Dato' Haji Roshidi Haji Hashim
Datuk Bandar Ipoh,
Majlis Bandaraya Ipoh,
Jalan Sultan Abdul Jalil,
30450 Greentown, Ipoh .
(No. Fax : 05-253 7396)
Y.Bhg. Dato’;
MEMOHON PENJELASAN PELUPUSAN HUTANG PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI PERAK (PAFA) BERJUMLAH RM800,000
Perkara di atas adalah dirujuk.
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ( DPPN Pk ), saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato’ berkaitan pelupusan hutang Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) berjumlah RM800,000 yang disiarkan oleh media baru-baru ini.
Pertamanya, kami dan penduduk di Bandar Raya Ipoh ingin mendapatkan penjelasan pelupusan hutang yang telah diputus oleh Mesyuarat Tujuan Am Majlis di atas faktor apa yang membolehkan pelupusan hutang tersebut diberikan.
Perkara ini dilihat kerana hutang yang tertunggak semenjak tahun 2003 dahulu tidak pernah dilupuskan tetapi pada tahun ini semua hutang tertunggak tersebut boleh dilupuskan. Kami merasa adalah tidak adil keputusan ini dibuat kerana jumlah tersebut amat besar bagi penduduk di sini.
Persoalan yang timbul juga, adakah semua persatuan sukan akan boleh menikmati pelupusan hutang tertunggak tersebut? Atau mana-mana penduduk yang turut mempunyai hutang tertunggak juga menikmati pelupusan tersebut?
Adalah sepatutnya hutang tertunggak tersebut dipulangkan kembali kepada pembangunan sukan setelah ianya membuat bayaran dan bukannya pelupusan tetapi dalam masa yang sama pihak Y.Bhg. Dato’ turut mengumumkan menambah baik keperluan Stadium Perak, Ipoh.
Menjadi harapan kami perjelasan secara konkrit dapat diberikan pihak Y.Bhg. Dato’, ini kerana pelupusan hutang tertunggak tersebut secara langsung adalah tanggungjawab Y.Bhg. Dato’ dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada seluruh penduduk di sini.
Sekian dipohon, terima kasih.
Saya yang benar,
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
3 ulasan:
as salam,
huhh..bole macamm tu,lepas ni kalo teman ade bil trtunggak dgn mbi.minta diaorg lupus kn je la.
Yeop ooi dema kata umi, gobala nak datang Batu Gajah. Kome dengor la apa dema nak cergita. Janganla malu..... dengor le benenaran. Ni dok kena kelantong oleh DAP Aja.
Wahai Paeh,
Apa jadi pasukan bolasepak di bawah ketiak Nizar ketika jadi Presiden PAFA?
Jatuh berdebok pasukan Perak bersama MB Yang Halal.
Cuba tengok pasukan tahun 2011 ini.
Harap ada peningkatan lebih baik hingga akhir musim ini.
Di bawah Kerajaan Negri BN, pasukan ini perlu menunjukkan bahawa Nizar adalah Presiden PAFA dan MB yang gagal.
Dia main lepas sahaja jawatan Presiden PAFA tanpa ada rasa tanggungjawab untuk meningkatkan prestasi pasukan bolasepak Perak.
Jom Yop kita kejor Nizar.
Sekian.
Catat Ulasan