Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 3 Februari 2011

Mahathir, taubatlah sebelum terlambat- TG Nik Aziz

"Sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?"

"
Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baik kebijaksanaannya digunakan untuk Islam."

"Nasihat saya kepada beliau, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT."



Jawapan Tok Guru Nik Aziz kepada Tun Mahathir berkaitan isu nasionalisme:

  • Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..). Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – (Surah al-Nur, ayat 24)

  • Asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.

  • Apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
  • Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Suka saya jelaskan, Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Firman Allah SWT: “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)."(Surah al-Baqarah, ayat 36). Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.
Ikuti jawapan penuh Tok Guru Nik Aziz di sini

2 ulasan:

Hamdan Rukun berkata...

APA YANG BOLEH DISEBUT SEBAB NIK AZIZ TAK BUAT APA APA PUN SELAIN BERCAKAP.

TAPI JANGAN LUPA, NIK AZIZ ARAHKAN ANAK MENANTU BINA KEKAYAAN SEMASA ADA MASA.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Sekarang ini mudah sahaja untuk menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Nik Aziz.

Berhubung dengan perkara yang dilakukan bertentangan dengan Islam yang dilakukan oleh Nik Aziz ialah seperti berikut:

a) Menzalimi Orang Asli di Gua Musang.
b) Janji tinggal janji. Contoh: Bazar Tok Guru.
c) Pembaziran sumber negeri seperti balak dan kewangan.
d) Mengamalkan kronisme dan rasuah. Perlantikan menantu dalam PMBK.
e) Cakap tak serupa bikin.
f) PAS ada unsur2 khawarij dan syiah.
g) Gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ulama dan pemimpin politik. Apakah jasa ulama PAS terhadap perkembangan ilmu, iman dan amal terhadap umat Islam di Malaysia? TIADA. Apakah beliau laksanakan tanggungjawab sebagai MB Kelantan terhadap rakyat Kelantan? Adakah beliau duduk di kerusi yang empuk sahaja tanpa sebarang dasar, program dan aktiviti yang sesuai dengan Islam seperti bidang ekonomi? Nak bercakap pasal ekonomi pun sangkut dicelah gelegar apatah lagi melaksanakannya? Mana perginya dan apa dah jadi dengan matawang dinar emas?

Ini adalah sebahagian yang boleh dirungkai sejak PAS wujud lebih 50 tahun lepas.

Paeh jangan menganggap UMNO wujud atanama kebangsaan sahaja seperti yang diwar2kan oleh Nik Aziz.

Jangan menganggap PAS yang mempunyai nama Islam dalam partinya sebagai semuanya adalah Islam.

Bukan semuanya perkara yang dilakukan oleh PAS selaras dengan ajaran Islam.

Perkara yang bertentangan dengan Islam yang terdapat dalam PAS menyebabkan Islam dipermainkan oleh musuh Islam.

PAS bukanlah agama dan Islam bukanlah parti politik. Tiada kaitan secara langsung antara PAS dan Islam. Contohnya, udang harimau. Yang penting bukanlah harimau tetapi udang yang digambarkan besarnya udang.

Jadi PAS bukanlah satu agama dan tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan Islam. Seperti UMNO, PAS juga dianggotai oleh umat Islam.

Tiada apa yang lebih pada PAS sebab semuanya boleh dijawab.

Persoalannya hanya pemimpin dan penyokong PAS sahaja yang menganggap dirimereka sahaja yang BETUL.

Sekian.