Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 6 Ogos 2011

Zambry bohong atau Olok-olok???


Kenyataan Media (5 Ogos 2011)
NAFI PILIHAN RAYA OLOK-OLOK: BN PERAK AKAN MENANG?

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak berterima kasih kepada Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam atas ulasan beliau yang berkeyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan kehilangan Negeri Perak dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ulasan ini yang dibuat berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN bersandarkan pengumuman Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin yang lalu hasil pilihan raya olok-olok yang dijalankan parti itu sejak Mei lepas. Ulasan ini juga jelas membenarkan berita bahawa memang telah berlaku pilihan raya olok-olok kendalian BN di seluruh negara termasuk di Perak, sesuatu yang sedang dinafikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir.

Penafian Datuk Seri Zambry terhadap pilihan raya olok-olok di Perak amat mengejutkan. Adakah benar Umno / BN Perak tidak melaksanakan pilihan raya olok-olok sepertimana pengumuman Datuk Seri Tengku Adnan baru-baru ini? LaporanThe Malaysian Insider yang menyebut BN mungkin akan tewas sekali lagi di Perak dan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN yang dimenangi oleh Umno juga bakal tergugat dilihat telah menjadikan pemimpin BN celaru dan membuat kenyataan yang bertentangan. Jika hasil sebenarnya pilihan raya olok-olok tersebut bertentangan dengan apa yang telah di keluarkan dalam laman portal The Malaysian Insider, mengapa Datuk Seri Zambry perlu menafikan apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan? Apa yang perlu beliau lakukan hanyalah menyokong kenyataan Datuk Dr S. Subramaniam dan membidaskan laporan portal tersebut.

Apa yang pasti Datuk Seri Zambry tentunya tidak akan merelakan imejnya tercalar dengan jangkaan kegagalan BN Perak untuk kembali menerajui Kerajaan Negeri Perak setelah tumbang pada PRU 12 tahun 2008 di bawah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohamad Ghazali dahulu. Malah laporan itu juga seolah mengesahkan bahawa BN dan Umno Perak yang diterajui oleh Datuk Seri Zambry masih gagal memulihkan masalah dalaman mereka yang semakin meruncing? Bagi kami jika laporan tersebut tidak bertepatan, banyak ruang lain termasuk ruang perundangan yang boleh diambil oleh Datuk Seri Zambry bagi membuktikan kepalsuan berita tersebut, dan bukan dengan hanya mengambil langkah mudah menafikannya tanpa ulasan manasabah.

AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: