9 Rabiulawal 1432H.[MOD] -
KAHERAH 11 Feb. - Ilhal Mubarak! Ilhal Mubarak! Laungan yang bermakna 'Berambus, Mubarak, Barambus!' bergema bermula daripada kami memasuki pusat bandar raya sebelum meletak kereta kira-kira satu kilometer dari Dataran Tahrir, senja semalam.
Di laluan yang sama, puluhan orang lagi berduyun-duyun menghala ke satu destinasi sambil membawa bendera merah, putih dan hitam Mesir. Rata-ratanya golongan muda. Terdapat juga pasangan yang membawa anak-anak. Nampaknya potensi untuk bersesak di Dataran Tahrir, bukan penghalang.
Waktu hampir 8 malam dan momentum ketika itu ialah Presiden Hosni Mubarak akan meletak jawatan.
Di Dataran Tahrir tersebut, ratusan ribu sudah memenuhi kawasan sekitarnya. Laungan Ilhal, Ilhal lagi kuat, lagi nyaring. Sesekali pembesar suara memainkan lagu patriotik dan apabila tiba pada korus, hampir semua melaungkan 'Ya Mosr' (sebutan Arab untuk Mesir).
Jika hendak dibandingkan, pengalaman memasuki Dataran Tahrir ibarat memasuki stadium antara pasukan 'rakyat' dan 'Hosni Mubarak'. Ini kerana orang ramai yang sama-sama berjalan ke situ menyanyi lagu patriotik sambil mengibar bendera negara (bukan parti politik seperti yang kita biasa lihat di Malaysia) dan ada yang melukis bendera pada dahi atau pipi mereka.
''Malam ini dia undur. Malam ini dia berambus!" kata seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Muhamad. Desas-desus mengenai pengumuman tersebut telah bernyala sejak petang, mendorong orang ramai berduyun-duyun menuju ke Dataran Tahrir.
Malah, seorang diplomat yang Utusan Malaysia temui semalam turut memberitahu terdapat spekulasi mengatakan Mubarak akan berundur dan pergi ke Jerman atas alasan menjalani rawatan kesihatan. Ada juga lebih percaya beliau yang telah memerintah Mesir selama 30 tahun akan mendapatkan perlindungan di Emiriah Arab Bersatu.
Pos kawalan pertama yang dilalui adalah pagar tentera tetapi pengawal peribadi yang diupah berkata, sesuatu yang menyaksikan saya dan dua lagi wakil media Malaysia dibenar masuk tanpa perlu diperiksa pasport atau beg.
Namun, kawalan kedua ialah kumpulan penunjuk perasaan. Mereka hendak memastikan tiada polis atau sesiapa yang disyaki pengacau memasuki kawasan dataran.
Melihat wajah saya yang mirip Chow Yuen Fatt, soalan pertama ditanya ''You, Chinese?''. ''No. Malaysia," saya jawab sambil menunjukkan pasport. ''Muslimin?'' soalnya lagi dan saya angguk kepala. ''Welcome!," kata pengawal yang menyuruh saya ke belakang untuk diperiksa badan pula.
Lagi sekali soalan sama ditanya. Keseluruhannya tiga pos kawalan penunjuk perasaan perlu dilalui sebelum betul-betul memasuki dataran. Secara umumnya, mereka yang menjadi pengawal adalah berdisiplin dan teratur. Untuk wanita, sekumpulan pemeriksa muslimah bersedia di sebelah.
Di satu sudut kelihatan gerai menyediakan stok-stok perubatan. Stok yang ada di situ mencukupi untuk rawatan puluhan orang. Jelas penunjuk perasaan di situ telah menyusun strategi dan persediaan secukupnya menghadapi kemungkinan berkampung di situ untuk tempoh yang panjang.
Apatah lagi pada mulanya momentum penunjuk perasaan disangka menurun beberapa hari lalu, telah meningkat kembali pada Selasa lalu dengan kemunculan seorang aktivis di khalayak setelah ditahan polis selama 10 hari.
Malam semalam ekoran desas-desus pengunduran Mubarak, dataran itu dipenuhi oleh segenap lapisan rakyat Mesir. Daripada kanak-kanak kepada golongan muda sehingga yang berpakaian imam Al-Azhar berkumpul di Dataran Tahrir tatkala suhu malam semakin sejuk.
Semuanya menanti pengumuman rasmi Mubarak yang dijangka dibuat pada pukul 11 malam tetapi beliau tampil pada kira-kira 10.45 malam dengan siaran televisyen dipancarkan ke paparan besar di dataran dan suara dipasang pada sistem audio di sekeliling dataran.
Secara tiba-tiba suasana di dataran menjadi tenang, dengan beberapa orang menyuruh semua diam, supaya dapat mendengar lebih jelas ucapan Mubarak. Sebenarnya, ucapan tersebut bukan saja ditunggu-tunggu oleh penunjuk perasaan di Dataran Tahrir tetapi juga di seluruh negara.
Anggota tentera yang berkawal di pintu-pintu masuk juga memasang telinga, ada yang membuka radio kecil dengan lima enam orang mengerumuni bagi mendengarnya.
Setelah jelas, Mubarak menegaskan dirinya tidak akan berundur, wajah orang ramai mula berubah daripada awal tadi yang penuh pengharapan menjadi masam. Ada yang menangis, ramai yang melepaskan kemarahan dengan sekali lagi melaung-laungkan cemuhan terhadap Mubarak.
''Dia tidak ada perasaan. Dia tidak sedar dirinya ditolak rakyat. Mesir akan kacau-bilau," kata seorang yang mengenalkan dirinya sebagai Sharif Askar.
Beberapa orang menanggalkan kasut dan menghayunkan ke imej Mubarak di paparan, suatu bentuk penghinaan pada bangsa Arab.
Pada ketika ini, pengawal peribadi menasihatkan kami keluar dari dataran kerana bimbang kumpulan tegar akan bertindak ganas dengan perkembangan tersebut.
Namun akhirnya impian kesemua penunjuk perasaan itu menjadi kenyataan apabila Mubarak mengumumkan peletakan jawatannya kira- kira pukul 6 petang ini (12 tengah malam waktu Malaysia).
Pengumuman oleh Naib Presiden, Omar Suleiman itu disambut dengan teriakan gembira dan penuh kesyukuran oleh mereka yang berhimpun di dataran tersebut.

2 ulasan:
MESIR DAN KELANTAN ADA PERSAMAAN ?
Benarkah Mesir dan Kelantan ada persamaan ?
1. Ini kerana pemerintah Mesir, Hosni Mubarak sebelumnya tidak mahu melepaskan jawatan sebagai presiden walaupun telah didesak oleh orang kanan beliau sendiri untuk menamakan bakal pengganti. – Nik Amar pernah menuntut Nik Aziz supaya menamakan penggantinya.
2. Harta kekayaan Mesir dibolot oleh anak dan menantu beliau yang akhirnya melarikan diri setelah mendapat tentangan dari rakyat. – Nik Aziz pernah disiasat tentang penglibatan menantunya di dalam PMBK.
3. Banyak projek mega yang menggunakan wang rakyat akhirnya mengalami kerugian. - Kohilal
4. Presiden Hosni Mubarak didakwa tidak menyediakan kemudahan infrastruktur kepada rakyat. – Demo dari penduduk yang tidak berpuashati dengan Nik Aziz kerana tidak menyediakan jalinan jalan yang baik di dalam kawasannya.
5. Beribu-ribu rakyat Mesir yang tinggal berhampiran Sungai Nil terseksa dengan masalah bekalan air yang tidak bersih disebabkan perbalahan di antara kerajaan Mesir dan negara jiran di sekitar sungai tersebut. – Rakyat Kelantan medapat bekalan air yang tidak memuaskan.
LAGI TIPUDAYA PAS
SAUDARA JOE,
PERBANDINGAN YANG BIJAKSANA. SAYA JUGA MENDENGAR BAHAWA SELEPAS INI NIK AZIZ DAN KAUM KELUARGANYA AKAN MENGALAMI NASIB SEPERTI HOSNI.
PETANDA SUDAH JELAS. KITA HANYA MENUNGGU MASA.
Catat Ulasan