Bekas setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng mengumumkan bahawa  hari  ini merupakan hari terakhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua  Dewan  Negara.
Ka
tanya, pelantikan  Yang  Dipertua Dewan Negara baru akan  dibuat pada  hari  pertama sidang  berkenaan, 26 April ini.  “Tempoh  khidmat saya sebagai Yang Dipertua   berakhir hari ini dan  Perdana  Menteri, Datuk Seri  Najib Razak akan  membawakan usul pada  hari   pertama sidang untuk membuat pelantikan  baru,''  katanya.Beliau  memberitahu pemberita demikian selepas  merasmikan Pameran Kesedaran  HIV/Aids di Bangunan Parlimen hari ini.
Minggu lalu,   Datuk Kong Cho Ha dilantik menggantikan  Wong sebagai setiausaha agung  MCA yang baru.
Ia  ekoran keputusan pemilihan pucuk  pimpinan MCA baru-baru ini yang  menyaksikan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  dipilih sebagai presiden.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan