Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 23 Februari 2011

Jutawan Segera: Buktikan !!!


IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham mencabar bekas Ketua Penerangan PKR Negeri, Fauzi Muda membuktikan tuduhan wujudnya jutawan segera sepanjang tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak.

Beliau yang juga bekas Exco kanan negeri turut mencabar Fauzi menamakan lapan pemimpin kanan PR yang didakwa jutawan.

Katanya, tuduhan itu tidak benar dan tidak masuk akal kerana tidak ada amalan rasuah berlaku sepanjang tempoh 11 bulan.

“Namakan mereka dan buktikan, jika tidak segala tuduhan itu hanya bohong semata-mata,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak ada amalan rasuah berlaku dan tuduhan bahawa semua ahli parlimen dan ADUN PR menerima balak adalah satu pembohongan.

“Pemimpin PR memang sudah jutawan kerana kami adalah orang-orang yang berjaya. Sebelum terlibat dalam politik ramai antara kami jutawan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan lapan badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini yang membuat laporan polis berhubung pendedahan bekas Ketua Penerangan PKR Negeri, Fauzi Muda.

Fauzi mendakwa terdapat lapan pemimpin kanan PR menjadi jutawan dalam tempoh 11 bulan mentadbir Perak yang disiarkan 21 Februari lalu.

Lapan NGO yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 20 Februari lalu meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan Fauzi Muda.

Koo Ham turut mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap laporan PR kepada empat ADUN Bebas yang didakwa menerima wang.

“Dalam masa yang sama, ADUN Pas Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah pula mendakwa Fauzi pernah membuat akuan bersumpah dan melaporkan kepada SPRM dia nak dibeli RM50 juta oleh UMNO,” katanya. -SH

Tiada ulasan: