Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 2 April 2010

Betapa sayu hatiku melihat gambarmu..

image0032

Dalam kepala dan imaginasi kita mungkin pernah terfikir bagaimana agaknya seorang Menteri Besar (MB) menikmati sarapan paginya?

Mesti makan dan minum yang enak2..

Mesti di layan oleh pembantu2 rumah atau orang2 yang di gajinya...

Mesti di tempat yang selesa dan berhawa dingin...

Makan pun pakai sudu garfu lah...apa kelass pakai tangan...Satu Malaysia lah katakan...

Pinggan mangkuk pun mesti di import khas, berkualiti tinggi dan mahal harganya...

Di kelilingi oleh 'pengampu2' yang tak tahu malu itu sudah kemestian...nak dapat 'habuan'...

Tapi gambar di atas menjelaskan yang sebaliknya...

Ishhh...pelik benar...seorang MB ker tu...biar benar...

Tapi makan kat tepi jalan jer...

Takder pun yang melayannya bagaikan raja...

Tak pakai pinggan mangkuk khas pun....atas bungkusan plastik jer...

Itulah dia contoh MB kesayangan ramai...

MB Kelantan...Tuan Guru Nik Abd.Aziz Nik Mat...

"Sesungguhnya ulama' itu pewaris para nabi"

2 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Apa yang dibangkitkan di atas yang memuji Nik Aziz bukanlah semestinya ciri2 seorang pemimpin yang baik yang boleh mentadbir dengan baik.

Memang senang kata bahawa Nik Aziz tidak tinggal di kediaman rasmi, makan di gerai, tiada permaidani merah dan lain pujian.

Keistimewaan lain masih ada sebagai MB Kelantan seperti elaun, kereta dan lain2.

Tidak perlu memperbodohkan orang lain sebab BN sudah lebih 50 tahun memerintah yang lebih faham luar dan dalam urusan negara dan negeri.

Ini isu lapuk yang selalu dibangkitkan oleh penyokong PAS.

Memang ulama pewaris nabi dan bukan semua ulama pewaris nabi kalau tiada menepati ciri2nya.

Dan tujuan menyebut ulama pewaris nabi di atas telahpun difahami bahawa sesiapa yang menghina Nik Aziz maka dia menghina Islam.

Apa sahaja teguran politik terhadap PAS dan Nik Aziz akan dikatakan menghina Islam.

Persoalannya ialah adakah PAS benar2 menepati ciri2 PARTI ALLAH?

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

biarlah kami ingin memuji sesiapa sahaja .?? yang ia menjadi isu kepada puntung kaki rokok kenapa .?? adakah layak najib untuk dipuji .?? bagaikan orang islam yang tidak mengetahui dia sebenarnya islam .seorang pemimpin mestilah menjadi imam kepada pengikutnya.pemimpin umno ada yang jadi imam.?? harap jadi makmum untuk semua waktu p0n tak dapat dipenuhi.adakah itu pemimpin yang layak dipuji.?? kalau puntung kaki rokok tau . apakah ciri-ciri seorang ulama .?? dan apa ciri-ciri seorang ulama yang tiada pada TG Nik Aziz .?? adakah apa yang didapati oleh TG sama seperti semua mb dinegara ini .?? sama sekali tidak . jauh perbezaannya.
pernahkah puntung kaki rokok fikir mengunakan akal.?? atau hanya berdasarkan lutut.?? adakah pemimpin seperti ini patut dijadikan tauladan, dipuji,dijunjung .??tidak sama sekali.

http://demokrasi93.blogspot.com/2010/04/ahli-parlimen-islam-bn-terbaik-dari.html

fikir fikirkanlah .
sekian .
salam .