SUBANG: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang, semalam membuat laporan polis terhadap penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ yang didakwa menyampaikan ceramah menghasut penduduk membenci kerajaan di Masjid An Nur, di sini, malam kelmarin.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.
Dalam ceramah yang berlangsung hampir satu jam sebelum solat tarawih di hadapan kira-kira 300 jemaah masjid, Azmil dikatakan menuduh kerajaan tidak beragama serta sistem pendidikan yang sedia ada kini mengikut acuan kafir.
Malah, Azmil turut mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’ berulang kali menyebabkan lebih 30 jemaah bertindak keluar daripada masjid berkenaan tanpa sempat menunaikan solat tarawih.
Mohd Shafie, 48, berkata tujuan Azmil dijemput ke masjid berkenaan untuk memberi tazkirah selepas majlis tahlil diadakan, bagaimanapun beliau mengambil kesempatan itu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap pentadbiran negara.
“Lebih mengejutkan, Azmil menjelaskan kepada jemaah supaya tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya patuh kepada ajaran Allah. Malah, dia juga mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Paderi Kristian, Paul Pope serta mendakwa Dasar Ekonomi Baru itu sebagai dasar ekonomi bodoh.
“Selepas hampir 20 minit berceramah, salah seorang jemaah yang tidak berpuas hati bangun bertanyakan sama ada Azmil mahu menyampaikan ceramah politik atau agama, namun pertanyaan jemaah itu tidak dipedulikan sebaliknya terus melemparkan tuduhan sebelum jemaah terbabit bertindak keluar.
“Sebaik melihat jemaah berkenaan meninggalkan masjid itu, Azmil terus melaungkan kepada jemaah lain bahawa segala ibadat menunaikan haji, membayar zakat yang dilakukan jemaah terbabit adalah sia-sia,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.
Sehubungan itu, Mohd Shafie meminta polis menjalankan siasatan terhadap penceramah bebas itu kerana menggunakan tempat ibadat untuk menyampaikan ceramah politik.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, turut meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu kerana tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh memecah-belah masyarakat.
Sementara itu, Azmil ketika dihubungi berkata, beliau tidak berniat langsung untuk memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik di negara ini.
“Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan,” katanya sambil menyifatkan laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan penduduk kampung yang mendakwa beliau menghasut itu tidak berasas sama sekali.
6 ulasan:
Bagus, pemuda Umno ni agaknya baru dengar benda-benda yang dipaparkan, ia jadi kejutan. Padahal kalau rajin mentelaah kitab klasik, lebih dahsyat dari itu dipaparkan.Mungkin pemuda Umno lebih terkejut beruk lagi. Belajarlah semak pendapat ulamak muktabar, semak dan banding, dan jangan dengar kata ulama UBN sahaja.Bagus Azmil!
APALAH PUNYA BANGANGNYA KAU NI
TOLONG BEZAKAN TAZKIRAH DENGAN MAKI !!!!!!!!
DALAM MASJID LAGI
DAH TAK RETI KA, TEMPAT TU TEMPAT NAK BUAT IBADAT
bab amalan sis2 tu tak pulak puak barua ameno ni nak komen panjang
apa yang dia maki ????
TANPANAMA; KO INGAT BUAT IBADAT TU DALAM MESJID AJE KER? LUAR DARI MASJID BUAT MAKSIAT TAK PER LA YER? TU SEBAB NYA PENGANUT UMNO PISAHKAN POLITIK NGAN AGAMA KAN? BUKAK KITAB BALIK BANG, JANGAN BACA KITAB PERUKUNAN JE...
telah pun saya mendengar akan tazkirah saudara azmil. .
yg jelas, nyata dan pasti tiadanya unsur menghina agung, pm atau maki hamun. .
yang ada hanya ruang hujah ilmu yg dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan daya fikir kita dalam memahami sesuatu isu / perkara. .
syukur dan tahniah kerana tazkirahnya membuatkan "orang yang suka neraka" menjadi bertambah-tambah panas
Catat Ulasan