Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 19 Februari 2011

Pemuda PAS sedia bergerak!!

Oleh: MSO

KOTA Sarang Semut Batu 9 di Kedah hari ini telah bertukar menjadi lautan manusia apabila himpunan 30,000 pemuda Pas berjaya mencapai sasaran. Katanya kompleks Pas Kedah hari ini dipenuhi dengan anak-anak muda dan digemai laungan takbir penuh semangat.

Sayang saya tidak dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri gelombang Pemuda itu. Alangkah indahnya kalau dapat tengok sendiri, ia akan menambah waja dan semangat dan menjadikan catatan ini lebih realistik. Apapun syabas diucapkan kepada segenap Pemuda Pas Malaysia kerana berjaya menghimpun dan menunjukkan kekuatan kalangan mereka.

Kejayaan himpunan hari ini ternyata, darah pemuda Pas masih merah dan masih mengalir laju menuruni lembah mencari puncak kemenangan. Mereka tidak mudah goyah atau terkoyak dengan segala dakyah dan tohmahan buruk ke atas parti dan pemimpin mereka.

Saya yakin kalau mereka dibangkit dan dikerah untuk bergerak ke Putrajaya hari ini, dalam jumlah seramai itu mereka akan mara tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Dalam himpunan seramai itu semangat mesti berkobar. Mereka akan bergerak hatta berjalan kaki melalui lebuh raya Utara Selatan hingga ke Putrajaya. Saya yakin..

Katanya himpunan di Kota Sarang Semut hari ini lebih berjaya daripada himpunan yang sama dibuat di Kota Bharu empat tahun lepas. Kalau di Kota Bharu himpunan disertai 15,000 tetapi kali ini angkanya meningkat sekali ganda. Boleh disifatkan himpunan di Kota Sarang Semut hari ini adalah kesenimbungan himpunan di Kota Bharu. Perlu rasanya himpunan seumpama ini dijadikan tradisi kepada Pemuda Pas dan bukan pada waktu-waktu tertentu saja. Saya juga yakin kalau himpunan ini sekali lagi diadakan menjelang pilihan raya jumlahnya makin bertambah.

Dengan apa yang dipersaksikan di Kedah hari ini UBN Kedah tidak boleh memandang remeh kepada Pas. Khabarnya apa yang memberi aspirasi kepada himpunan berkenaan kerana Pas melihat akan kesungguhan UBN untuk merampas Kedah dalam pilihan raya akan datang. Kehadiran lebih 20,000 pemuda Pas itu laksana benteng yang akan mempertahankan tahkta kekuasaan Pas di Kedah.

Kejayaan himpunan hari ini memberi signal bahawa Pas akan sedia mengerahkan tenaga dan segala keupayaaan bagi mempertahankan kerajaan Pas Kedah dengan apa saja sekalipun. Apa yang berlaku hari ini membuktikan akan kesiapsiagaan para Pemuda Pas.

Himpunan raksasa itu dirasmikan oleh MB Kedah, Azizan Abdul Razak. Dua Naib Presiden Pas turut hadir dan menyampaikan ucapan menyuntik semangat. Mereka Sallahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Bekas-bekas ketua pemuda juga turut sama hadir antaranya ialah Abu Bakar Chik dan lain-lain.

Mungkin Pas boleh berbangga dan berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh Pemuda mereka itu. Setidak-tidaknya Pas dapat mengambilnya sebagai petunjuk bahawa Pas kian kuat dan semangat ahlinya semakin tinggi. Bayangkan tanpa semangat himpunan itu tidak akan berjaya kerana kehadiran mereka nun jauh di Kedah satu cabaran bagi mereka di Selatan, Timur atau Pantai Barat. Hanya mereka yang digelegakki semangat saja untuk turun ke Kedah.

Justeru himpunan hari ini adalah bersejarah. Dalam sisi lain ia seolah bagaikan menjawab persoalan lain dalam Pas, di mana pada masa sama berlangsung konvensyen Pas di Petaling Jaya untuk mencari nilai baru bagi Pas untuk menyakinkan Melayu terus menyokongnya. Konvensyen hari ini diadakan setelah Pas bermahasabah dan menemui jawaban yang ada petunjuk Melayu melarikan diri dari Pas kerana Pas dilihat begitu akrab dengan rakan Pakatan lain.

Dan dalam Pas tercari-cari apakah penawar dan janji baru untuk Melayu, himpunan Pemuda hari ini memberi jawaban bahawa Pas masih utuh dan kukuh. Bahawa Pas masih mengingat Melayu dengan meletakkan agama sebagai agenda utamanya. Himpunan Pemuda itu yang tidak dicampur dengan pemuda kaum lain menjelaskan bahawa komitmen dan iltizam Pas kepada perjuangan asal mereka.

Dari sudut lain himpunan Pemuda ini jelaslah menunjukkan kekuatan Pas sebenarnya. Dengan kehadiran seramai itu Pas mampu berdiri di atas kakinya sendiri. Sudah pasti jumlah lebih 20,000 yang hadir hari ini tidak termasuk pemuda PKR dan juga Pemuda DAP. Himpunan hari ini adalah genuine mempamirkan kekuatan Pas yang sebenarnya.

Bagaimana pun apa yang dipamerkan hari ini masih belum mencukupi bagi Pas memperakui yang mereka kuat sehingga mampu merampas Putrajaya, walaupun Pas khasnya Pemuda boleh berbangga dengan apa yang berlaku. Makanya Pas memerlukan satu lagi show bagi memperlihatkan kepada rakyat Malaysia yang Pas kini dalam ladumam azam untuk memerintah negara ini.

Mungkin selepas ini Muslimat Pas boleh membuat himpunan yang sama. Kita mahu tengok pula sejauh mana komitmen muslimat Pas dan kesediaan mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk parti. Mungkin sukar bagi muslimat hendak menghimpunkan seramai itu kerana pergerakan wanita perlu dihadkan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi setidak-tidaknya muslimat harus menganjurkan himpunannya sendiri bagi mengembelingkan kekuatan.

Tegasnya apa yang tercipta di Kedah hari ini ia memberi semangat dan kekuatan baru kepada penyokong Pas di seluruh negara. Yang jelas kepada mata saya bahawa Pas semakin menghijau dan semakin subur. Dengan berkembangnya tunas-tunas baru yang ditunjukkan di Kedah hari ini Pas tidak akan 'kekasikan' untuk melahirkan sebarisan pemimpin yang dinamik untuk masa depan Pas. Pemuda adalah pemimpin masa depan. Kejayaan himpunan hari ini juga menunjukkan kewibawaan pemimpin Pemuda masa kini. Untuk itu segulung syabas dan tahniah kepada Nasruddin Hassan dan seluruh jawatankuasa.

Sekali lagi ditanyai, apakah dengan kekuatan para pemudanya Pas masih memerlukan pergantungan kepada rakan-rakan politik yang lain? Kita tidak mahu pemuda Pas menjadi kuda pada pilihan raya untuk ditunggangi oleh wazir-wazir yang tidak sehaluan dengan langkah dan nawaitu perjuangan kita. Biarlah pemuda menjadi kuda kepada mujahidinnya sendiri kerana seorang mujahidin sedia syahid dalam sangsaraan, mereka tidak tersilau kepada wang ringgit. Perkara ini rasanya perlu diberi perhatian sama oleh Pemuda Pas.

5 ulasan:

ALahaI sI LunCAi berkata...

MAK AII !!! RAMAINYA BUDAK SEKOLAH. KALAU MACAM INI, PRU 15 NANTI BARU BOLEH NGUNDI.

MC_Shaharul berkata...

luncai ko x pg tgk ko duk kata rmai bdk sek,ingat umno ka duk angkut bdk2 sek,mat2 rempit berbas2 g di setiap himpunan umno..pastue bayar 10 hengget sorg...wakakaka...

Tanpa Nama berkata...

Luncai mewakili kedengkinya dan kegerunan UMNO terhadap aspirasi anak muda yang tekad untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya nanti tanpa diupah, malah bersedia mengorbankan harta dan nyawa demi Islam jika perlu.

UMNO nak kumpul anak mudapun kena isi petrol 3 kali penuh tangki, duit upah lagi, makan ditanggung... itupun kalau check bukan ahli umno pun. Malulah sikit baghal.

Tunjukkan pada UMNO Lautan Hijau di Kerdau dan Merlimau.

PAS BANGANG berkata...

Man,

aku bukan nak kata la, tapi Nik Aziz ni cakap putar belit, kejap kata perjuangan agama penting, melayu tak penting, hari ni kata Melayu penting pulak dah.. aku tau sebab apa, sebab undi melayu dah takda, harap kat korang punya kawan kafir DAP tu yang sekarang dah jadi mursyid kedua dalam PAS.


Man,

aku bukan nak kata pulak, tapi korang dalam PAS ni hamPAS dah, agama dijual beli untuk satu undi, kafir DAP gunakan ayat Alquran bukan sebab dia beriman, tapi sebab dia nak undi, dia gunakan ayat quran bukan dia nak pakai untuk kesejahteraan tapi dia petik macam dia petik kata pujangga budha, conficiusme, kitab vedha.


Man,

untuk p,raya akan datang ni, korang bodoh + bangang bertanding kerusi PAS kali ni, sebab dua-dua tempat ni sure korang lingkup, dah lebih teruk menampakkan momemntum kebodohan dan mangkuknya cara korang berkempen. PKR kenapa tak bertanding kat Merlimau, sebab diaorang nak jaga imej, kalau diaorang kalah, lagi teruk imej diaorang sebab dalam parti PKR ni pun dah nazak.

Man,

aku memang tak pernah sokong PAS pun sebab aku tau, ada banyak DAJAL dalam PAS, Dajal ni tak payah turun yang betul2, anak DAJAL pun bnyk dalam PAS, pecah belah, sembahyang dua imam, doa pecah perut la, kata orang jahiliyah la, kata orang jakun tak undi PAS la, ni semua kerja DAJAL la, korang ingat Amerika DAJAL, tapi korang pun dah jadi DAJAL dah, perangai pun macam Amerika, dok kata orang salah , dia betul, sama macam korang la, terutama Nik Ajis, tua nyanyuk yang korang anggap macam Wali Allah, tapi dia ni tak ubah seperti DAJAL sebab menolak sepenuhnya persaudaraan. Apa ko ingat masuk PAS boleh masuk syurga ke, Imam Syafee itu bukan orang PAS dan dia masuk syurga pun atas rahmat Allah aje, paling mudah - Moyang ko pun tak tau tentang PAS, apakah nasib dia di alam arwah ? Nik Aziz tolong ke, tak... iman dia yang tolong Man.. jadi apa ke bangangnya orang PAS boleh percaya dengan dakyah Nik Aziz ni ?

Man,

Tak usah cerita banyak, masa p,raya kat tenang, ada satu lori pick up kecik usung doa hapuskan Umno seperti tentera kafir, ko sendiri tengok, apakah ini Islam ? Bodoh la ko kalau ko restui cara ini, sebab ko bukan tak reti agama tapi disesatkan oleh agama itu sendiri. Maksudnya ko tau agama, tapi roh agama ISLAM YANG SYUMUL itu tidak ada dalam diri ko dan pengikut PAS.

Man,

last but not least, PRK Merlimau dan Kerdau adalah menefestasi penolakan berterusan orang Melayu Islam terhadap PAS , dan akhirnya PAS akan diberak dan dilumur tahi oleh DAP dan PKR. Jadi tak teruk sangat kalau aku kata PAS dah hilang intergriti parti berjenama Islam, elok la kalau ko bincang dengan Haron Din, keluarkan Nik Aziz nyanyuk dan gila itu keluar dari PAS dan bertaubat bebnyk.

Tanpa Nama berkata...

aku nak tanya HAMpas munafik...satu soalan mudah..
bila HAMpas munafik nak hantar babi2 ternakan bersama anak beranak yang kerajaan bn bawa balik dari mesir tempoh hari.
yang menternak babi2 ni kat mesir adalah HAMpas munafik..
menjadi tanggung-jawab penternak lah menjaga makan minum dan keselesaan binatang ternakan mereka.
jika babi2 ini selesa...maka proses pembiakan babi2 ini akan menjadi cepat dan matang dalam masa yang singkat.
jangan hanya pandai menternak..tapi penjagaanya di serah pada orang lain.

HAMpas harus bertanggung-jawab ternadap babi2 ternakan ini.
jangan pakai bercakap...nasib kamu lah babi2 seklian...hanya tau beranak...akhirna jadi makanan cina kominis(daPIG).

aku tau puak2 munafik ni mana berani siar apa yang aku tulis ni.

jika kita suka maki,fitnah dan kafirkan orang.
maka kita juga harus dapat menerima kutukan,maki hamun orang kepada kita.

siam islam