Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 16 Februari 2011

Wajib Baca!! Kisah Ustaz Kazim

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUp152ELa7HvLMT3ZWVGWTqnUJCIr62bXtiwQ8hC5u462-pgRE1y2WYUFm1MKalQkcRsHGLA2ahZTuWBnkvvq9xwLZBIQQgdID7upOuUb1qNeJN3WZKdjWOGmI4S80TeldaFeCGndvGhtJ/s1600/ustaz+kazim.jpg

Saya menerima maklum balas tentang Ustaz Kazim di posting sebelum ini (
klik sini) Ada seorang memberi komen tentang Ustaz Kazim ini. Dan merasakan orang lain perlu mengetahui tentang cerita ini. Memang ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau. Banyak masjid masjid, surau-surau dan tempat pengajian menamatkan khidmatnya dan tidak memanggilnya berceramah.. Ramai sudah tahu siapa beliau.

mari kita baca komen ini..

Assalamualaikum...
Saya dh lama ikut ceramah ustaz kazim ni..kekadang terasa juga bila dia lebihkan soal melayu dari bicara tentang islam dlm ceramahnya..

Tapi baru baru ni..setelah ada 2-3 surau menamatkan khidmatnya..beliau seolah-olah sangat tidak berpuas hati..disana sini ceramah beliau mesti dimasukkan rasa tidak puas hati beliau kerana ditamatkan khidmatnya..ahli politik dan ajk surau diperkatakan guna kuasa dan tentang ajaran Allah..saya jadi pelik..kenapa begini ustaz yg saya puji dahulu bertukar perwatakannya sekarang..bukan kah menuduh AJK surau menggunakan kuasa utk menamatkan khidmat beliau itu juga berunsur fitnah??menuduh org lain tentang ajaran allah itu juga fitnah jika tidak terbukti??dahulu beliau marah jika org lain menabur fitnah...

Apakah beliau rasa hanya beliau saja kah yg layak untuk memberi kuliah diMalaysia ini...sepengetahuan saya..khidmat beliau ditamatkan dan khidmat ustaz lain pula digunakan untuk menyambung kuliah beliau..jadi..saya rasa, kuliah agama islam ini tidak terhenti...memberi pelajaran tentang AGAMA ISLAM tidak akan terhenti..mereka BEBAS dan BERHAK utk memilih siapa saja ahli agama yg mereka rasa sesuai utk memberi kuliah kepada mereka...ramai lagi ustaz-ustaz yg berkelayakan selain dari beliau..


Didalam kuliah beliau selalu menegur supaya kita redha dgn apa yg Allah beri..kalau tidak redha maka kita tolak hukum Allah..tolak rukun iman..dia kata orang yg redha akan disayangi Allah..tinggi peluang utk ke syurga..

Tapi bila terkena pada beliau..lain pula jadinya..apakah benar beliau ini punya agenda lain dlm kuliah beliau??

katanya beliau bukan ahli politik..
kalau bukan politik..maka tujuan kuliah adalah tentang agama..kami ni kurang agama..ingin tambah ilmu agama..bukan ilmu sejarah melayu..kalau nk cerita tentang melayu..naiklah pentas politik..bukan di KULIAH AGAMA..lupakah beliau ada pendengar ceramah beliau bukan saja dari keturunan melayu..cina muslim..india muslim..islam tidak akan bersatu kerana melayu...islam cuma akan bersatu jika semua umat islam bersatu...

Bila kita yakin pada Allah dan agamanya..bila semua umat bersatu kerana allah dan agamanya..maka itu lebih kuat dari ketuanan melayu..apakah beliau tidak tahu perkara ini??apakah mesti disebutkan melayu mesti bersatu baru islam itu bersatu??

Ya Allah ya tuhan kami..kami mohon agar kamu beri petunjuk kepada kami dan beliau...kerana kami masih lagi memerlukan khidmat beliau..yg baik kami ambil dan laksanakan..yg kurang kami tinggalkan..kami mahukan islam..bukan melayu..bantulah kami Ya Allah....

harap beliau atau sesapa saja orang2 beliau baca komen ni..tk tau nk komen kt mana tentang beliau ni..Wallahu alam..

*terima kasih kepada yang memberi komen

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia bukan ahli politik...tapi dia sokong umno!!

Tanpa Nama berkata...

DAH LAMA TAHU DIA PRO SEBELAH MANA, DAH MALAS NAK DENGAR KULIAH DIA SEKARANG NI

5sal berkata...

Salam!Saya pun rasa menyampah ngan dia semenjak tegok video dia,kes ketuanan malayau.Kan abang n kakak dia org kuat UMGOK.

Tanpa Nama berkata...

Aku ada ikuti ceramah dia dalam satu majlis forum. Aku dapati kazim ni kuat merapu malah kekadang mencarut. Malam tu dia juga sempat dendangkan beberapa buah lagu. Kalau nak nyanyi, baiklah jadi penyanyi, buat apa jadi pendakwah. Kelak nanti jadi pendakyah.

Hairan bagaimana ada orang yang boleh taksub ikuti kuliah dia ni. Tak ada kualiti langsung.

Itulah pertama kali aku hadir ceramah dia dan insyaallah itulah juga kali terakhir aku berbuat demikian.

Manjungmari berkata...

Salam...

Sekadar nak bagi pandangan..
Kalau nak pilih guru untuk belajar agama...
Pilih guru yang mursyidnya....

Latar belakangnya...

Guru itu sama-sama dalam jemaah Islam..Bukan guru yg mengatakan saya UMNO bukan, PAS pun tidak..

Guru yang berani menyatakan kebenaran, berani menegur pemerintah... bukan guru yang suruh kita menghormati pemerintah walaupun pemerintah itu berbuat maksiat...

Jadi segi itu semua, aku rasa tak ada dalam diri si Kazim ni...

Tujuan si kazim ni hanyalah untuk mengelirukan pemikiran Umat Islam yang mahukan Kerajaan islam..
Ini adalah permainan politik musuh-=musuh Islam...

Kalau Kazim betul niatnya, mengapa dia tak istihar sokong perjuangan PAS... ini asyik nak kondem orang PAS saja,, orang PAS tabetui, mengumpat dan sebagainya...

Ceramahnya di Teluk Muruh tahun lepas, penutupnya mengajak pendengar pi dengan kuliahnya di rRumah Zambri di Ipoh.. cerita betapa ramai orang ang dok pi dengar...
Kalau dah ramai,, dok ajak apa lagi, ceramah ajalah,, kalau betui ramai,, baguih,, tak payah kempen,, orang akan tahu dengan sendiri...

Dia cuba nak auta..phoorahhh.

muwallad berkata...

Bahasanya kasar....sekadar boleh mengajar kitab terjemahan sahaja...boleh dinilai ilmu yg ada padanya...kadang2 org marah bila kata org belajar agama dlm malaysia tidak seberapa ilmunya berbanding dengan mereka yg pernah belajar di negara arab,paling kurang boleh berinteraksi dengan kitab2 dlm bahasa arab,inilah realiti dan ini yg tiada pada dia...Allah kurniakankan kepetahan bercakap tp KOSONG...

Tanpa Nama berkata...

tujuan utama Ustaz Kazim ni nak satukan umno-pas...boleh rujuk CD dia...aku stuju...tapi bersatu atas apa...Quran & hadis....puak amanu ni da seleweng pesanan nabi...dah la tu..amanu ni stail baik depan tembak belakang..tapi nak bersatu....tapi kutuk tokguru..masa prk berat sebelah...hentam anwar,hj hadi ...bersatu ape..aku salah sorang peminat setia ustaz kazim...semua cd dia aku ada...tapi la ni sory le..satu lagi modal dia selalu kata masa praya boleh lawan tapi kalau kalah kita skong la sapa yg menang...buat stail zaman abu bakar dulu...ansar -muhajirin nak berebut pilih pemimpin selepas nabi..bila abu bakar terpilih semua pakat skong dia jadi khalifah...ustaz kazim lupa pemimpin amanu mcm khalifah abu bakar ke...masa amanu ni menang cara bersih ke mcm zaman abu bakar dulu...dah la ustaz kazim...pak mentua tok imam masjid bkit raya dalam,pendang...kat kedah ni pun org x mau kat dia....org yg x tau kisah dia je yg panggil dia lagi...aku tanya ustaz halim nasir...mintak dia muzakarah ustaz kazim ni...ustaz halim nasir kata ustaz hassan razak ex-timb.pjaya pas kedah ajak muzakarah/debat ustaz kazim ni x berani....

Tanpa Nama berkata...

dulu pun saya berpendirian begitu juga,masa dizaman kanak kanak dan persekolahan.bila melayu mesti islam,bila islam mesti melayu.akan tetapi pabila meneruskan pelajaran dinegara mat salleh,didapati islam bukan sahaja berbangsa melayu malahan pelbagai wajah dan rupa.lantas saya mula mencari apakah sebenarnya islam ini.kalaulah islam itu melayu,melayu itu islam kenapa allah memilih para nabi serta rasulnya dari kalangan bukan melayu.subhanallah,rupa rupanya islam itu majmuk,benarlah kata kata TGNA diakhirat tidak ada bangsa melayu kesemuanya makhluk allah swt.perbezaan kita dihadapan allah hanyalah iman.saya cina.

Abu Idris berkata...

Ar Rayah World News

Janji Allah 'Khilafah' Tinggal Selangkah Lagi

http://ibnuyassir.blogspot.com/

Belia Islam berkata...

Saya orang johor..
Bangga mula2 bila ada ustaz muda yg buleh mengajak kami anak muda untuk kembali pada ajaran Allah..lebih2 lagi bila ustaz kazim ni pandai mengambil hati pendengar dengan cara dia sendiri..
Tapi sekarang ni..Minta maaflah..kami pakat ramai2 tukar selera untuk mencari guru lain..
Ingatkan buleh lah bentukkan jati diri islam dlm golongan muda belia anak johor ni..rupanya..tk abis2 selitkan melayu dia...melayu melayu melayu..saya rasa dia patut masuk perkasa..bantu melayu yg layu kt malaysia ni..
Saya tk bangga dgn melayu..tapi saya bangga kerana saya islam..semoga dpt tukar pemerintah islam dlm negeri Johor ni..Allahu Akhbar..!!

Tanpa Nama berkata...

salam semua. untuk pegetahuan smua,kazim ni pernah ceramah atas pentas PAS ngan Hassan ali. masa tu cramah pertama Hassan ali. itu le kot satu-satunya cramah dia ngan Pas.orang ipoh kebanyakkanya dah tahu perangai kazim ni. banyak kali dah dia tak datang kuliah-kuliah surau.kadang-kadang dah sampai kat tepi surau pun dia ni boleh balik cam tu je.sebab apa? sebab tak de orang sambut dia dari kereta.dia ni suka glamer,orang puji dan sambut lagak tok guru. pilihanraya lepas,dia sokong abg dia kat kuala kurau. orang tanya,nape sokong umeno,jawap dia selamba sebab itu abg dia. ooooo patut le dapat buat al-barakah bawah pencawang letrik kat manjoi.

Tanpa Nama berkata...

Anda memfitnah tentang ustaz Kazim yang tidak menyokong PAS adalah satu dosa besar, Hasrat dia adalah mulia untuk menyatukan Umno dan Pas demi Islam saya tak sokong kerana Pas sudah menjadi kafir sekarang sebab banyak pembohong warga tua. Haram Syariee mendengar pembohongan Pas . Saya tidak sokong Pas dan Umno disatukan. Pas wajar ditentang habis-habisan kerana landasan mereka hanyalah sanggup mati demi Karpal Singh

Ibnu Sina berkata...

ni lagi seko karat umno..sapa pitnah sapa??hang ni yg tk penah ngaji..duk sibuk ckp orang..penah dengar ka ceramah ustaz kazim??

ni satu je aku nk keluarkan...

1.Ustaz kazim cakap..Jangan jatuhkan pemimpin islam..dia selitkan hadis nabi lagi dlm ceramah dia..berdosa..haram..

TAPI...dimana BELIAU ketika zambry dan sekutunya membuat bacaan doa kerana ingin jatuhkan Nizar di Perak??? tolong jawap..dimana kah beliau ketika itu??

belia adik kepada penasihat agama zambry..kenapa tk nasihat zambry ketika itu???kenapa tk tentang orang yg jatuhkan pemimpin islam ketika itu??

DImana Ustaz Kazim ketika upacara doa itu dilakukan??dimana??tolong sesapa yg tau jawab....

Tanpa Nama berkata...

Doa dibaca Zambry bukan nak jatuhkan Nizar tetapi Rejim DAP yang merakus tanah untuk doberikan kepada Cina. 900 ekar telah dillus 999 tahun, 3000 hertar untuk sekolah cina dan hampir 5000 ekar lagi akan diluluskan kepada peneroka haram Cina di daerah Manjung

ini fakta yang awak kena tahu

Taikun Melayu berkata...

erk...tolong bacakan fakta berapa ribu hektar tanah melayu yg telah dijual oleh juak juak umno kepada taikun2 cer kt malaysia ni semasa 50tahun lebih pemerintahan BN??

tolong..saya nk tau fakta..kalau tkda fakta tk perlu cerita pasal fakta...

Tanpa Nama berkata...

wei!!lepaih zambry rampas kuasa dia pun bagi tanah kat sekolah2 cina juga ini fakta..siapa bagi tanah kat g.highland, sapa bagi tanah kat bukit tinggi DLL. umnoBNlah lah yg banyak bagi tanah kat cukong2 cina tau tak..

Tanpa Nama berkata...

Saya anak peneroka felda di Kulai,Johor...

tkda sapa nk tanya saya ke sapa yg jual tanah tepi jalan besar ke bandar kulai kepada cukong utk dijadikan tempat pembakaran dan memorial park???

tkda sapa nk tanya ke??

oh..tkpala..biar saya je ckp tanpa ditanya...

PAS la yg jual tanah tu..sebab PAS kan memerintah kt Johor...kah kah kah kah...buta hati org merah ni..

Tanpa Nama berkata...

ustaz kazim ader sekolah pondok...tapi ada juga org pas hantar anak dan ibu bapa ke sana...adkah anda menyokong dia?

Belia Islam berkata...

ramai orang menyokong beliau..cuma beliau harus tahu..dibayar untuk kuliah agama..tk perlulah kuliah politik..kami jemu dgn politik..

AbdulHakim berkata...

Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

masyaAllah.. menyatukan kaum melayu itukan suatu usaha mulia.. x perlu nak disangkut pautkan dengan fahaman politik.. nabi sendiri mula berdakwah dengan kaumnya.. malah ttp berdakwah pada kaumnya sedangkan merekalah yang penentang besar Nabi saw. jgnlah kerana isu politik, ahli agama di cerca, di hina.. selagi apa yang diajarkan itu baik dan mnurut alQuran, selagi itu kita x berhak mencaci mereka. malah kita sendiri x berhak melaknat mereka yang x dilaknat Allah.. berpolitik mengikut Alquran dan Sunnah, bukan mengikut aqal cetek dan nafsu.. kritik mengikut Islam, bukan mencaci tak menentu..
Astaghfirullah.. saya hanya memberi ulasan mengikut ilmu saya yang cetek ini.. segala komen membina amat saya alu-alukan..

Tanpa Nama berkata...

sahabat! ana tak tau apa hebat sangat Ustaz Kazim ni....takat boleh berlabun sja...tak tau mana mengaji....asal mengajar Tahfiz di Sekolah Tahfiz Malim Nawar.Dimana Malim Nawar tu tuan.....aha...di pErak ler ,Jln Kuala Dipang dalam DUN Tualang Sekah....Aabngnya Ustaz Najamuddin Elias....penasihat agama MB Perak...haha.....nak tau apa lagi sila melawat www.anakagong.blogspot.com

AbdulHakim berkata...

Bismillah...
Assalamualaikum saudara2ku,

Islam mengajar kita supaya memastikan stiap ap yg kita guna dan lakukan itu halal. makan halal, minum halal dan sebagainya. Suatu masa dahulu terdapat isu ubat gigi, sehingga ada company terpaksa membuktikan kehalalan dgn mengambil cop halal jakim akibat isu yg dibangkitkan ini..

tetapi...

INGATKAH SAUDARA2 UTK BERKATA2 PERKARA YG HALAL??? BUKANKAH MENGUMPAT ITU PERKARA HARAM?? MENGHINA DAN MEMFITNAH ITU HARAM??

SAUDARA!! KITA SESAMA ISLAM!! X GUNA BERBALAH!! TAHUKAH ANDA INI YG DIMAHUKAN OLEH KAFIR2 DILUAR SANA??

MENGAPA MEWUJUDKAN ENTRY SEBEGINI SEDANGKAN KITA SAMA2 BERJUANG DEMI ISLAM????------ADMIN SILA RESPON!!

Saya hanya ingin melihat kita bersatu dan berdamai.. POLITIK hanya mainan dunia JIKALAU tidak BERSATU ISLAM itu.. BUKAN MENJATUHKAN SESAMA MUSLIM..

Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Saudara-saudara sekelian, same ke perjuangan ISLAM UMNO dan PAS.Tanya hati dan jangan tanya nafsu.Dalam Islam kan ada puak-puak munafik.Baca al-Quran dan hadis sifay2 munafik.Saudara-saudara kalau nak ISLAM berjuanglah bersama-sama PAS.Kalau nak harta dunia yang melimpah ruah, pangkat dan gelamour pi lah kat UMNO.Macam-macam ada......

Acilut berkata...

Bismillah...
Assalamualaikum

'Ustaz', 'Tok Guru', PM, Menteri, Lebai, Cendekiawan, Prof, Dr, ... Semuanya manusia yang boleh melakukan kesilapan

Apa pun mereka cakap, maka mesti kita rujuk dan periksa melalui kuran dan hadis yang. Maka kita sebagai umat islam mestilah berilmu dan adil dalam penilaian kita. Kalau kita sudah taksub kepada PAS maupun Umno, pemikiran kita sudah di hasut oleh semangat KEPARTIAN !. Jadikanlah insan yang beriman dengan rujuk kepada Al-Kuran dan Hadis. Ketepikan Isu-isu kecil dan cabang. Cari penyelesian untuk sevival umat islam. Jangan berpecah belah hanya kerana hijau dan merah . Bersatulah atas nama Islam. Jangan pandang rendah pada orang ynag dianggap 'kurang Islam'. Dengan menganut parti Islam belum tentu kita ke Syurga. Jangan Takkabur. Walaupun kita rasa Islam kita lebih baik daripada Islam orang lain, tunjuklah contoh sepertimana Rasullulah.
Saya mendengar semua ustaz. Hijau, Merah, Biru Muda maupun Putih. Lepas itu kita nilailah sendiri melalui panduan Al-Kuran dan Hadis...

Tanpa Nama berkata...

ini fitnah..bertobatla

Tanpa Nama berkata...

jangan nak buat fitnah..

kan lebih tuan2 pegi jumpe dan bertanya sendiri dgn ustaz kazim...

itu lebih baik daripada membuat andaian sendiri...

takut jadi fitnah, besar dosanya...

saya pon orang PAS...

susah kalau ada pemikiran mcm tuan2 ni..bila gi ceramah kt orang/kawasan PAS, dikatakan ustaz tu masuk PAS..

bila pegi ceramah kat orang/kawasan UMNO, dikata pulak ustaz tu sokong UMNO...

eh kamonlah...jgn bebal sangat..

kita semua tau UMNO tidak mahu kepada Islam...

tapi ada tak ustaz2 PAS yang pegi bagi ceramah, kuliah pada puak2 tu???

bila bagi ceramah, pandai pulak minta ustaz hentam puak UMNO..

adakah Nabi Muhammad saw berdakwah sebegitu???

ada satu kisah saya ingat ustaz kazim pernah cerita..pernah disebut dlm ceramahnya..

beliau pernah dapat tawaran untuk memberi ceramah di hadapan Menteri2 UMNO..

jadi beliau kata itu adalah peluang baik untuk beliau memberi teguran kepada UMNO...
tapi malangnya ada puak-puak dlm PAS yang bebal terus boikot dan fitnah ustaz masuk UMNO...
terus ustaz kazim tak jadi bagi ceramah dan memberi ceramah di tempat lain yg mana hadirinnya di jabatan kerajaan yang tak ramai..

betapa ruginya..sedangkan itulah peluang terbaik untuk tegur puak2 UMNO ni..

Tanpa Nama berkata...

sekarang banyak masjid, surau yang telah membuang ustaz kazim daripada menyampaikan kuliah...
jawablah di akhirat nanti wahai AJK surau/masjid kerana menghalang masyarakat utk belajar..

ingatkan UMNO je yg pandai GAM ulama...rupanya ada ahli PAS yang bebal diperingkat akar umbi pon sama...
pemimpin dan ustaz2 dlm PAS saya percaya jika mereka tau, pasti tidak bersetuju dgn tindakan ini..

tapi disebabkan ada segelintir puak2 bebal dalam PAS ni, yang menyebabkan PAS dipandang serong secara keseluruhannya...

saya mengikut lama kuliah ustaz kazim...beliau telah berulang kali mengatakan yang beliau bukan ahli politik...beliau mengajar agama,baca kitab..

benar beliau tidak belajar hingga ke negara arab...tapi itu tidak bermakna ilmu beliau serendah ilmu tuan2...cuba semak balik...

berapa ramai ustaz2 lulusan al azhar, dn mana negara arab yang balik ke malaysia yang selalu, rajin turun memberi kuliah kepada masyarakat??berapa ramai???

kalau kita tengok ustaz2 yang mengaji di pondok2 la yg banyak turun berjumpa dengan masyarakat, mengajar supaya mengenal Allah..

jangan tuan2 ingat dah belajar di Al azhar, tuan2 lebih bagus daripada ustaz2 yg hanya belajar di tanahair...kalau tuan2 berfikir begitu, tuan2 silap...

saya nak tanya tuan2 disini, berapa kali tuan2 pergi berdakwah kepad puak UMNO ni supaya terima islam secara keseluruhan???berapa kali???


ada tak dalam kuliah ustaz kazim yang menghasut, mengajar supaya orang PAS membenci orang UMNO dan sebaliknya????

jgn hanya dengar 1, 2 ceramah terus anda label ustaz sebagai orang UMNO..cuba dengar dulu ceraamah ustaz kazim ni banyak2..baru anda tau ustaz ni orang mana..pasal abang ustaz tu, ikut dia la..takde kena mengena dgn ustaz..takkan kerana si abg UMNO, adik PAS maka hubungan kena putus..cuba cerdik skit,,

nasihat saya pergi beli cd ceramah ustaz yang berjumlah ratusan tajuk tu...dgr satu2...saya percaya tidak ada satu pon yg dikatakan ustaz yang menyokong UMNO..

kalau betul, beliau kata betul tidak kira la sama ada PAS atau UMNO..

begitu juga kalau salah, dikatakan salah tidak kira PAS atau UMNO..

ini tidak..asal pegi ceramah orang UMNO je, cop masuk UMNO...cuba buka minda sikit...jgn bengap..dlm PAS NI ramai orang profesional,ahli perniagaan, kakitngn kerajaan dn macam2....gunakan akal dan rasional skit bila nak berdakwah dgn orang UMNO..

ini tidak,,bila konon nak dakwah, kita hentam mereka...bukannye nak wat cara elok2..

pastu bila ada ustaz tegur perangai penyokong akar umbi supaya jaga perangai...melenting pula...

Tanpa Nama berkata...

ini la perangai buruk orang Melayu...tidak kira PAS atau UMNO..

selalu kita dengar orang Melayu digambarkan sebagai lemah lembut, sopan santun, menghormati tetamu...tapi bila ditegur, kita bole tgk perangai sebenar orang melayu...melenting tak ingat, terus tidak bertegur sapa..

berbeza dgn orang Arab..mereka agak kasar..tapi bila ditegur, mereka bole terima dgn hati terbuka..

kita dalam PAS selalu bercakap, kalau nak ikut islam, ikut secara keseluruhann, bukan amik sekerat2 mcm UMNO...

soalnya adakah islam mengajar supaya kita membenci saudara seagama??boikoit, pulau???

arwah datuk saya dulu merupkan orang kuat PAS dan imam di kampungnya...bila ada orang UMNO meninggal, dia tidak pergi...adakah Nabi kita suruh buat mcm ni???/sudah tentu tidak..kalau cina DAP mati, ramai pula org PAS yg gi lawat..pelik sguh manusia ini..

saya percaya dan tidak pernah dengar tok guru nik aziz, ustaz harun din suruh orang PAS jangan pergi lawat kalau orang UMNO meninggal..saya tidak pernah dengar..tapi inilah yang dibuat oleh puak2 bebal dlm PAS...byk lagi kalau nak sebut..

kalau dgn DAP, cina, india penyokong PAS bole kita berpeluk, berjabat tangan, kenapa kita tidak bole buat perkara serupa dgn UMNO??

dengan DAP, cina india yang terang2 tidak mengakui, menolak Allah sebagai tuhan pon kita bole bersalam, mengapa dengan orang UMNO yang solat siang malam, baca quran, puasa, mgerjakan haji kita tidak bole berbaik2 dan berusaha mencari kesepakatan??

kita tak berhak mengatakan solat orang UMNO tidak diterima...itu urusan Allah..bukan urusan kita..solat kita pon taktau mcmane..

kita tahu UMNO ni kdgkala dan byk masa kurang ajar, takkan kita penyokong PAS yang kononnya kata nak daulatkan Islam juga ikut perangai sama??

kalau beginilah perangai akar umbi orang PAS, saya percaya susah la kita nak tarik anak muda sokong PAS.. sbb puak2 bebal dlm PAS yg walau segelintir tapi ramai yang masih berfikiran semppit...mengaji tak tinggi mana tapi berlagak mcm profesor..

marilah kita ubah sikit cara pemikiran..ikutlah perangai Nabi Muhammad saw yang dicintai...


Saya amat berharap pimpinan dan ustaz2 yang berada dlm PAS dapat memberi teguran kepada puak2 bebal dlm PAS ini..mereka2 inilah yang merupakan setitik nila yang merosakkan PAS sebenarnya dengan sikap buruk mereka..menyebabkan masyarakat semakin menjauhi PAS..

Majulah PAS untuk negara...

hamba allah.. berkata...

Assalamualaikum wbt..

Hai Saudaraku sekalian,

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah S.A.W bersabda;

"Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam; dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat; dan apabila mereka caci mencaci satu sama lain, mereka tidak akan lagi dipandang Allah." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Bkan isu PAS atau UMNO ttp agama Islam yg perlu diperjuangkan.Umat Islam hatta bangsa Melayu x usah bercakaran,menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain kerana banyak 'mata' memerhati n tunggu masa untuk 'ambil' peluang.Menangkah kita nnti bla asyik bercakaran sesama kita?Sejarah terlalu mengajar,lalai seketika,negara jadi taruhan...Nabi Muhammad s.a.w berdakwah tidak kira dimana n kepada siapa kerana amanah yg diberi Allah lebih utama...Yg penting kita perlu sedar,kita semua HambaNya...usaha mentarbiyahkan umat manusia perlu dilaksanakan ke atas hambaNya yg mampu.....

penyuarabebas berkata...

Salam. sy sllu dgr ceramah us. kazim. dr ceramah beliau, terang2 bukan umno mahupun pas. dia cuma nak menyatukan islam. mencarut?jgn memfitnah. dah byk sy dgr crmh us.kzm,lngsng xda mencarut.dia mengajak org kepada ISLAM.bukan PAS atau UMNO.perjuangan ustaz kazim merupakan perjuangan ISLAM. bukan macam PAS@UMNO yg mempergunakn ISLAM untuk tujuan POLITIK.

bksempoi berkata...

Ya Allah,
Jika kerana politik kami bergaduh,
Kau tunjukkanlah dimana penyatuan kami,
Leraikan lah perselisihan ini,
Kami serahkan hal ini kepada mu Ya Allah,
agar perpaduan ini terus terbela.
Amin...

Acilut... berkata...

Assalamualaikum,

Semuanya bermula dengan ilmu. Kita mesti mempelajari ilmu dan boleh menimbangkan yang mana kca dan yang mana berlian.
Kita sering terpengaruh selepas mendengar ceramah. Parti politik yang kita anuti seolah-olah telah mengikat kita tentang kebenaran. Jika kita PAS maka semuanya adalah betul dan mana-mana penceramah yang dianggap bukan PAS tidak boleh dipakai malah di cop talibarut UMNO.
Maka dengan itu ilmu adalah sangat penting. Akal yang dikurnia Allah ialah supaya kita berfikir... Kita manusia tidak dapat membaca hati manusia yang lain. Sekiranya andaian yang kita buat tidak benar dan kita sebarkan ianya adalah fitnah... Dosa yang memerlukan kita berjumpa dengan orang yang kita fitnah dan mohon maaf!
Apakah salahnya kita bersatu. UMNO biarlah dengan UMNOnya dan PAS dengan PASnya. Orang-orang UMNO yang mempunyai kesedaran boleh nasihat ahli-ahlinya. Bukan semua ahli UMNO Syaitan. Begitu juga dengan PAS. Bukan semua ahli PAS Malaikat. Bersatunya kita untuk kekuatan Islam. Sekarang ini kita berpecah. Yang untung orang kafir. Semua janji-janji yang kita buat ialah untuk tarik orang kafir sokong parti kita. Samada sebelah UMNO atau pun PAS. Kita dalam keaadaan yang sangat rugi sekarang ini. Ikut hati mati, ikut nafsu lesu!
Cubalah kita berbaik baik... kan itu ajaran Rasullullah.
Adalah NORMAL jika berbeza pendapat, berbeza warna dan berbeza kaedah, tetapi kita kenalah bersatu, lebih-lebih lagi dalam isu hak orang-orang Islam.
Kita sering terkeliru. Bila kita sebut Melayu maka terus kita melenting. Dan ada orang Melayu yang tidak mahu mengaku Melayu. Begitu hina orang-orang melayu ini yang ada pada diri dia sendiri. Sedangkan atas nama Melayu itulah yang telah menyelamatkan kita. Atas nama melayu itulah yang telah kita mendapat pembelaan dan dapat jadi ustaz Islam, doktor Islam, Jurutera Islam, Arkitek Islam, guru Islam, peguam Islam, penulis-penulis blog Islam, pembela Islam,... Setelah kita telah menerima kemudahan atas nama Melayu, tiba-tiba kita nak buang Melayu dan menafikan hak itu kepada generasi dan anak cucu kita. Apakah namanya kita ini tidak lain sebagai pengkhianat kepada genarasi kita!. Fikirkanlah ketuanan Melauyu tidak pernah berlaku penindasan kepada lain-lain kaum.
Sebaliknya lihatlah ketuanan penjajah Cina di Singapura, Melayu lingkup. Ketuanan penjajah Israel di Palestin, rakyat Palestin lingkup, Ketuanan penjajah Amerika, Red Indian Lingkup. Ketuanan penjajah British Australia, kaum Asli Australia lingkup.
Pulau Pinang telah menunjukkan ciri-ciri yang serupa. Siapa yang bertanggung jawab memenangkan DAP di Pulau Pinang. Orang orang Melayu yang telah menyokong DAP sehingga menang telah menjadi pengkhianat dan mesti bertanggungjawab.
Sejarah telah menunjukkan bahawa sekiranya kaum pendatang mula di beri kuasa,maka kaum peribumi kan di tidas habis-habisan.
Kita tunggu dan lihat DAP di Pulau Pinang.
PKR maupun PAS didak mempunyai apa-apa kuasa dan hak terhadap DAP Pulau Pinang. Berbeza dengan Gerakan semasa memerintah Pulau Pinang. UMNO ad di belakang dan menjadi peneraju. Gerakan tidak boleh bertindak sebarangan...

Mengapa kita tidak boleh bersatu bagi tujuan yang sama. Sedangkan kita ada Tuhan yang satu, Nabi yang satu, AlQuran yang satu, Kiblat yang satu...

Janganlah jadi 'Menang sorak kampong tergadai' dan 'nasi sudah jadi bubur'...

bubuk berkata...

salam..cetek betol pemikiran org yg dok kutuk ustaz ni...hati anda dh dikaburi isu politik melebihi dari agama islam..pikir la apa saya ckp ni..wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

WAHAI SAUDARA MUSLIMINKU BERLAPANG DADALAH KITA ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN HAMBANYA YG BENAR. APA NAK TAKUT...YANG KITA PEGI MAKI HAMUN TAK TENTU FASAL WAT APA CAM ORG GILA. MENUNJUKKAN KITA CM TAK ADA PEGANGAN AGAMA TAK ADA IMAN ITU KE PEJUANG ISLAM? KAMON LA HUSNUZAN KAN HATI TU.....