KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Zaid Ibrahim telah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, tetapi sekurang-kurangnya gelanggang itu memanfaatkan beliau — memperoleh idea untuk menggerakkan kempen “Mengenali Pemimpin Anda”.
Zaid (gambar) yang berhadapan dengan serangan peribadi sepanjang kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor memberitahu, beliau bersama Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen itu bagi membolehkan rakyat tahu setiap inci tentang pemimpin mereka.
Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR berpendapat sudah tiba masanya pengundi-pengundi mengenali dengan dekat dan mengetahui latar belakang pemimpin mereka.
Zaid berkata, beliau mahu mendedahkan segala-galanya tentang seseorang pemimpin termasuk aspek tidak moral mereka yang digunakan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor.
“Anda melabelkan seseorang itu kaki minum tetapi pada masa yang sama (seolah-olah) mengecualikan pemimpin-pemimpin Umno.
“Saya akan mendedahkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau pada sidang media khas susulan pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu.
Zaid tewas dengan perbezaan 1,725 undi di tangan calon BN P. Kamalanathan. - TMI
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
3 ulasan:
ALLAH akan tunjukan siapa IA mahu jadi pemimpin.ALLAH tak akan angkat sesaorang jadi pemimpin sekiranya IA tahu makhluq itu akan merosakkan perpaduan umat Muhammad serta merosakkan Islam. Oleh itu orang yang kalah mesti insaf dengan khadaq dan khadar ALLAH.Itu rukun IMAN.Jangan jadi munafik.Ini nasihat pada orang yang kalah..............
Setuju dengan pendapat Tanpa Nama 1pril 29 01:02. Itu sebabnya Nizar di turunkan mertabatnya dari MB Perak menjadi wakil rakyat biasa ajer. Hikmahnya, sebab Nizar hanya menurut perintah kaum kafir laknatullah dalam mentadbir kerajaan negeri perak hingga tanah-tanah diberi pada kaum kerabat poyokong kominist dulu. Ini qda' dan qadar yg Nizar mesti terima, dan dia BUKAN MB Perak yg sah. Sebenarnya pada kami semua dia adalah PENDERHAKA kaum Melayu dan Islam. Elok dia ni bertaubat, atau adakah di telah bertaubat secara DAP? Akidah dia jelas sudah terpesong dan jelas dia dah MURTAD bila menyertai majlis keagamaan kaum kafir! Fikirkan la sdara sdari... suruh dia mintak ampun banyak2 pada Allah sebab telah SYIRIK!
kebodohan kamu berdua memang ternyata...nizar diturunkan atas kerakusan umno dan gerombolan...rasuah dilarang dalam islam,tapi umno m'halalkan rasuah...UmNo 10kali lbih kafir dari DAP....
Catat Ulasan