb.

PERLAKSANAAN: TIADA PERSEDIAAN DIBUAT

Undang2 yang akan diluluskan ini akan membabitkan badan lain yang berkaitan dengannya seperti mahkamah, hakim, peguam, pendakwa, penjara, lokap dan polis. Ini diakui sendiri oleh Wan Mutalib Embong, exco kerajaan negeri bahawa ia tidak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini sehingga apabila persediaan wujud. Persoalannya sampai bila persediaan itu akan ada, jelaslah ia bukan untuk dilaksanakan tetapi sekadar bermotif politik sahaja.

BEZA ZINA MUHRAM DAN ZINA BIASA DITOKOK TAMBAH

Di dalam Seksyen 18 (2), mengenai zina mahram disebutkan bahawa jika pembuktian zina mengikut kehendak pembuktian zina tidak dapat diadakan, tetapi persetubuhan boleh berlaku dengan apa2 keterangan sama ada secara sains atau sebaliknya pesalah hendaklah dihukum dengan hukuman takzir. Persoalannnya dari manakah hukum ini diperolehi khususnya keterangan sains. Bagaimana pula dengan zina bukan muhram, mengapa tidak dimasukkan ke dalam seksyen ini? Apakah yang dimaksudkan dengan keterangan sains (terlalu umum) dan siapakah yang telah membuat ijtihad baru ini? Apakah bezanya zina biasa dan zina mahram yang membolehkan seksyen khas ini diwujudkan?

MENGAPA HUKUMAN HUDUD ZINA TIDAK DIKENAKAN?

Seksyen 17 menyebut di antara hukuman yang tidak boleh dikenakan ialah dalam keadaan seperti:
a) apabila lelaki dan perempuan yang berzina berkahwin
b) perawan apabila daranya tidak terkoyak
c) gagal dibuktikan kemasukan kepada tahap takak zakar ke dalam faraj perempuan.

Hal ini dapat dipertikaikan kerana ia meragukan serta bertentangan dengan hukum Islam. Misalnya, perzinaan boleh berlaku walaupun dara tidak terkoyak.

NIAT TERSASAR: KALAH PILIHANRAYA KALAU TAK BUAT HUDUD

MB Terengganu, Hadi Awang telah membuat kenyataan sewaktu berdialog dengan NGO di Kuala Lumpur pada 29 Jun 2002 berkata: “kalau tidak buat ini (hudud) kita boleh kalah (pilihanraya)”. Ini jelas membuktikan bahawa tujuan undang2 ini digubal dan diluluskan bukan kerana Allah tetapi mahu menang pilihanraya.

“BERSATU MENENTANG PAS YANG MENCABUL, MEMINDA DAN MEMPERSENDA HUKUM ALLAH!! BUKAN BERMAKNA MENENTANG PAS MENENTANG ISLAM”.

Persoalannya ialah adakah hukum hudud yang dibentangkan menepati hukum Islam? Adakah PAS ikhlas untuk melaksanakannya kalau dilihat dari kenyataan Hadi Awang pada 29 Jun 2002 di atas? Banyak lagi persoalannya yang timbul.

Bacalah baik2 dan komen dari Paeh sangat ditagih bukan hanya dari puak pro PAS yang lain.

Kalau tiada komen dari Paeh ini bermakna betapa 'Islam'nya PAS.

Sekian.