Polis Memukul & Meludah Ke Arah Peserta Perhimpunan Anti Mubarak Atas Arahan Siapa???
KUALA LUMPUR 4 FEB: Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakkan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri.
Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini.
"Tindakkan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak.
"Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya.
Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.
Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai.
"Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya.
Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.
Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.
Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai.
Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan.
"Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya.
Sumber:TVS NEWS
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
5 ulasan:
Wahai Paeh,
Baik benarkah penunjuk perasaan ini?
Suatu masa dulu puak reformasi pernah menuduh polis sebagai anjing kerajaan.
Jika terkena muka sendiri mengadu sana sini macam budak2.
Puak PAS suka demonstrasi dan cuba menyokong tindakan orang Mesir ketika ini dengan menyatakan bahawa rusuhan di Mesir boleh berlaku di Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.
PAS tidak akan senang selagi mereka tak berkuasa di mana Islam dijadikan sandaran demi kuasa yang sedikit.
Dengan sedikit penyokong di kalangan pelajar di Mesir, mereka langsung tidak mengambil iktibar bahawa demonstrasi jalanan yang berlaku terkena muka penyokong mereka sendiri.
Malah penyokong pro pembangkang yang belajar di Mesir tidak merasa segan dan malu apabila ditimpa kesusahan mereka memerlukan orang lain untuk melepaskan dari musibah.
Sekian.
PKR,
KO PATUT SIMPATI KEPADA PAS. AKU DENGAR KALAU DIKUMPUL 13 TONG DRUM AIR LIUR POLIS MELUDAH DIA ORANG.
KO INGAT SENANG KE NAK MELOMPAT DAN MENJERIT? INI HANYA ORANG YANG ADA KUNG FU MONYET JER BOLEH BUAT, TAU TAK ?
MANA ADA PUAK JUMUD PAS & PKR NI BERDEMO, HANG AKU TAU BUAT HURU HARA, BUAT KACAU...PADANLA MUKA TU, MAKAN FREE LOOOOO...GLAMOUR GITU MASUK TV
berdemo kalau kena gayanya ok jer.. berdemo sebagai menyatakan sokongan kpd saudara2 kita di perantauan.. apa salahnya polis & kerajaan memberi ruang mcm kt negara2 yg lain, tolong jaga lalulintas ke, apa ke..jadi org islam ni mmg agak susah, coz kita semua bersaudara.. itu caranya kita menyatakan sokongan & menyatakan kesedihan terhadap apa yg menimpa saudara2 kita disana.. bila namanya kerajaan sepatutnya neutral.. takde lg istilah ko PAS ke, UMNO ke, DAP ke, OPCO ke, apa ke.. bila ada musibah kt rakyat malaysia kt luar negara korg kena bantu la, coz korg kerajaan.. aku bayar korg gaji (income-tax) bkn suruh masuk poket korg.. ada faham ke..??
puak mengarut yang sokong umno ni memangla klau puak united malay national organisation berdemo boleh..tapi parti lain tak bleh cakap macam2 plak tu dulu kini pun mereka berdemo juga..apa salahnya tunjuk sokongan kepada rakyat mesir yng ditindas oleh rejim mubarak dan first lady or mesir..duit kerajaan bukan kepala bapak umno yg punya
Catat Ulasan