Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 4 Februari 2011

Mahathir akui UMNO tidak lagi perjuangkan Melayu

Kenyataan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mungkin akan menyedarkan para penyokong tegar UMNO yang selama ini berjuang bermati-matian demi mempertahan dan memartabatkan bangsa Melayu. Namun begitu, kenyataan terbaru Tun Mahathir ini jelas sekali mendedahkan bahawa para penyokong UMNO selama ini ditipu hidup-hidup oleh pemimpin atasan.

Dalam satu kenyataannya di dalam laporan berita berbahasa Inggeris di Malaysian Insider [M'sian Insider], Tun Mahathir mengakui bahawa parti United Malays National Organization, UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu, sebaliknya hanya berjuang demi mendapatkan kontrak-kontrak, Ap dan lesen-lesen yang disifatkan lebih kepada mengaut keuntungan untuk pemimpin-pemimpin atasan.

Di bawah ini screenshot yang petikan berita yang dimaksudkan, sila klik untuk membesarkan image.

Tun Dr Mahathir Mohamad criticised his own party today, saying Umno no longer stood for the struggle of the Malays. The former Umno president said the party struggle now was only about contracts, APs and licences.

Terjemahan:

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik partinya sendiri, dengan mengatakan bahawa UMNO kini tidak lagi memperjuangkan bangsa Melayu. Bekas presiden UMNO itu berkata, perjuangan parti itu kini hanyalah terhadap kontrak-kontrak, AP dan lesen-lesen.


Seperti biasa "Sambil menyelam, minum air", Mahathir mengambil kesempatan menuduh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz sebagai penyebab kepada perpecahan Melayu yang dilihat pada pandangannya mengakibatkan Melayu UMNO tidak kuat.

Apa yang jelas, Mahathir lupa bahawa kedua-dua pemimpin utama parti politik pembangkang lebih mengutamakan ketuanan rakyat, bukannya ketuanan Melayu yang dicanangkannya. UMNO yang sibuk memainkan sentimen Melayu rupanya sekadar taktik untuk menguntungkan pemimpin atasan meraih sokongan bagi mendapatkan kuasa sekaligus memperoleh kontrak-kontrak dan lesen-lesen.

Adakah penyokong-penyokong UMNO akan tetap rela berkorban, terkorban dan dikorbankan demi manfaat perut pemimpin-pemimpin atasan? Tepuk kepala tanyalah akal!




ReJaM©"Penyokong UMNO semua sudah-sudahla tu, cukuplah diperbodohkan..."

Milo suam

Tiada ulasan: