Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 12 April 2010

UMNO/BN: Janji Tinggal Janji...


*Kemarahan yang selama ini disimpan, diluahkan dengan kata-kata amaran daripada sebahagian penduduk-penduduk kawasan estet yang terlibat.

Pertama - sebahagian daripada penipuan yang telah berlaku ketika PRK Bagan Pinang yang lepas adalah janji UMNO/BN untuk memberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi pembinaan 150 unit rumah PPRT di Ladang Siliau yang pada hakikatnya, projek ini telahpun dijanjikan pada 10 tahun yang lepas.

Ini bermakna, mereka (UMNO/BN) sentiasa mengulangi janji yang sama setiap kali Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil berlaku.


Kedua - mereka berjanji untuk memberi tanah seluas 1 hektar bagi pembinaan sekolah yang dijangka siap dalam tempoh hanya 1 tahun bagi menggantikan sekolah SRJKT Ladang Sungai Salak yang selama ini beroperasi dalam Premis Kedai 2 Tingkat di Ladang Sungai Salak. sampai ke saat ini, masih tidak kelihatan bila ianya akan bermula atau dimana lokasi pembinaannya.


*Wakil Kaum India - Estet Ladang Siliau sedang memberi penjelasan dan bukti penipuan KERAjaan UMNO/BN terhadap penduduk-penduduk keempat-empat estet dalam jajahan DUN Bagan Pinang.

Ketiga - janji UMNO/BN untuk membantu semua penduduk miskin yang berpendapatan rendah dibawah RM700 layak untuk mendapat bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). hakikatnya sehingga ke hari ini, janji terdahulu sebanyak RM300 juga masih tidak terlaksana.

Ini hanya sebahagian dari janji-janji yang telah ditabur oleh UMNO/BN dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang tetapi sehingga ke hari ini, "Janji Tinggal Janji"... kini UMNO/BN galak pula menabur berbagai janji di Hulu Selangor pula...

Kata para penduduk Bagan Pinang yang tertipu - "Kami sudah tertipu... anda bila lagi..?" sinis...


*Saufi selaku Pemangku Ketua AMK Telok Kemang sedang ditemuramah oleh salah seorang wartawan yang hadir bagi menjelaskan tujuan demo bantahan ini diadakan.

TPU - aku pun nak tegur sikit orang Bagan Pinang yang dok berdemo ni... "Yang korang percaya sangat dekat UMNO/BN tu apasal..?". Undi anda adalah penentu masa depan anda... sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...

Tengok balik keputusan Pilihanraya Bagan Pinang Peti Undi Siliau, siapa yang korang pilih..? sekali lagi - "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...

sumber

Tiada ulasan: