Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 16 Februari 2011

Jom doakan Mahathir dapat hidayah

14 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

“Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

6 ulasan:

Ayu Rashidah @ Cik Ayu berkata...

ALLAH ITU LEBIH TAHU.........kesian kepada DR.M.......

Tanpa Nama berkata...

drp tongturbo,

semoga tun ikut jejak taib mahmud...nikah satu lagi...cari yg muda2...insyallah tun takkan ambil peduli hal politik.

Hamdan Rukun berkata...

ELOKLAH BERDOA TAPI

1. DOA HIDAYAH UNTUK DIRI SENDIRI JUGA. BANYAK DAH CAKAP MACAM ORANG TAK DAPAT HIDAYAH.

2. HAKIKATNYA NIK AZIZ TAK MAMPU NAK JAWAB BALIK.

Tanpa Nama berkata...

alahal si luncai,biarkan saja tun terjun ngan labu labunya,TGNA tak guna mengabihkan bogheh ngan si mahafiraun ni.you cannot teach old dog the new tricks.TGNA telah memberi jawapan yang berhemah penuh hikmah cuma situa ni aja berlagak dan bersangka lebih maksum.mahafiraun ni mengiktiraf akan dirinya saja yang tak pernah buat salah,kesalahan yang dia buat adalah kesalahan orang.harta/duit rakyat adalah harta/duit dia,harta/duit dia adalah harta/duit dia.hidup dia menyusahkan rakyat.

Biru Dah Jadi HIJAU berkata...

orang lain aku tak tahulah mcm mana.. tapi aku tak kan ampunkan dosa org tua ni sampai akhirat.. Lantaklah samada dia dapat hidayah ke tak sebelum meninggal dunia tapi hati aku sebagai rakyat cukup terguris dgn sikapnya sebagai pemerintah dulu.. ko orang semua nak maafkan org tua ni, baguslah TAPI aku tak halal, tak redha dgn apa yg telah dilakukannya selama ni.. aku tak mampu nak tuntut di dunia.. tapi aku akan tuntut di akhirat, sekurang2nya di akhirat kelak dah ada sorang yg akan tanggung dosa aku yg bergunung2 nie..

Tanpa Nama berkata...

Rakyat lain aku tak tau tapi aku juga tak kan ampun kan Nik Ajis haramjadah yang buatkan umat islam berpecah sampai akhirat. Nik Aziz kena tahu dia bukannya nabi yang ada mukjizat. dia juga akan disiksa oleh Allah nanti. Sanggup mendoakan semasa umat islam yang buruk2, dan sanggup mati demi Karpal Singh